View: 36131|Reply: 212
|
5 Sitkom Paling Popular Tahun 90-an, Siapa Sempat Melayan?
[Copy link]
|
|
Tahun 90-an, bertapa nostalgiknya apabila kita bercakap tentang tahun yang juga dianggap tahun kegemilangan bagi sitkom di Malaysia.
SITKOM atau SITCOM yang dipendekkan daripada perkataan SITUATION COMEDY memaparkan kehidupan di sesuatu kawasan yang mana akan memfokuskan tentang permasalahan harian mereka.
Sumber : Kipaszz
Yang menariknya, sesebuah sitkom di Malaysia menampilkan pelakon berbilang bangsa dan akan menyelitkan elemen kemasyarakatan buat penonton.
Pada kali ini, kita akan kembali ke tahun 90-an untuk menghilangkan kerinduan kepada 5 SITKOM PALING POPULAR DI TAHUN 90-AN.
Jom lihat senarai sitkom seperti dipetik dari Iluminati ini!
1) 2+1
Sumber : Internet
Sitkom ini mendapat sentuhan Othman Hafsham atau lebih dikenali sebgai Raja sitkom Malaysia kerana kredibilitinya menghasilkan bukan satu, tetapi dua sitcom yang berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia.
Belatarbelakangkan kehidupan tiga rakan yang tinggal serumah dan kehidupan mereka diisi dengan kehadiran jiran-jiran yang mempunyai pelbagai ragam.
Sitkom ini juga boleh dianggap seperti 'Friends' versi Malaysia.
Pada tahun kegemilanganya, sitkom yang ditayangkan secara langsung ini boleh mencapai purata lima juta penonton untuk setiap episod dan ini semua adalah hasil daripada barisan pelakonnya yang hebat, antaranya Susan Lankester, Ziela Jalil, Louisa Chong, Allahyarham Ahmad Busu, Jaafar Onn, Sabri Yunus dan juga bintang siri ini, Imuda yang membawa watak Sam, seorang lelaki lembut yang mencetuskan kontroversi ketika itu.
2) Jangan Ketawa
Sumber : Internet
Senarai sitkom Malaysia tidak akan lengkap jika kita tidak meletakan sitcom ini di dalamnya.
Jangan ketawa adalah salah satu sitkom yang mendapat rating tinggi di Malaysia ketika eranya walaupun mendapat kritikan masyarakat dan terpalit dengan beberapa konrtroversi sepanjang tayangannya.
Sama seperti sitcom 2+1 yang menampilkan watak lelaki lembut, Jangan Ketawa arahan Louisa Cheong and Harith Iskander ini lebih berani dan terbuka
Mana tidaknya, bukan saja menyelitkan elemen lucu yang mempunyai dua makna, mereka juga berani meletakkan watak Moon dan Dee sebagai lelaki berpakaian wanita untuk tayangan masyarakat awam.
Selain itu, jika anda semua ingin melihat Harith Iskandar pada awal kariernya sebagai seorang pelawak dan juga pengarah, rancangan ini perlu ada dalam senarai wajib tonton peminat-peminat beliau.
3) Kopitiam
Sumber : Internet
Sebuah sitkom arahan Ng Ping Ho dan diterbitkan Double Visionini menceritakan pahit manis seorang wanita yang dilakonkan Joanna Bessey[size=13.3333px] mempertahankan legasi kedai kopi lama yang diwarisinya daripada keluarga.
Sitkom ini yang bersiaran selama tujuh musim DI NTV7 memperkenalkan orang ramai kepada beberapa nama seni yang masih lagi aktif sehingga kini seperti Douglas Lim, Rashid Salleh, Lina Teoh, Mano Maniam dan Tan Jin Chor.
Lebih membanggakan, bukan saja mendapat rating tinggi di Malaysia, tetapi sitkom Kopitiam ini juga mendapat pengiktirafan sebagai sebuah SITKOM TERBAIK ASIA pada tahun 2000.
4) Spanar Jaya
Sumber : Internet
Sitkom yang mengisahkan tentang seorang usahawan yang membuka sebuah bengkel kereta dihiasi telatah pelanggan dan juga pekerjanya.
