CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84286|Reply: 281

Tales From The Abyss: My Paranormal Stories and Experience [Updated] 17.02.2017

[Copy link]
Post time 2-12-2016 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Fienomenology at 17-2-2017 05:40 PM

The Lady Templar Experience

Intro:


Salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada momod kerana beri peluang kepada aku untuk menceritakan pengalaman aku dengan salah satu lokasi lejen di KL: Hospital Lady Templar, Cheras.

Kita semua tahu pasal urban legend hospital ni. Ke angkerannya  tak perlu diceritakan. Kalo pergi memang akan nampak “something”, sama ada cik lang or cik ti atau pak guard yang menghalau penceroboh.Kisah ni berlaku pada awal tahun 2000an. Kita smua tahu budak2 laki ni kalo banyak free time dia akan buat keje2 gila (baca: Ghost Hunting a.k.a cari pasal).Well, boys will be boys.

Citer ni agak panjang dan ia bersangkut paut. Semua kisah dalam ni berdasarkan real event, bukan cerita fiksyen (well certain things maybe aku exaggerate skit).Nama2 dalam ni adalah nama timangan sebenar (tapi nama sebenar masih dilindungi)Diharap kalo siapa2 nk share kisah ni mohon kreditkan cerita ni ke ak. Its call courtesy.


Mari kita mulakan.


First Misadventure:


Citer ni dialami oleh member aku Rza sbb dia yang pegi dulu before aku. Oleh kerana terpengaruh dengan kisah dia ni, maka aku dgn budak2 yg lain turut pegi ke sana.


Pada satu malam yang gelap, Rza dan 9 orang kawannya se-kampus bercadang nak pergi ke sana menaiki van Vannette lama kepunyaan kawan dia. Salah seorang kawannya menjadi co-pilot memberi arah jalan ke destinasi. Sampai di sana, mereka diberi taklimat (seperti biasa) berkenaan the do’s and don’ts bila ke tempat2 angker macam ni seperti:
1)mesti datang dengan angka genap.
2) semua yg datang kena ikut sekali.no one should be left behind.kalo ada yang takut dan nak tinggal, mesti berdua dan bukan bertiga!
3) no flashlights only lighters (takut tersuluh you know what).
4)bagi salam sebelum masuk.
5)Mulut jangan celupar!
Dan lain2….Etc.etc.etc.


Maka diaorang pun start masuk ke blok lama dan mula memetik lighter masing2.
Keadaan dalam blok lama memang usang dan barang2 lama bersepah. Diaorang pun berjalan ke dalam lagi. Member aku si Rza ni duk second last dalam barisan pada fikiran dia, apa2 hal dia bole lari dulu to the exit. Belakang dia pulak, ada seorang member dia yang agak penakut tapi nak ikut jgk (budget nk tunjuk macho dan peer pressure). Diaorang pun pusing dalam blok admin tu dan takda apa2 penampakan yg berlaku.

Kecewa dan hampa, diaorang pun agree nk masuk ke rumah mayat, dengan harapan untuk dapat melihat “something”.

The fun has just begun!


Mereka pun masuk ke rumah mayat dan makin ke dalam bangunan makin gelap suasana. Rza memetik lighter, dan dari cahaya tersebut, tiba2 Rza ternampak kelibat orang tua berdiri disebelah katil sorong. Rza terdiam. Dia tau apa yang dia nampak tapi dia keep silence. Mereka teruskan perjalanan.Rza memetik lagi dan kali ni bila dia lalu katil tersebut kelibat org tua tu dah takda.
Rza makin cuak tapi dia cuba rilex. Tiba-tiba bahu Rza dicuit dan di sapa, “Za, tadi ko nampak x lelaki tua kat sebelah katil?” tanya member di blakang. “Babi! Sundal! KimK!”dalam hati Rza, tetapi di mulutnya cakap “Tak der apa2 la. Jgn tegur!”


Tiba-tiba lighter Rza terlepas dari jari. Rza menunduk dan meraba dalam kegelapan untuk mencari lighternya di lantai. Bila dia dah jumpa lighternya, beliau memetik semula dan, tiba-tiba muka lelaki tua tadi betul2 bersebelahan muka dia! Rza bangun perlahan dan lelaki tua tuh pun ikut sekali. Kawan di belakang tadigenggam lengan Rza kuat2 indicate yg dia pun nampak lelaki tua tu!Allah saja yang tahu macamana perasan takut mereka!


