CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3089|Reply: 0

[Tempatan] Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]

[Copy link]
Post time 13-2-2026 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 13-2-2026 10:12 PM



“Doktor, kemaluan saya keluar cecair macam nanah” - katanya perlahan, mata tunduk ke lantai.

Umur baru 17 tahun. Masih bersekolah. Muka pun masih keanak-anakan.

Usia sebegini yang perlu dirisaukan adalah pelajaran, bukan tentang keputusan ujian darah & soal kesihatan.

Simptomnya jelas. Dalam kepala kami, diagnosis sudah berbaris menunggu pengesahan.

Swab diambil. Darah dihantar. Keputusannya tiba satu demi satu.

Gonorrhea - positif.

HIV - positif.

Saya diam seketika.

Bila lihat bacaan hemoglobin - 6 g/dL, ia terlalu rendah untuk seorang remaja sihat.

Fikiran mula menjalar ke arah yang lebih gelap.

Adakah ini sudah ke fasa AIDS dengan komplikasi hematologi? Ujian lanjutan perlu dihantar. Banyak lagi yang perlu disahkan.

Kes remaja bawah umur begini yang paling berat untuk ditangani.

Bukan kerana penyakitnya.

Tetapi kerana ibu bapa yang perlu dimaklumkan.

Dan kebenaran selalunya lebih menyakitkan daripada jarum yang mencucuk kulit.

Hari itu hanya ibunya yang datang. Wanita itu duduk tegak, wajah penat jelas terpahat.

Barangkali baru lepas kerja. Barangkali sudah lama letih - bukan setakat fizikal.

“Puan… Keputusan ujian anak puan menunjukkan jangkitan kelamin. Dan… HIV juga positif.”

Sunyi… Seperti dunia berhenti berputar.

Kemudian datang ayat yang sudah terlalu biasa kami dengar.

“Doktor jangan fitnah anak saya. Anak saya budak baik. Saya nak saman doktor kalau doktor tuduh anak saya lakukan benda terkutuk tu!”

Saya hanya menarik nafas perlahan. Doktor tidak menghukum. Kami hanya membaca apa yang tertulis pada keputusan ujian makmal. Selebihnya, itu urusan keluarga.

Cerita sebenar keluar sedikit demi sedikit. Ini bukan kali pertama.



Sejak umur 16 tahun, sudah 15 lelaki berbeza meratah si anak - tanpa perlindungan.

Kali terakhir, bulan lepas.

Saya perhatikan si ibu. Tangan yang tadi menggenggam erat beg tangan kini longlai di riba. Wajahnya kosong. Air mata tidak mengalir - mungkin terlalu terkejut untuk menangis.

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Anak yang disangka masih kecil. Rupanya menyimpan dunia yang tidak pernah ibu itu bayangkan.

“Kalau mengandung… entah benih siapa.” - terlintas di fikiran saya.

Dan kalau terjadi, seorang lagi anak tak berdosa bakal lahir dalam kekeliruan - siapa bapaku?

Apabila ditanya pada si gadis, “Ada rasa menyesal?”

“Tak” - dia tersenyum kecil.

Jawapan itu lebih tajam daripada mana-mana keputusan makmal.



Kemudian latar belakangnya terbuka.

Ibu bapa baru bercerai dua tahun lalu. Ayah bermain kayu tiga. Rumah tangga runtuh.

Si ibu terpaksa bekerja keras menyara hidup. Keluar pagi, pulang malam. Dalam sibuk mengejar rezeki, ada ruang kosong di rumah yang tidak terisi.

Ruang itu diisi oleh kesunyian. Dan kesunyian kadang-kadang mencari cara paling salah untuk dipujuk.

Saya tidak tahu siapa yang paling bersalah.

Ayah yang gagal setia? Ibu yang terlalu sibuk? Anak yang memilih jalan mudah? Atau lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan?

Mungkin semuanya.

Masalah begini bukan lahir dari satu sebab. Ia tumbuh daripada gabungan retak-retak kecil - keluarga, pergaulan, media sosial, tekanan, kurang bimbingan.

Bila retak itu dibiarkan, akhirnya runtuhlah seluruh dinding.

Kepada wanita, saya selalu pesan:

Kalau stress, cari kopi, cari kawan baik, cari Tuhan. Bukan cari lelaki untuk isi kekosongan. Waktu kita lemah itulah kita paling mudah dipujuk dengan kata-kata manis.

Batas hubungan bukan sekadar soal halal dan haram. Ia soal maruah, keselamatan, dan masa depan.

Permudahkan yang halal. Persulitkan yang haram.

Jangan terlalu bermudah dalam urusan dating, keluar berdua-duaan, berbalas mesej tanpa batas. Perkara kecil yang dianggap biasa hari ini, boleh jadi pintu kepada perkara yang lebih besar esok hari.

Dalam masa yang sama, jangan pula dipersulitkan urusan yang halal. Kalau benar sudah bersedia dan ada lelaki yang datang dengan niat baik, mudahkan jalan perkahwinan. Mas kahwin biarlah berpatutan, hantaran jangan sampai membebankan. Perkahwinan itu untuk membina tanggungjawab, bukan pertandingan siapa paling mewah.

Kadang-kadang kita terbalik - yang haram dipermudah, yang halal dipersukar.

Sedangkan Islam ajar, yang halal itu jalan perlindungan. Yang haram itu jalan risiko - bukan sahaja dosa, tetapi juga penyakit, trauma dan penyesalan.

Kepada lelaki pula:

Jadilah pelindung, bukan pemangsa. Kalau benar mahu, datanglah dengan cara terhormat.

Kahwin. Bertanggungjawab. Jangan tebuk maruah anak orang lalu pergi tanpa jejak.

Dunia ini berputar.

Apa yang kau lakukan hari ini, mungkin kembali mengetuk pintu rumahmu esok hari.

Remaja itu baru 17 tahun.

Hidupnya belum tamat, tetapi jalannya sudah jauh berliku. HIV bukan pengakhiran, tetapi ia adalah beban yang perlu ditanggung sepanjang hayat.

Saya tutup fail kesnya perlahan.

Di luar, dunia terus berjalan seperti biasa. Sekolah dibuka. Media sosial terus berputar. Orang bercinta, orang bergaduh, orang bercerai.

Dan di satu sudut kecil klinik, seorang ibu belajar bahawa kasih sayang tanpa pengawasan boleh menjadi ruang yang berbahaya.

Ingatlah, masa depan negara bergantung pada generasi muda.

Kalau retak generasinya, maka goyahlah negara tersebut. Lalu siapa yang patut dipersalahkan?

Kita semua.

Kita semua yang memilih untuk tidak peduli, sehingga akhirnya tercatat di atas kertas:

Remaja perempuan 17 tahun, positif HIV, dengan sejarah ‘multiple sexual partner’.

.

Irfan Tajol,
Merenung Realiti Remaja Sekarang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
Tak tidur lagi ke?
maklukpenggodaTak tidur lagi ke?
Views : 18490 Replies : 32
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 1556 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7068 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30518 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 2424 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.030697 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list