Jika anda bertanya kepada sesiapa saja yang pernah menonton sitkom ini, ramai akan dapat menamakan setiap watak di dalam Spanar Jaya antaranya Pak Selamat, ez, Misha, Edy Lentok, Abdullah dan yang paling popular adalah Mat Rock.
Pada tahun ini, TV3 menyiarkan versi terbaru Spanar Jaya yang diberi tajuk Spanar Jaya X. Walaupun tidak mengekalkan kesemua pelakon lamanya dan diisi barisan pelakon baru seperti Uqasha Senrose, sitkom ini berjaya mengekalkan watak kegemaran semua. Siapa lagi kalau bukan Mat Rock.
Sumber : Kipaszz
Jadi, kepada peminat sitcom ini yang ingin melihat gelagat Mat Rock selepas berbelas tahun menyepi, jangan lupa untuk menonton Sitkom Spanar jaya X di TV3.
5) Pi Mai Pi Mai Tang Tu
 Sumber : Iluminasi
Menjadi salah satu sitkom paling lama disiarkan di televisyen dari tahun 1985 sehingga 2004, Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia kerana ianya sudah terpahat dalam sejarah tahun 90-an masyarakat kita.
Salah satu buah tangan yang boleh dianggap terbaik daripada raja sitkom Malaysia, Othman Hafsham kerana kisah yang cuba disampaikan oleh pengarah dan pelakon sitkom ini cukup dekat dan memberi kesan kepada penonton yang mengikutinya daripada awal.
Mana tidaknya, sitkom yang bermula dengan mengisahkan masyarakat di sebuah kampung iaitu Kampung Seri Wangi dan kemudianya berpindah ke Flat Seri Wangi membawa penonton kepada masalah sebenar dalam kehidupan seharian sebagai mayarakat majmuk di Malaysia.
Foto: Sumber : Iluminasi
Perjalanan dan penceritaan sitkom ini menjadi dekat dengan penonton kerana setiap perubahan yang dialami pelakon di dunia sebenar di masukkan sedikit elemennya kedalam watak pelakon tersebut .Ini membuatkan setiap watak di dalam sitkom ini hidup di dalam ingatan penonton.
Malah, betapa popularnya sitkom ini sehingga sitkom ini pernah dibawa ke pentas teater muzikal pada tahun 2006 dan telah diadaptasi ke siri komik strip mingguan di dalam akhbar berita mingguan.
Sitkom mana pernah menjadi kegemaran anda? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Jenaka Hang Setia (1988)

Disiarkan oleh RTM1 setiap Selasa jam 9.30 malam. Konsep sitkom (komedi situasi) yang dirakamkan dalam studio ini sebenarnya masih lagi digunakan oleh RTM (contohnya Salam Pantai Timur), namun pada 1988 mungkin penonton tidak banyak pilihan (selain daripada TV3 yang masih tidak menyeluruh siarannya di Malaysia) dan tentu ramai yang masih ingat pada siri Jenaka Hang Setia yang sangat membosankan ini. Tetapi untuk meneruskan konsep sebegini pada masa sekarang adalah sesuatu yang ketinggalan zaman.
Jenaka Hang Setia menceritakan tentang kehidupan di sebuah kampung pada zaman kesultanan Melayu dulu-dulu dengan watak-watak bernama Sang Samba, Sang Gopoh, Dang Damai, Hang Utama dan Hang Setia. Pelakon-pelakonnya semua dianggap pelawak terkenal ketika itu seperti Hamid Gurkha, R. Jaafar, Norlia Ghani, Rominah Sidek dan turut serta P. Param dan Tan Ting untuk menghidupkan suasana muhibbah ala RTM.
Kredit: Arkib Negara X
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eedharm at 1-8-2019 02:19 PM
Bendul - Mr. Bean Malaysia (1994)

Bendul ialah judul sebuah siri komedi situasi atau sitkom yang pernah disiarkan oleh stesen penyiaran RTM mulai 13 September 1994. Sitkom Bendul disadur - atau menurut pendapat umum, ia ditiru! - daripada sitkom terkenal luar negara, Mr. Bean, yang telah wujud sejak 1990. Seperti mana siri sitkom lain, slot siaran Bendul memakan masa 30 minit, dan ia disiarkan oleh TV1 setiap hari Selasa pada waktu perdana, 8.30 malam (sebaik sahaja selepas siaran berita perdana). Siaran musim pertama Bendul sebanyak 13 episod berakhir dalam bulan Disember 1994.