Mereka berdua jalan terus dan tak toleh kiri kanan sambil mulut tak lepas baca ayat suci.marhalah dan tajwid memang main sebat time2 cuak ni.Diaorang fikir, kalo lari ke belakang takut bertembung balik dgn lelaki tua tu.nak tak nak terpaksa terus ke depan. Setiba di bilik mayat dengan yg lain, mereka berdua lega sikit tapi muka dah pucat. Diaorang diam je bila di tanya kenapa muka pucat.

Dalam bilik mayat tu semua peralatan dah buruk, sambil diaorang jenguk2 di dalam tu,tak der benda2 yg pelik yang diaorang expect. Tiba2 diaorg terdengar macam ada bunyi lock terbukak! *ktap!*

Diaorang semua petik lighter nak cari sumber bunyi tu. Tetiba semua terpandang freezer mayat tu. Salah satu pintu freezer tu terbukak!Masing2 kaget!Semua x tau nak buat apa. One of the friends berani kan diri jalan ke arah pintu tu.Dia petik lighter dia,tiba2 sepasang mata merah pandang tepat ke arah dia!


“Cabuuutttttt!!!” jerit member tu!


Dengan tiba2, masing2 jadi Usain Bolt dan Watson Nyambek berlari kluar dari rumah mayat tu. Dalam berlari tuh, diaorang semua dengar ada perempuan meringai! Takdan la nak pandang belakang! Semua lari ke arah van dan masing2 mengelupur nak masuk dalam van.

Dah masuk van, si co-pilot pandang belakang and tanya “semua ada tak?”
Masing2 pandang sesame sendiri, semua ada! Tanpa berlengah lagi,dengan lajunya Vannette tu jadi kete EvoX dan turun dari Lady Templar. Lega masing2 dapat keluar dari situ. Tiba2 handphone salah sorg member Rza ni berbunyi, dia pun angkat dan menyapa “helo?”


“WEI! korang pegi mana?!laju benar tinggalkan aku! lakhanat! cepat amek aku balik wei! seram ni!”


Budak tu pandang belakang, budak yg paling last belakang Rza yang tertinggal! Habis tu,yang masa headcount tadi siapa?!


-End-


To becontinued next on Second Misadventure….

Rate

1

View Rating Log

Related collections:

  • · Angker|Threads: 4, Subscribe: 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2016 11:26 AM | Show all posts
ni mmg kisah group paranormal ko ke atau ko copy paste jer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 11:31 AM | Show all posts
myakayina replied at 2-12-2016 03:26 AM
ni mmg kisah group paranormal ko ke atau ko copy paste jer?

X dapek jek.mmg kisah member ak sendiri. sorry i dont plagirise.
Psl member ak ni punya experience ak sendiri pergi ke sana and experienced myself.
Kisah ak akn menyusul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:32 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 2-12-2016 11:31 AM
X dapek jek.mmg kisah member ak sendiri. sorry i dont plagirise.
Psl member ak ni punya experien ...

ohh..ok. silalah sambung nanti yer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:35 AM | Show all posts
warghhhhhhh...gila aahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:37 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 2-12-2016 11:31 AM
X dapek jek.mmg kisah member ak sendiri. sorry i dont plagirise.
Psl member ak ni punya experien ...

dik akak pantang btl perkataan aku jd ak ak ak

nak terberak ke dik





btw awat cite ang ni mcm ala2 dam je? sumber inspirasi kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2016 11:39 AM | Show all posts
adn replied at 2-12-2016 03:35 AM
warghhhhhhh...gila aahhhhh

hah! ni bru skit bro.tunggu kisah ak plak.lg parah bai.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:42 AM | Show all posts
cite cliche tp bole layan

standard pegi tmpt mcmtu mesti tertinggal kawan..bw benda lain menumpang kete..

tp xpe akak tunggu cite lain plak

mohon taip aku tu jd aku bkn ak ak

akak dh tua dik pening nk pikir apa ak ak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2016 11:44 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-12-2016 03:37 AM
dik akak pantang btl perkataan aku jd ak ak ak

nak terberak ke dik

sori sis.nnt adik nubis perbetulkan ejaan.

xder sumber inspirasi,mmg betul2 kejadian.sorry i dont plagarise sis.

first hand experience from my friend himself. Dia ni merata2 ghost hunting.nnt sy citer kisah dia dan saya ke Highland Tower.

