View: 3710|Reply: 22
|
Sos Cili Berulat, OldTown Tampil Dengan Beberapa Langkah Yang Diambil
[Copy link]
|
|
Susulan dakwaan rangkaian kopitiam popular iaitu Old Town White Coffee di Nilai, Negeri Sembilan menghidangkan sos cili mengandungi ulat kepada pelanggannya, pihak Old Town telah tampil memberikan kenyataannya.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, pihak OldTown White Coffee Malaysia berkata beberapa langkah yang sewajarnya telah diambil termasuk siasatan segera dijalankan.
Sumber foto: Facebook OldTown White Coffee Malaysia
Antaranya kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam usaha penilaian tahap kebersihan terhadap cawangan tersebut dan tindakan susulan turut diadakan pada 11 Januari.
Hasilnya Jabatan Kesihatan mendapati tahap kebersihan cawangan berkenaan telah mencapai piawaian yang ditetapkan dan dibenarkan beroperasi seperti sedia kala.
Selain itu, pihak OldTown dalam kenyataan tersebut turut mengesahkan setakat ini apa yang berlaku itu adalah isu terpencil dan memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa kualiti makanan, keselamatan dan kebersihan sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Sebelum itu, sebuah video berdurasi satu setengah minit, dipos pada halaman Facebook “We Are Malaysian India”, menunjukkan beberapa ekor ulat di dalam piring sos cili. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambal lama le tu mau tak berulat ... euww |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa ramai dah agaknya mereka yang dah terlanjur melantak sos berulat nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ini sos cili berulat pula? Tadi berita roti berulat. Lepastu berita air chocolate ada lipas. Then, dalam KFC ada metal.
Nak selamat masaklah sendiri di rumah. Minumlah air yang dibancuh sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
ulat putih yg kecik2 tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan hidangannn.. kata ulat itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku syak ulat tu dr telur lalat
Btw dgr brita psl lipas dlm ai tu kat OT gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
order masak banyak banyak nak jimat kos dan masa katanya. so mana yang sejuk sejuk tu
panaskan balik. so far kedai mamak buat bende sama tapi tak kantoi lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
yup. kalau biasa dedahkan ayam atau daging mmg akan ada putih putih small kat situ.
kekadang banyak kekadang 1 kat situ. ada orang jumpamkes gini dia buang mana yang ada telur tu
pastu dia makaj mana part yang bersih tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ulat dr berengga tu kan?
paling dia suka hinggap kat ayam goreng. esp tempat yg tersorok sikit mcm tulang rusuk.
kalau dibiar lama2 dia jadi ulat yg putih tu
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 13-1-2017 12:17 PM
order masak banyak banyak nak jimat kos dan masa katanya. so mana yang sejuk sejuk tu
panaskan b ...
Serbuk teh pon mamak recycle u know. Semua nak direcycle nya |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tak kita terfikir. straw yang kita gunakan selepas kita slurp slup kat kedai mamak tu adakah straw baru
atau straw yang dia basuh guna balik?
atau palign zalim straw atas lantai dia kutip basuh bagi kita slurp slurp??
|
|
|
|
|
|
|
|
ya kot. tapi untuk keselamatan aku akan buang ayam ayam dijangkiti tu. aku tak nak risiko bende tu masuk dalam perut.
biasanya kawasan kawasan kedai makan tepi jalan tepi longkang penjaja penjaja mesti ada isu lalat ni.
kalau gerai makanan tu jenis mmg masak kat situ cth ayam goreng. maka kes lalat berak mmg kurang.
tapi kalau mmg jenis siap siap dari rumah dah goreng. tinggal nak hidang. ini kes lalat beraka sangatlah champion.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia sebelum jd ulat akan jadi tompok2 putih/kuning dulu...klau perati betul2 mcm kecik2 gitu...mcm baru nk jadi.. tp klu lmbat mmg mmbiak dgn jayanya la.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam gi oldtown siap tenung segala air sambal..
takde gerak-gerak baru santap dengan bergaya |
|
|
|
|
|
|
|
Sos cili berulat ler pulak... Mcm- mcm kes sekarang ni dlm bab makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Sos ada ulat? |
|
|
|
|
|
|
|
Franchise di Malaysia mesti dan harus macam ni kan. Kluang kopitiam tu hidang pelanggan dengan mangkuk dah pecah sikit kat atas pun boleh : Kang tak sapot kata tak patriotik (ada plak kecam aku sebab old town ahli dap punyer ) |
|
|
|
|
|
|
| |
|