View: 8232|Reply: 22
|
Sarah Yasmine tuntut ganti rugi hampir RM1 juta terhadap Aliff Aziz,beri tempoh 7 hari
[Copy link]
|
|
WANITA yang pernah mengaku kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menuntut ganti rugi sebanyak S$250,000 atau RM875,000 terhadap aktor berkenaan sebagai pampasan kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya tahun lalu.
Sarah, 25, berkata, tindakan tersebut tidak berasas memandangkan Aliff sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 21 Februari lalu.
Jelas Sarah, pengakuan dibuat Aliff sekali gus mengesahkan semua kenyataan pernah dikeluarkan terhadap aktor itu sebelum ini terbukti benar.
"Saya merujuk kepada pengakuan bersalah anda yang baru-baru ini pada 21 Februari 2025 berkaitan dengan kes khalwat melibatkan seorang pelakon Malaysia, seperti dilaporkan secara meluas di media Singapura dan Malaysia.
"Pengakuan ini mengesahkan bahawa kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut, yang telah saya kongsikan secara terbuka, adalah benar dan tidak memfitnah.
"Walaupun begitu, anda telah secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadap saya, yang membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) yang dikeluarkan pada 29 April 2024. Tindakan undang-undang ini adalah remeh dan tidak berasas," katanya.
Sarah berkongsi perkara itu menerusi notis tuntutan (letter of demand) atau LOD yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
Tambah Sarah, dia juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan ganti rugi seperti diminta.
Berkongsi lanjut, Sarah memberitahu dia tidak akan berdiam diri selepas setahun menunggu keputusan ini.
Malah dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu lain yang memburukkan nama baiknya sebelum ini.
"Ini hanyalah permulaan, bagi mereka yang telah menganiaya saya dalam tempoh sama, terutamanya mereka yang mereka cipta fitnah tentang saya, sama ada besar atau kecil, ketahuilah bahawa saya akan datang untuk anda juga tahun ini.
"Anda tahu siapa anda. Dah kata, kebenaran, pasti akan menang," luahnya.
Pada tahun lalu, Sarah memaklumkan dia menerima notis mahkamah di Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Aliff.
Bagaimanapun pertikaian mereka dapat diselesaikan secara baik melalui mediasi di mahkamah.
Nama Sarah menjadi bualan hangat apabila dia muncul mengaku dirinya kekasih Aliff.
Dia membuat pendedahan itu kerana tidak tahan melihat pelakon itu teruk dikecam susulan dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu.
Sejak itu, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan wanita dinamakan sebagai NRF di Instagram miliknya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia file kt mahkamah sg ke? Gasak la korang kalau di seberang tambak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mana alip nak cekau byk tu....
lantak korang lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 9-3-2025 06:34 PM
Dia file kt mahkamah sg ke? Gasak la korang kalau di seberang tambak tu
Mcm bkn surat lawyer je.. Guna ayat “…to my account number…”
“..,which i had shared..”
“I formally request..”
X tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 9-3-2025 07:19 PM
Mana alip nak cekau byk tu....
lantak korang lah....
bukan ada yg kata aliff tu kaya sampai tanggung hidup family Astillah? |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah wakkkk...ye kot...haha.
Kita baca je....tengok masing2 nak bela diri mcm mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi nyonya bedak ni. Ingatkan dah diam2 dok dalam gua |
|
|
|
|
|
|
|
masih nak interframe......cheap publicity..... |
|
|
|
|
|
|
|
another looser in the dumpster |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 9-3-2025 08:53 PM
Yg didedahkan sarah tu bukannya smua brkaitan kes khalwat pun. Ada yg x brkaitan kes. Lgipun dia bkn saksi sah kes khalwat. X salah pun klau aliff nak mohon perlindungan gangguan. Aliff pun blh saman dia ni menggalakkan cyberbully, jatuh reputasi |
|
|
|
|
|
|
|
Saje je minah ni.. followers makin berkurang so buat lah sensasi sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Alip ni, keta pn bekas bini sponsor dulu. Sengkek ya amat. Ni kan pulak nk bayar 800k. Baik la ko mintak dekat mak Alip. Mak dia kan terpaling syg anak jantan.
Anak curang, menantu kena marah.  |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz replied at 9-3-2025 09:47 PM
Saje je minah ni.. followers makin berkurang so buat lah sensasi sikit
Yela dia ingat dia yg akn pemes, sekali bella yg pemes meletop2  |
|
|
|
|
|
|
|
Gambau kiss pipi je ke dua org ni? Gesel2 lain ada? |
|
|
|
|
|
|
|
Alip ko jual je lah celana dalam ko tu. Kan ke kat Sg ada bisnes camni.
|
|
|
|
|
|
|
|
duit dah habis lah tanggung fmly besar setillah
|
|
|
|
|
|
|
|
Surat lawyer Sg mmg gitu ke??  |
|
|
|
|
|
|
| |
|