Saya belum masuk kisah dari JB lagi.Kisah belakang Istana hokay?kuikuikui!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 11:46 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 2-12-2016 03:42 AM
cite cliche tp bole layan

standard pegi tmpt mcmtu mesti tertinggal kawan..bw benda lain menumpan ...

Btul memang klise.kalo drama melayu pun klise,inikan teknik hantu takutkan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:47 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 2-12-2016 11:44 AM
sori sis.nnt adik nubis perbetulkan ejaan.

xder sumber inspirasi,mmg betul2 kejadian.sorry i do ...

baikla dik akak tunggu dik...

akak mmg dahagakan cite seram misteri baru... mohon cpt smbung dik..


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:53 AM | Show all posts
alamak...baru siok nak baca..
...update bro...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 11:59 AM | Show all posts
surwanis replied at 2-12-2016 03:53 AM
alamak...baru siok nak baca..
...update bro...

ye sis.nnt sy update k
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak Ak ak ak.. Kdg ada pulak yg ngeja aq aq aq aq
Salah 1 tips penceritaan/penulisan yg bagus ialah ejaan yg lengkap.. X smua org paham singkatan nak2 bahasa bebudak skrg..
Citer dah sedap..harap tt eja elok2 ya..kt dlm ni ramai org berumo dh trmasuklah aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 05:54 PM | Show all posts
kuzaime replied at 2-12-2016 09:27 AM
Ak Ak ak ak.. Kdg ada pulak yg ngeja aq aq aq aq
Salah 1 tips penceritaan/penulisan yg bagus  ...

Okay sis. akan saya improve kan.hehe,

Tq for the feed back.appreciate it.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 05:59 PM | Show all posts
Edited by Fienomenology at 30-12-2016 10:17 AM

Second Misadventure

Are you ready for Round 2?!

Memandangkan citer pertama aku (ejaan penuh atas teguran hakak idakamaruddin) agak tak beberapa umph!/kick, aku teruskan dengan pengalaman aku sendiri.
Here we go!

Intro:
Kisah member aku Rza berlaku a few years before aku menjejakkan kaki ke Lady Templar. Lepas dia cerita pengalaman dia tu, our boys (clique) including me, are excited to go there. First time aku ke sana sekadar “melawat” saja, lalu dengan kereta dan tengok keadaan sekeliling. Kali kedua, aku turun and masuk ke blok lama.“Lawatan lapang” kali ni ramai budak2 dari USJ 2 bergabung dengan USJ 6. Kami cuba cari rumah mayat yang Rza ceritakan, tak jumpa. Maka halfway kami patah balik,dan kebetulan ada a few girls dalam group tengah hadas besar! (tengs Bebe and Kunida)

Masa nak balik si Bebe ni bisik kat bf dia (member aku jugak) yang dia nampak cik Pon tengah bertenggek kat pokok besar di simpang jalan*. Oleh itu, kitaorang pun cepat2 keluar dari situ dan terus ke jalan besar.

*simpang ni adalah pertembungan jalan antara blok lama dan baru. siapa2 yang biasa ke sini tau la simpang yang mana satu. Simpang ni agak signifikan dalam cerita ni.aku dah gugel gambar simpang hospital ni mmg tak jumpa!
Part 1:
Kali ketiga(or keempat? aku tak ingat.lama sangat) aku ke sana beberapa bulan sebelum aku fly ke Aussie untuk sambung belajar. Pada satu malam (kebetulan Khamis malam Jumaat) yang membosankan, semasa kami tengah melepak, si Kecik bersuara ke Khamal; “eh,kita dah lama tak “melawat” hospital.jom malam ni kita gegar nak?”Khamal pun “ok gak dowh!”

Diaorang pun pandang ke arah aku sebab masa tu aku bawak kete Unser bapak aku.

“Fie,jom?”tanya Kecik.

“Aku on je!Saper lagi nak pegi ni?”tanya aku.

Satu meja pandang masing2.Semua setuju nak follow. Maka malam tu, kami berlapan(Aku,Gie,Kecik,Tham,Tazmie,Ad,Elal,Khamal) naik keta aku menuju ke Lady Templar.

