CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119346|Reply: 1487

[Tempatan] Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

 Close [Copy link]
Post time 24-12-2013 04:56 PM | Show all posts |Read mode


  • Prof Dr Muhaya Mohamad


SHAH ALAM –[VIDEO] Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 05:03 PM | Show all posts
orang kaya diam saja lah. bukan faham pun kesusahan orang biasa. tak payah nak belit ayat motivasi ala2 ketentuan tuhan fathul bari itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:15 PM | Show all posts
ushioz posted on 24-12-2013 05:03 PM
orang kaya diam saja lah. bukan faham pun kesusahan orang biasa. tak payah nak belit ayat motivasi a ...

hahaha, terbaik bro!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:18 PM | Show all posts
Saya tak pernah percayakan pakar motivasi. Sekadar nak berikan sepatah dua ayat manis, saya pun pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita mesti bagi respon positif seperti --> masih lagi rendah di asia tenggara...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:24 PM | Show all posts
Kalau semua pakat ikut saranan Prof Muhaya alamat tutuplah kilang ais krim, coke, Mc D, KFC etc sebab semua tu benda menda yg tak perlu. Apatah lagi rokok.  

Menyuruh si lelaki bekerja lebih masa dan isteri cari pendapatan sampingan tapi bila bercakap soal akhlak anak2 yg makin teruk dia akan berkata "luangkan masa lebih utk anak2, jangan asyik bekerja saja".  Itu belum sentuh bab solat jemaah di masjid.  Jadi aku tengok puak2 motivasi ni cakap pun main taram aje.

Tapi bab keberkatan rezeki tu mmg ada benarnya.

Cuma aku gusar kata2 dia ni akan digunakan sepenuhnya pihak UMNO utk justifikasi kelakuan mereka yg mmg suka mencekik darah rakyat. Seolah2 kerajaan bebas 100% mencekik rakyat dan sebaliknya rakyat 100% bertanggungjawab utk adjust kehidupan mereka. BN naik harga maka kena kerja lebih masa, kurangkan belanja.  Begitu mudah kah??? Last edited by a_gen2 on 24-12-2013 05:30 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 05:29 PM | Show all posts
secara teori mmg mudah..bagi yg gajinya lebih 5 angka...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:33 PM | Show all posts
orang kaya macam dia mmg mudah la cakap.. betul la x salah pun tapi xkan sama peritnya ngan golongan yg x bp kaya ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 05:34 PM | Show all posts
gaji dia ni 5 angka..klu gaji dia ratusan ringgit..baru dia taw perit hidup ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:35 PM | Show all posts
dulu ada org pertikaikan apa2 yg keluar dari mulut pakar motivasi
ye la..ckp berdegar2 tapi keluarga tak spt yg dickp
last2 pakar tu ckp
'buat apa yg saya ckp, bukan tgk apa yg saya buat'
lebih kurang mcm tu la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:35 PM | Show all posts
mmg faktor keberkatan tu penting.
ada member ai, bangga ngn gaji hasben byk, kete tiap 2 tahun mesti bertukar (nak kete rare, lain dr org lain aje. kancil tu taraf pegi pasar katanye), org gaji bertukar2 sbb prestasi xmemuaskan.
tp yg xbestnye kwn tak ramai, anak, diri sndiri & laki slalu sakit2, tiap2 minggu ada aje mc, bersalin 2org anak tersiksa sakit lebih 12jam, kete yg mahal2 tu slalu rosak, laki ada skandal ngn ppuan lain.
kami bagi nasihat apa yg patut, ada perubahan sikap. mmg lain la skrg. slalu bersedekah, ringan tulang tolong kwn2, takde dah berlagak cerita bangga diri.
dan skrg laki pun dah baik, bantu keje umah sejak tak amik org gaji, anak pun xslalu sakit. dia bersalin anak ke 3 & 4 pun mudah sangat, sakit brapa jam aje.
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:37 PM | Show all posts
family aku cukup suke dgr motivasi dari 'pakar2' motivasi yg ada kat negara kita ni, siap suh aku folo dorang lagi kat fesbuk.

secara jujurnya aku mmg tak suka dgr motivasi, atau baca buku motivasi, maybe aku punya motivation bukan dari ayat berbelit2 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:40 PM | Show all posts
Motivasi ni jenis cakap jer lebih, bikinnye idak... You preach but you never walk your talk... Kosser same jer jenis2 motivasi ni bek yang ala2 setazah syumul or yang ala2 moden sikit... Kau buat duit dengan air liur mencapap dengan publisiti murahan memang ler. Cer kau berenti membebel pastu kau keje jd angkat kotak atau cuci jamban selama setahun tengok, kau positif tak macam speeches vodow kau tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala prof ni
Gaji ko besar bleh la cakap byk
byk bunyik plak makcik ni
menyampah haku
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:43 PM | Show all posts
Dia pn charge org sakit mahal2. Relevan x
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:44 PM | Show all posts
keep calm

reset minda

wawasan 2020

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 05:45 PM | Show all posts
dengar ceramah motivasi hilang terus rasa lapar....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kaya yg tak pernah tau ape itu erti kesusahan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:50 PM | Show all posts
sup@rm@n posted on 24-12-2013 05:49 PM
Org kaya yg tak pernah tau ape itu erti kesusahan...

sama macam PM kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:50 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 24-12-2013 05:18 PM
Saya tak pernah percayakan pakar motivasi. Sekadar nak berikan sepatah dua ayat manis, saya pun pand ...

yup , sy lebih suka yg pernah mengalami kegagalan / experience  
baru leh caya ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 1.909492 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list