Selepas Bendul disiarkan sebanyak 3 episod, wartawan Ku Seman Ku Hussain daripada akhbar Utusan Malaysia telah menulis sebuah ulasan di dalam ruangan Ulasan Drama TV. Jarang sekali sesebuah sitkom diberi perhatian yang sebegitu serius sehingga diulas seperti mana sebuah filem, telefilem mahu pun pementasan teater. Begitulah kuatnya impak kewujudan Bendul kepada penonton televisyen di Malaysia yang sememangnya sudah agak lama mengenali Mr. Bean sejak ia disiarkan oleh stesen penyiaran swasta, TV3 pada sekitar awal 1990-an.

Watak "Bendul" dilakonkan oleh pelakon yang tidak terkenal ketika itu (mungkin juga hingga kini?) iaitu Huzir Sulaiman. Antara pelakon lain dalam sitkom arahan Harith Iskander itu ialah seperti Patrick Teoh, Ida Nerina & Deanna Yusoff. Di dalam ulasan Ku Seman, sitkom Bendul digelarnya sebagai "drama alihlakon", dan beliau berpendapat konsep persembahan Bendul itu "suatu yang cukup memalukan". Walau bagaimanapun, Ku Seman tetap mengakui bakat arahan yang dimiliki oleh Harith, begitu juga dengan bakat lakonan yang dimiliki oleh Huzir & Patrick, cuma beliau berpendapat bahawa mereka semua telah tenggelam oleh "tuntutan komersil" pihak-pihak yang terlibat dalam industri drama.
Nota tambahan 1:
Sitkom Bendul sehingga kini dianggap sebagai program yang tidak sepatutnya wujud, malah kaitan terhadapnya juga dianggap mungkin akan memalukan sesiapa saja. Walau bagaimanapun, apabila Huzir Sulaiman (bekas pelakon watak "Bendul") dipilih untuk menghiasi kulit majalah KLue pada 2003 (sempena pementasan teater karyanya, Atomic Jaya), siapa sangka bahawa artikel yang disiarkan di dalam majalah itu telah dimulakan dengan rujukan kepada Bendul! Adlin Rosli menulis:
"Huzir Sulaiman once played a Mr Bean-like character in a TV show called Mr Bendul in the mid '90s. Just like the source material, Bendul was the sort of fool who could escape silly situations with comic ease"
"Spend some time with Huzir, however, and you'd inevitably find yourself wondering how this sensitive and intelligent man could have anything to do with a Rowan Atkinson rip-off. The two are nothing alike. Huzir is a Princeton alumnus with a penchant for writing some of the wittiest plays ever performed on these shores"

Nota tambahan 2:
Secara kebetulan, sitkom Mr. Bean yang bermula pada 1990 akhirnya telah ditamatkan pada penghujung 1995, iaitu lebih kurang setahun saja selepas kewujudan Bendul. Siaran ulangan Mr. Bean masih disiarkan sehingga kini (kadang-kadang dapat dilihat muncul di TV3).
Berdasarkan memori dan bukannya fakta (sebab belum berjumpa bukti yang kukuh): Sitkom Bendul berjaya disambung sehingga musim kedua di mana watak "Bendul" yang asalnya dilakonkan oleh Huzir Sulaiman telah digantikan dengan Harith Iskander (maklumat ini tidak dapat disahkan, perlu disemak).
Huzir Sulaiman ialah penulis skrip filem Dukun arahan Dain Said.
Nota tambahan 3:
Dalam filem Aku Bukan Tomboy (2011), apabila watak lakonan Syamsul Yusof memperkenalkan namanya sebagai "Burn", watak lakonan Scha Al Yahya telah mengejek Burn yang berimej nerd dengan memanggilnya sebagai "Bendul".
Kredit: Arkib Negara X
|
|
|
|
|
|
|
|
pi mai pi mai tang tu da hujung2 baru tengok and paham
kopitiam tak tengok semua sebab dulu timing tak kena
spanar jaya favorite |
|
|
|
|
|
|
|
berusjamban replied at 20-7-2019 02:05 AM
Pi mai pi mai bukan live audience ke. Teringat time kecik2 dulu penah ayah bawak gi tgk diorg buat ...
