CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31734|Reply: 214

Ozlynn cerita kisah malam pertama bersama Johan

[Copy link]
Post time 25-2-2017 11:10 AM | Show all posts |Read mode
DI SEBALIK perwatakan lucu pengacara dan penyampai radio ERA fm, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau senang dikenali sebagai Johan, ada satu lagi sisi yang mungkin peminat tidak tahu.

Isterinya Rozlinawaty Ismail (Ozlynn) dalam satu gambar Instagram yang dimuat naik baru-baru ini mendedahkan perangai sebenar Johan, berdasarkan pengalamannya pada malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri.

Ozlynn tidak pasti sama ada apa yang dilaluinya pada malam pertama itu, turut dialami oleh orang lain.

Namun pastinya, apa yang dilakukan mereka pada malam tersebut, sudah tentunya ‘melahirkan’ satu perasaan yang di luar jangkaan, katanya.

“Aku tidak tahu malam pertama orang lain selepas nikah,” kata Ozlynn memulakan ayat di bahagian kapsyen gambar tersebut.

“Tapi malam pertama aku selepas bernikah, suami membawa Al-Quran di atas katil.”

“Mesti suami aku mahu menguji sama ada aku pandai membaca Al-Quran atau tidak. Dia tidak tahu berapa kali aku sudah berkhatam,” curiga Ozlynn.

Kemudian, apa yang dilakukan Johan membuatkan Ozlynn terdiam.

“Ketika suami membaca Al-Fatihah dalam tulisan Rumi, (aku) terdiam sekejap. Kemudian (dia) menerangkan satu per satu, setiap kali jumpa huruf ‘ba’ dan kenapa huruf berkenaan baris di atas, atau di bawah,” kata Ozlynn, yang memadamkan niat untuk berbangga di hadapan Johan tentang berapa kali dia sudah khatam.

Jelasnya lagi, maksud khatam bagi Johan dan dirinya berbeza.




Selepas malam pertama tersebut, ia telah menjadi rutin bagi pasangan suami tersebut untuk membawa dan membaca Al-Quran sebelum tidur.
Jelas Ozlynn, gambar dan kapsyen yang dimuat naik pada semalam bukan untuk menunjuk tetapi sekadar ingat-mengingatkan. Tambahnya, dia dan keluarga masih banyak lagi ilmu perlu dituntut.

“Banyak lagi kekurangan dalam keluarga kami tapi (gambar ini) hanya sekadar peringatan.

“Kalau kita boleh baca novel sehingga menangis kerana kita memahami isi kandungan tersebut, kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada al-Quran? Pesanan kepada diri sendiri, anda belum lagi hebat jika tidak memahami kandungan isi al-Quran,”tambah Ozlynn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 11:15 AM | Show all posts
kok ye pun nak tunjuk baik, takyah la propah ozlyn oi. satu malaya tau kot kesah malam pertama ko yg  membuahkan hasil edisi kalkulator
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 25-2-2017 11:15 AM
kok ye pun nak tunjuk baik, takyah la propah ozlyn oi. satu malaya tau kot kesah malam pertama ko yg ...

Kan aku ckp artis ni smua propa. Rkyat malaysia ni mmg taksub dgn retis
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Over.motif nk humblebrag tiap2 malam rutin laki bini baca quran sebelum tido.tapi pakaian ko terdedah juga.nk puji laki tapi dlm masa yg sama ko yg tambah dosa kt laki.

Sekian mode ustazah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 25-2-2017 11:15 AM
kok ye pun nak tunjuk baik, takyah la propah ozlyn oi. satu malaya tau kot kesah malam pertama ko yg ...

Haha chuolls dan kalkulator  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
beautifulliar replied at 25-2-2017 11:17 AM
Over.motif nk humblebrag tiap2 malam rutin laki bini baca quran sebelum tido.tapi pakaian ko terdeda ...


kannn...somi dicanang ibarat ustaz tp bini still menyeksi... camno nk bg laki masuk syurga ni?

#donedakwah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2017 11:22 AM | Show all posts
Aduradura replied at 25-2-2017 11:20 AM
Haha chuolls dan kalkulator

dah jadi badi kalkulator
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
like, seriously????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Another drama queen? Kak hassanah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:45 AM | Show all posts

baiknya laki ozlyn susah nk dpt laki cenggini

bagus laki bini ni ngaji quran hari2 keluarga solehah btul

jd klau sygkan laki yg ala2 ustaz itu reti2 la tutup bdn tu ozlyn ya

kata dh pham sgt isi quran..baru sesuai rumahtngga mnuju syurga gitu

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:47 AM | Show all posts
Waktu dayungan kitab letak bawah pinggang utk kasi better elevation kot?

She may have missed in sharing this part?

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Haihh, ni la jadinye kalu hidup tu pikir nak dipuja puja peminat. Kalau betul itu amalan korang, good for u then. Tapi setakat ni tiap perlakuan and cara hidup xde nampak macam berlandaskan al quran pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
iols mcm agak susah nak caye..tp kalu btl seperti yg dikhabarkan itu, baguslah. Moga dpt perbaiki pakaian tu lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:00 PM | Show all posts
ngaji alquran tp pakaian tak ikut syariat alquran.. jadi lepas ni  mengaji alquran sambil belajar menghayati isi kandung alquran pula

alquran tu bukan novel ... ustazah ozlynn
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Beriya cite baca quran tp pkaian jalang pon surrender. Smua nk cerita:zz
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ozlyn bukan malam kedua ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lain buat jugak takde cerita dekat ig pun. Btw dah kalau mengaji dan dah hadam apa maksud ayat Alquran tu rasanya dah taubat kot tak pakai seksi. Ke hidayah belum sampai?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-2-2017 12:26 PM

'Citer' cam ni la wat bebudak skrng main beskal memalam.....boring...boring.....boring.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 25-2-2017 12:25 PM
'Citer' cam ni la wat bebudak skrng main beskal memalam.....boring...boring.....boring.....

   ....lawak siiaakk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 25-2-2017 11:50 AM
Haihh, ni la jadinye kalu hidup tu pikir nak dipuja puja peminat. Kalau betul itu amalan korang, goo ...

Biasalah retis. Tp masa rancangan apatah johan ni cerita dia memang kasi anak2 beli apa je tp syarat tak boleh tinggal solat. Kiranya dia manjakan anak jgk tp solat tetap dia amik kisah. And dia cerita gaji dia fix sebulan like 4k ke 5k je, lebih semua dia bg ozlyn jah handle. Mcm tu sekali dia sayang n respect bini dia.

Masa rancangan tu ada artis laki sape tah yg berbini ramai lupa pulak. Deyols terkial je dengar johan ckp mcm tu.. yela johan sayang betul bininya. Yang lain sampai berbini 4 pun bini yang kena jual nasi lemak nak tanggun family dan lakinya sekali

Johan dgn shuib ni suami yg iols respect la dlm bab2 mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059406 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list