Norshahida Zolkifly, Foto: Berita Harian
Sebelum ini kecoh dengan dakwaan rumah tangga Adi Putra yang dikatakan bergolak, kini isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 32, itu tampil untuk memberikan penjelasan.
Menurut Shahida mereka sangat bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri. Adi merupakan seorang suami yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hati kedua-dua isteri biarpun tegas.
"Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum. Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin."
Foto: IG Adi Putra
Hubungan dengan madunya, Aida Yusuf juga tidak bermasalah selepas Adi mengambil langkah untuk mempertemukan mereka berdua.
"Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida," katanya kepada Berita Harian.
Ditanya tentang kehamilan sebelum ini, Shahida sendiri tidak menyedarinya sampailah dia mengalami keguguran.
Penjelasan sudah pun diberi, diharap orang di luar sana berhentilah dari membuat sebarang spekulasi tentang hubungan mereka lagi ya! -CARI |