Kalau x silap memang live audience. Itu sebab kot boleh nampak pelakon banyak ketawa. Yang kahwin dengan m.nasir tu apa ya namanya. Lupa pulak. Dia pun salah sorang pelakon PMPMTT. Dia tu lg xleh cover. Memanjang gelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
semua sempat tengok.. tapi pi mai tang tu paling lejen bg aku.
semua watak memang kelakar..setiap episod mmg best. pak uda, mak uda..lawak btul memasing 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun legend ni.. mana nak tengok ehh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pi mai pi mai tang tu
pak uda dgn baju butang senget sebelah
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes!
Nasib baik ada yg pernah tgk cerita ni.
Kalau takde org tgk, mmg aku rasa aku delusional ni..hahaha
Betul dkt NTV7 dan betul pasal reban ayam tu.
Adoi, terus teringat scene dia pegang ayam ya..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
i watched every listed sitcoms. rindunya zaman dulu. selalu tengok dengan arwah ayah.  |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 17-7-2019 11:42 AM
Alah, kalo tgk balik bukan best sgt pun...
Yg Pi Mai Pi Mai Tang Tu tu watak Sathiya balik2 Ayyo ...
Pi mai pi mai bukan live audience ke. Teringat time kecik2 dulu penah ayah bawak gi tgk diorg buat rakaman kt Dewan Tuanku Canselor UKM |
|
|
|
|
|
|
|
watashinoai replied at 19-7-2019 04:30 AM
under one roof kot.. smua cina kan.. satu family dlm rumah ja..
Yerla kot tp mmg semua cina..hahaha best gila..masa tu mmg gila tayangan drama hongkong kan |
|
|
|
|
|
|
|
i pun u...crush sgt dgn Rashid Salleh tu, cakape pelat2 sikit. Dulu dia berlakon dgn Amy Mastura, Tollgate Girl, pun i tgk byk kali sbb nk tgk Rashid Salleh |
|
|
|
|
|
|
|
gado-gado is the best.
semua pelawak otai.
tp sekadar 3-4 siri je.
pastu 'jgn ketawa' tiru dgn barisan pelawan baru.
bukan tak lawak, tp penerimaan tu takes time. |
|
|
|
|
|
|
|
azhardanil replied at 16-7-2019 02:01 PM
Semua ni patut dimainkan semula dalam slot Lagenda. Bukan hanya drama2 Melayu kawin paksa demi keunt ...
Dlu elok2 ada slot lagenda hari ahad pkul 3 ptg, skg dah ganti dgn drama melayu bodoh2. Tgh mlm tayang, ahad pon nk tayang. Masa dlu2 xsbr tgk hari ahad. Nak2 kalau cerita p ramlee. Cerita bwg putih bwah merah , si tanggang etc mmg suka sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 19-7-2019 10:07 AM
Yg lebih best lg tgk tv ms tu pakai bateri je.mcm bateri kete tu.letrik x de lg.sminngu skali ayh ...
I xmerasa apa u rasa tp xtau la kenapa i rasa sweet sgt memori tu. Dlu2 i think 80s kot siap menumpang rumah jiran nk tgk tv. I smpat guna tv kotak yg xde remote |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 18-7-2019 08:49 PM
2 +1 whe. Harith Iskandar knew how to tickle our funny bones.
Harith iskandar ada kat 2+ 1 ke.. atau u maksudkan othman hafsham? |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 19-7-2019 09:59 AM
Sweet nya memori uols. Bebudak skg xkn merasa memori mcm ni
Yg lebih best lg tgk tv ms tu pakai bateri je.mcm bateri kete tu.letrik x de lg.sminngu skali ayh i bwk beteri tu pgi cas kat pekan naik basikal tua..
Klu tgh tgk tv bateri abis nasib la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 16-7-2019 11:42 AM
Ye kak itam..dulu2 siaran tb1 dan 2 je dpt tgk.tu pun tv itam putih je.bila pegi bandar tgk tv org ...
Sweet nya memori uols. Bebudak skg xkn merasa memori mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mohtip senario tak ada???? Tu sama lejen dgn PMPMT kot. Xboleh tgk background PMPMT sbb teringat zmn sek rendah. Sayu pulak rasa. Hari jumaat kul 1.30 ke tiap2 hari 1.30 @ 1.00 ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|