Sudahkah anda mengundi jaringan gol ajaib Mohd Faiz Subri?
Kini hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk peminat bola sepak tanah air mengundi gol cantik jaringan pemain Pulau Pinang ini.
Undian pusingan kedua anugerah Puskas 2016 akan diumumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), malam ini.
Menurut BH Online, FIFA, semalam mengeluarkan artikel yang menjadi berita utama laman sosial rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), www.fifa.com diberi tajuk 'Subri's physics-defying free-kick'.
Sumber foto: IG Faiz Subri
Artikel berkenaan menceritakan bagaimana jaringan ajaib dilakukannya Februari lalu, bukan hanya menafikan logik bahkan hukum fizik, malah ia turut menyebabkan lawannya, rakan sepasukan, penonton dan orang ramai yang menyaksikannya di atas talian sukar mempercayainya.
Dalam masa sama, artikel itu menyeru orang ramai mengundi jaringan Faiz jika merasakan ia bernilai untuk diberi Anugerah Puskas 2016.
"Jika anda merasakan jaringan Subri bernilai untuk Anugerah Puskas, masa sudah semakin suntuk untuk terus meletakkan dalam pemburuan.
"Tarikh akhir untuk pusingan pertama undian akan berakhir sebentar lagi, dengan tiga gol dalam saingan yang sepenuhnya ditentukan peminat akan memasuki pusingan kedua dan peringkat terakhir," kata artikel itu.
Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Terbaik FIFA pada 9 Januari 2017.
Jika anda belum mengundi, undian boleh dilakukan menerusi pautan http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award. - CARI |