Perjalanan macam biasa, riuh rendah dalam kete. Bahan membahan serta lawak bangang berpisah tiada dengan budak2 laki. Tiba di kawasan velodrome Cheras, gelak tawa kami semakin pudar. Kitaorang pun masuk ke jalan belakang BHP and drive ke arah Lady Templar. Kete aku pun mendekati simpang jalan dan terus ke depan bangunan lama. Kita orang berhenti depan bangunan lama dan usha2 dalam hospital dari dalam kereta. (aku pun tak tau kenapa kitaorang tak turun malam ni) Kitaorang decide nak patah balik ke simpang untuk tengok blok baru*

*Orang cakap kat blok baru ni pun sama angkernya dengan blok lama. Ada orang penah nampak cik pon kat salah satu tingkap blok baru ni.wallahualam.


Untuk ke blok baru tu aku kena buat U-turn, so aku buat la U-turn di hujung jalan blok lama (jalan ni jalan mati, so aku ke depan sikit supaya aku ada ruang untuk buat U-turn). Selepas U-turn,kami pun berhenti dekat area pokok di simpang jalan hospital ni. Time ni semua orang dalam kete senyap and tenung je ke arah blok baru. Tak tau apa yang kami pegun/kusyuk sangat dengan blok tu. Tiba2 bunyi pintu kete tertutup *gedebuk!* semua terkejut! Si Kecik dah gelak sakan!

“CibaiKecik!ko dah kenapa buat macam tu?!”tanya aku.

“Dah korangsemua senyap ak kasi la korang bersuara!kahkahkah!”

Hampeh punyaperangai!

“Wei,Gie hang amek la gambar pakai Samsung baru hang.”ujar Elal.

“Ah!buat pa!kang tak pasai2 keluaq gambar hantu!”balas Gie (Gie ni memang asal dari Penang)

Selepas seketika dan kebosanan, kitaorang decide ke Bukit Antarabangsa nak cari apartment yang orang kata angker sebab ada kes orang bunuh diri dan ke HighlandTower. Kami pun turun ke jalan besar and menuju ke arah Bukit Antarabangsa.Sampai di sana kami ke Highland Tower dulu, malangnya masa ni kawasan Highland Tower dah dipagar. So we decided to search for the haunted apartment. Dah pusing2 atas tu, kitaorang pun decided nak balik memandangkan malam pun makin larut.
Masa turun dari Bukit Antarabangsa tu aku perasan budak2 ni senyap je kat belakang aku pun tegur Gie;

“Gie cuba hang jengok kat belakang tuh.senyap je depa.bantai tido ke apa?”

“Biasa la depa tuh.karkun!dah penat tido la apa lagi!apa punya turr!” jawab Gie.

“Hahahahaha!pungkoq hang!suka suki panggil orang karkun.” Aku berseloroh.

Tiba2 Khamal tanya; “Fie,lepas ni plan nak kemana?”

“BalikSubang la.apesal?”aku tanya balik.

“Kita pegi minum jap Fie.Lepak2 jap.haus la.” tambah Khamal.

Aku pun buat detour ke Taman Shamelin Perkasa untuk memenuhi hajat si Khamal. Time ni ramai je budak2 menganggur and buat keje part time.so masing2 tak kisah balik lambat.Kitaorang pun lepak kat warung tepi jalan, betul2 sebelah KYPM. Aku pun park la kete dan betul2 lepas ak tarik kunci kete, Ad dengan tiba2 turun dari kete macam orang gelabah dan tak betul.Aku budget dia nak terkucil sebab tak tahan sangat dan nak cari toilet. Si Tham pulak ikut belakang dia.

Aku tanya Tazmie; “Apahal tuh,Mie?”

Tazmie dengan selambanya jawab “Ada ‘benda’ ikut.”

“Fuck!Cibaila sial!apahal korang tak bagitau aku?!”carut aku.

“Tak nak ko gelabah la.Tuh pasal kitaorang diam” jawab Tazmie dengan tenang.

