|
Oleh Izzah Abbasy
Walaupun ramai sahaja nenek dan atuk yang moden dan boleh melayari internet dengan jayanya tetapi lain pula dengan seorang nenek ini.
Cucu lelakinya terkejut apabila membuka komputer ribanya mendapati nenek beliau mencari maksud ayat menggunakan laman Google.
Nenek beliau mencari maksud tersebut dengan disertai “Please” untuk permulaan, “Thank you” pada akhir ayat tersebut seolah-olah berkomunikasi secara berhadapan dengan 'pihak' Google. Comelnya kan nenek dia!
Cucu beliau, Ben Eckersley, 25, dari Wigan, England ini telah berkongsi memori 'comel' ini di Twitter dan telah mendapat puluhan Retweet dari seluruh dunia. - CARI Infonet
Gambar hiasan
|
|