Kemaskini : 0110 (20hb Ogos 2016) Beregu Lelaki Negara Tewas Bermaruah 21-16, 11-21, 21-23
sumber foto : https://malaysiadateline.com
Set Ketiga Menyaksikan satu perlawanan yang cukup sengit, khususunya pasangan beregu negara berjuang bermati-matian, namun rezeki tidak menyebelahi mereka, terpaksa akur dengan kekalahan 23-21
Kemaskini: 2445 (20hb Ogos 2016) Set Kedua Beregu China Menguasai Permainan Dan Menang 21-11
sumber foto: http://assets.bharian.com.my
Di set kedua, pasangan beregu China menguasai permainan dengan mengambil tindakan agresif manakala pasangan beregu negara sekadar bertahan, akhirnya pasangan beregu negara berjaya ditewaskan dengan mata 21-11
Kemaskini: 2423 (20hb Ogos 2016) Set Pertama Dimemanagi Beregu Lelaki Malaysia 21-16
Sumber foto: www.bharian.com.my
Dalam set pertama, pasangan beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong beraksi cemerlang dan berjaya menunduk pasangan China Haifeng-Zhang Nan dengan mata 21-16.
Kemaskini: 1500 (19hb Ogos 2016) Beregu Lelaki Negara Mampu Meraih Pingat Emas Pertama- Razif Sidek
sumber foto: http://alchetron.com & http://media.themalaymailonline.com/
Kini skuad badminton negara memperolehi satu lagi peluang untuk meraih pingat yang diburu sekian lama iaitu menerusi Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang akan bertemu Fu Haifeng-Zhang Nan dalam perlawanan akhir beregu lelaki kira-kira jam 10.50 malam ini.
Mereka menewaskan pasangan China itu dalam pertemuan di peringkat kumpulan sebelum ini yang memberi gambaran bahawa kemenangan ke atas pasangan N0.4 dunia itu bukan mustahil untuk dilakukan.
Inilah peringatan yang diberikan oleh ketua jurulatih beregu negara Jeremy Gan kepada V Shem-Wee Kiong agar berhati-hati dengan taktik dan strategi baharu Haifeng-Zhang Nan dalam perlawanan penentuan pingat emas malam ini.
Sehubungan itu, legenda badminton negara Datuk Razif Sidek yakin Goh V Shem-Tan Wee Kiong mampu menzahirkan impian pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Rio sekiranya mereka berani bermain secara menyerang.
Beliau turut menyifatkan kejayaan mereka melangkah ke final adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana Malaysia sudah pasti membawa pulang satu lagi pingat perak menerusi acara itu.- CARI
semoga ramalan yang penuh keyakinan datuk Razif Sidek boleh menjadi kenyataan, saya cukup tidak dapat bersabar untuk menyanyi lagu Negaraku selepas penyampaian pingat emas. Bersedia rakyat Malaysia, ramai-ramai kita nyanyikan lagu kebangsaan. Amin.
sebagai rakyat marhein iouls tak nak berharap pon sis, mengingat pencapaian atlit negara yang sendu selama puluhan tahun , elok iouls layan movie kat lapop je daripada melayan angan angan yang tak pernah terwujud
amat bangga dengan pencapaian skuad badminton di sukan olimpik kali ini, terbaik. Sebelum ini hanya Datuk lee Chong Wei saja dipertanggungjawabkan untuk rebut pingat. Kali ini beregu campuran dan beregu lelaki memberi kejutan majlis olimpik negara kerana kedua-dua layak ke pusingan akhir, sukan olimpik tau, bukan sukan tepi jalan. Birapun mereka gagal dapat pingat emas, kita semua pun patut menghargai usaha mereka yang mampu bersaing dengan jaguh dunia. Syabas, skuad badminton. Layak ke final dah kira satu kemenangan buat negara kita. Tak usah perduli mereka yang hanya pandai kutuk dan kritik. Apa sumbangan mereka yang kutuk tu kepada negara kiat?
Populasi Jamaica - 2.8 juta orang - 5 emas 0 perak 2 gangsa
Populasi Crotia - 4.2 juta orang - 5 emas 2 perak 1 gangsa
Populasi Cuba - 11.4 juta orang - 3 emas 2 perak 4 gangsa