Aku nampak Tham tengah papah Ad balik ke warung. Budak2 lain dah duduk kat meja sambung. Masa kat warung kitaorang je customer awe tu. Lepas amek order,masing2senyap. Ad dah start meracau2.Tham dah baca2 dalam air penawar and siap sapu kemuka Ad. Aku dah cuak.Mampos kalo ‘benda’ ni tak bole halau balik.
Ad makintenang.Tapi mulut dia berkumat kamit.Tiba2 dia naik hangin and jerit “Jangan kacau aku la!!” sambil baling wallet dia ke meja!aku makin cuak,budak2 semua senyap. Hanya Tham yang cuba tenangkan si Ad. Mulut Ad berkumat kamit.
Tiba2 Ad bersuara “Gie mintak maaf. Fie mintak maaf.Khamal mintak maaf…dll. mintak maaf”. Ad sebut nama kami semua satu persatu!Dalam hati aku apa hal la plak si Ad ni petik nama kami.
Keadaan Ad makin tenang dan kembali normal. Lepas minum Ad pun bersuara, “Dah settle. Jom kita balik.” Masa nak naik kete ak pun tanya;
“Kita ad nak singgah mana2 tak?mana tau nak kot2 ada yang nak kena kita hantar balik.”

“tak payah.kita balik Subang” jawab Ad.

Aku pun terus drive balik ke Subang dan hantar ke rumah masing kecuali Tham. Sebabnya aku mintak Tham ikut aku balik ke rumah aku (walaupun aku duduk dengan family) sebab aku masih takut. (ye,aku ni penakut skit). Tham pun okay je nak lepak rumah aku malam tu.
Maka aku pun sampai rumah pukul 4 am.

-To becontinued-

Part 2:


The next day, lepas solat Jumaat, aku pun pegi melepak ke kedai Ad.(Ad ni anak tokey kedai makan.Nasi Ambeng kedai bapak dia power beb!) Sampai je, aku dah nampak Ad tengah lepak dengan Jejep & Bebe* (diaorg ni couple) dan Kecik. Dari jauh si Bebe ni melambai2 kat aku macam excited giler.

*Bebe is one of my girl BBF. Dia jadi BFF aku sebab bf dia si Jejep(budak sekolah aku) ni menumpang kat umah aku masa dia keje kat Summit Hotel.So bila si Jejep ni keje shift pagi+petang aku la melayan Bebe ni.so dari situ la kami rapat and jadi BFF.

Sampai je kat meja Bebe bersuara “Ohmaigod Fie!I just heard what happened to you guys last night!Giler la!”

“Yeah.crazy right!I siap suruh Tham tido rumah I lagi okay!cuak punya pasal.”aku berseloroh.kami berdekah sampai satu kedai pandang kami.

“I tak bole imagine like how you stay cool bila ‘benda’ tuh atas kepala you.”

“Huh?apa you ckp ni?benda apa atas kepala I?”tanya aku.

“Laa….you tak tau ke?Ad tak cerita kat you ke?”tanya Bebe.

“Takda pun.apa cer?”jawab ak.Tak bole jadi ni! ak kena tau!

Lepas Ad melayan customer dan amek order lunch aku, aku panggil dia mintak dia explain. Ad pun buka cerita.

According to Ad,masa kitaorang dah keluar dari hospital tu benda tu dah start ikut kami. Si Kecik tambah, masa tuh dia perasan ada "benda" atas bumbung kereta and cuba masuk dalam. Dia cakap rupa "benda" tuh kuku dia panjang sangat and cuba korek tingkap nak masuk. Time tu pulak dia (Kecik) pandang belakang dan nampak jelmaan benda tu seekor burung yang amat besar datang kejar kete kitaorang.Aku terdiam. Muka aku berubah.

Ad sambung cerita balik. Masa dah masuk jalan besar tuh,dia nampak ada dua lembaga hitam kat tepi tingkap berdamping dengan kete! Ad pandang muka salah satu ‘benda’ tu.

Ad cakap “aku pandang muka dia hitam Fie! Kosong dan gelap!Ak terus tutup muka and pandang bawah!”

Aku sound setepek “cipet kera! Padan la korang semua senyap dalam kete! dah nampak "benda" tuh rupanya!”

Ad sambung lagi. Dia cakap benda tu ikut je kami dari hospital sampai ke Bukit Antarabangsa! Masa dekat Taman Shamelin tu, Ad cakap dia dengar bunyi kuat giler macam bunyi stampede (ala…bunyi sekumpulan haiwan i.e kerbau/lembu berlari) dekat main road (Jln Cheras). Tu yang dia berlari dari kete tu.Dia berlari ke main road nak tengok apa benda yang bising tu.

