CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37061|Reply: 265

[Tempatan] JAWI kena saman.. pasangan suami isteri marah sebab kena serbu siap rekod video

 Close [Copy link]
Post time 17-2-2017 12:41 PM | Show all posts |Read mode


PASANGAN suami isteri, Mohd Ridhuan Giman (dua dari kanan) dan Siti Sarah Maulad Abdullah bersama peguambela, Yusfarizal Yussoff (dua dari kiri) dan Adam Luqman Amdan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas ditangkap berkhalwat dalam satu serbuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. - Foto Saddam Yusoff



KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan enam yang lain, kerana membuat serbuan serta menahan mereka secara salah atas dakwaan khalwat.


Mohd Ridhuan Giman, 34 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pegawai penguat kuasa JAWI Mohd Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md Amin; Ketua Pegawai Penguat kuasa JAWI; Ketua Pengarahnya; JAWI ; Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketujuh.


Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Mohd Ridhuan dan Siti Sarah berkata, mereka bernikah pada 17 Oktober 2014 di Kuala Lumpur dan pernikahan itu didaftarkan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Mereka mendakwa, pada jam 1.30 pagi, 8 Januari lalu defendan pertama dan kedua serta enam lagi pegawai penguat kuasa JAWI membuat serbuan di bilik sebuah hotel bajet tempat mereka menginap.


Plaintif pertama berkata, sebelum dapat membaca dengan jelas kad kuasa yang ditunjukkan, pegawai serbuan meluru ke dalam bilik walaupun sudah dimaklumkan bahawa isterinya berada dalam bilik tanpa berpakaian lengkap. Pegawai lelaki itu didakwa plaintif pertama melihat isterinya berada dalam berpakaian tidak lengkap, kemudiannya mengambil gambar serta video, menyebabkan berlaku pergelutan antara beliau (suami) dan pegawai serbuan.




Katanya, walaupun sudah ditunjukkan foto sijil nikah dan gambar perkahwinan yang tersimpan dalam telefon bimbitnya (plaintif pertama) sebagai bukti sah status perkahwinan, pegawai serbuan enggan menerima pakai bukti itu dan berkeras hendak menahan mereka.




Dakwa plaintif, mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee bagi laporan tangkapan atas dakwaan berkhalwat sebelum dibawa ke pejabat JAWI. Mereka mendakwa, kemudian dibebaskan selepas ibu kepada plaintif pertama menandatangani Bon Diri bagi menjamin kehadiran untuk siasatan lanjut.




Berikutan itu, mereka menuntut perisytiharan tangkapan itu adalah salah, tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan serta Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan perisytiharan ia menceroboh privasi serta salah guna kuasa, selain menuntut ganti rugi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249407

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2017 12:42 PM | Show all posts

memang prosedure tangkapan kena rekod video sebagai bukti ke? ada siapa2 buleh jelaskan  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Xbawa kad kaeen flm dompet ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:45 PM | Show all posts
Agak2 berapa habuan dia boleh dapat hasil dari saman ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:46 PM | Show all posts
selayak nya lah kena saman dek,,, sesuka hati kau nak rakam bini orang lain tanpa pakaian lengkap.
sangap ke dek???
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai gatal kerandut inilah jadinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang-mentanglah pasangan suami isteri ini menginap di hotel budget, korang berani kacau walaupun mereka dah ada bukti sijil perkahwinan.

Nak mengeseks secara halal pun susah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:47 PM | Show all posts
apa2 pun abang peguam yang dua dari kiri itu macam jiran tetangga rumah akak jah.
kaya heshe macam duit tak tahu nak buat apa gitu,,, selalu tukar2 kereta mewah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap rekod wife dier lagik...

Memang jilaker la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:49 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR, Feb 17 — A husband and his wife today sued the Federal Territories Islamic Religious Department (JAWI) for raiding and arresting them for khalwat or close proximity.

Mohd Ridhuan Giman, 34, and Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, who have been married for three years, are demanding an apology from JAWI for their traumatic experience that resulted in injuries and their wrongful detention even after showing proof of their marriage.

According to their lawyer Yusfarizal Yussoff, an enforcement team from JAWI consisting of seven male officers and one female officer had raided the couple’s budget hotel room in Kuala Lumpur on January 8 at about 1.30am.

Yusfarizal said the male officers had forcefully entered the hotel room despite being told by Mohd Ridhuan that his wife inside was not dressed appropriately, adding that it resulted in a scuffle that caused the husband’s neck to be injured.

“Although the husband had repeatedly told the said officers that they are husband and wife and showed the officers the photo of their marriage certificate on his hand phone, the officers refused to accept the explanation.

“Instead, the male officers had directed the wife, in front of her own husband, to put on her clothes in front of the male officers. One of the officers kept on taking pictures and video despite being told of our client’s marital status,” he told reporters at the court complex here immediately after filing the lawsuit.

The couple are suing for wrongful arrest, wrongful confinement, trespass to person, violation of privacy, tort of abuse of office and violation of their fundamental liberties under the Federal Constitution.

They are suing two of the JAWI enforcement officers who have been identified as Mohd Shiham Ramli, Mohammad Izehar Md Amin; JAWI chief religious enforcement officer, JAWI director-general, JAWI, the Prime Minister’s Department and the government of Malaysia.

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... uczvO.REG6XAYn.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik lah cara pegawai JAWI bekerja.
Tak boleh ke tunggu si isteri tu berpakaian lengkap dulu baru korang serbu masuk?
Dah lah belum sempat berpakaian lengkap, korang rakam video bagai.
Di manakah hak seseorang individu?  Hormat lah sikit woi!  
Ke korang tak tahan nak skodeng sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg operasi khlawat kena bawak kamera?video? wartawan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kutip kondom basah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:52 PM | Show all posts
Tak periksa bebetul terlampau excited nak tangkap dan videokan orang sendiri yang dapat saman
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:53 PM | Show all posts
chacon replied at 17-2-2017 12:42 PM
memang prosedure tangkapan kena rekod video sebagai bukti ke? ada siapa2 buleh jelaskan

AKTA 560
AKTA TATACARA JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 10. Penangkapan: bagaimana dibuat.

(1) Dalam membuat sesuatu penangkapan Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan itu hendaklah sebenarnya menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau melalui perbuatan.

(2) Jika orang itu dengan menggunakan kekerasan menentang usaha untuk menangkapnya atau cuba mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu bolehlah menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian mana-mana orang.

sumber

gigih iolls google tau.

btw, iolls kenal dua2 defence counsel. good lawyers.
all the best to this pasangan,semoga dapat keadilan yatch

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:54 PM | Show all posts
Dah kenapa nak record bagai? Nak buat koleksi peribadi? Nak viralkan? Selayaknya kena saman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawi mendapat cash
Selama ni sedap la buli org kat hotel bajet
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:56 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 17-2-2017 12:54 PM
Dah kenapa nak record bagai? Nak buat koleksi peribadi? Nak viralkan? Selayaknya kena saman.

nak share dekat group whatsapp agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la kena saman
Mcm sengaja nak menjatuhkan maruah laki bini ni je
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar. Memang patut kena saman. Tunjuk gambar pun tak percaya dah kenapa. Bukannya semua negeri bagi kad nikah. Gila ke nak bawak sijil nikah asli atau salinan beso2 tu. Dah la bengap p rakam orang tak siap pakai baju. Tak bole tunggu ke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.444080 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list