Ad pun berkata “Ko tau apa aku nampak?ko penah nampakkan Metrobus penuh time rush hour?Aku nampak tiga  Metrobus yang penuh dengan hantu datang turun warung tuh serbu kita!”

“Fuck!*” jawab aku.

*okay by now korang dah perasan aku banyak mencarut.yes in real life ak memang kuat mencarut.deal with it.IDGAF.

“Masa kat warung tu ko bayangkan semua “benda2” tuh bertenggek kat pokok and bangunan sekeliling kita! Langsuir, pontianak semua ad! Atas kepala masing2 ada "benda" bertenggek! Atas kepala ko ada lembaga hitam besar and tinggi.ko punya paling besar sebab ko driver!”

Aku hanya mampu facepalm and dengar je apa Ad cerita.

Ad tambah lagi, masa kami duduk tu,datang seorang lelaki tua yang pakai serba putih datang duduk di hujung meja.Kira dia ni Penghulu la sebab nampak alim and warak. Kemudian, kiri kanan dia ada hulubalang dia. Sorang muka berdarah(kot) dan lagi satu muka dah potong setengah! Salah satu hulubalang tuh mula datang rapat ke Ad. Time tu la Si Ad menjerit “Jangan kacau aku la!!” sambil baling wallet dia ke meja!
Hulubalang 1 kembali ke sebelah Penghulu tu. Datang pula Hulubalang 2 ke arah Ad,lalu dia bisik; “Ko datang nak cari kami kan?sekarang kami dah ada depan muka ko!” Time ni aku dah seram giler dengar!

Penghulu tuh pun tanya si Ad “Kamu datang dari mana?”

“Kami dari Subang Jaya,tok.”jawab Ad.

“Tahu tak kamu dah melanggar* tempat kami?”tanya Penghulu tu.

“Ya tok”jawab Ad lagi.

*At this point,budak2 speculate masa aku reverse kete untuk buat U-turn,aku mungkin terlanggar “anak” salah satu makhluk tu.Diaorg perasan masa aku reverse tu,tiba2 reverse sensor aku terpadam.wallahulam.

Selepas berborak beberapa minit, Ad pun meminta maaf kepada Penghulu tersebut. Tuh yang tiba2 Ad sebut nama kami semua satu persatu! “Gie mintak maaf. Fie mintak maaf. Khamal mintak maaf…dll. mintak maaf”.

Setelah usai berbincang dengan Penghulu tuh,maka semua “benda” tuh kembali ke tempat asal mereka.

“Macam tuh la citernya”ujar Ad.

Aku tenung ke muka Ad. “Babi!Cibai!Apesal ko tak bagi ak tau semalam yang kita kena ‘follow!!” aku sound setepek sambil menguis2 nasi goreng ayam aku.

“Rilex la Fie.Nanti aku belanja covercharge nak masuk Nouvo okay.sayang ko!”

Maka malam Sabtu tu pun kami pegi clubbing dengan aku masuk free!yeaaahaaaa!*

*zaman jahilliyah.semua benda maksiat dan haram itu best.astaga!Alhamdulillah!aku dah lama insaf.

……………………………………………………………………………………………………………………….


Selang beberapa minggu selepas misadventure tu,aku cerita dengan Rza. Dia dumb-fucked bila aku cerita misadventure aku lagi hebat dari dia dan dia berdekah sampai keluar air mata sebab kami kena kejar dengan entity/spirit/hantu/benda tu!

Cipet ko Rza!

Morale of the story is: Jangan la kita cari pasal dengan ‘benda’ ni. Kalo kita mencari, memang nahas la jawapannya.

.Sekian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2016 06:08 PM | Show all posts
Ok.Enjoys my experience uolls!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni jer ke? Kat Oz takde ke adventure??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Inezkhalidi replied at 2-12-2016 01:29 PM
Ni jer ke? Kat Oz takde ke adventure??

Kat Aussie ad a few.tp x seram kat Malaysia.Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Fienomenology replied at 2-12-2016 11:04 PM
Kat Aussie ad a few.tp x seram kat Malaysia.Huhu.

Ooo OK2. Ni ada cerita lain lagi tak? Kalau ada update, edit kat titlelah ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.721058 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list