|
View: 12364|Reply: 4
|
[Jenayah]
Polis buru suspek pecah 12 mesin ATM
[Copy link]
|
|
|
Polis buru suspek pecah 12 mesin ATM
Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Februari 18, 2026 @ 1:17pm
Sebahagian skrin ATM retak dipercayai akibat perbuatan khianat individu tidak dikenali di Jinjang. - Foto ihsan polis.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian khianat memecahkan 12 skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM), di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni, berkata pihaknya menerima laporan pertama pada Isnin lalu kira-kira jam 8.40 pagi daripada seorang juruteknik ATM berusia 38 tahun yang menjalankan kerja penyelenggaraan di cawangan Maybank Jinjang Selatan.
Katanya, pemeriksaan mendapati empat skrin mesin ATM di premis berkenaan retak, dipercayai akibat perbuatan khianat oleh individu tidak dikenali, dengan kerugian dianggarkan sekitar RM4,000.
"Pada keesokan harinya, antara jam 12.24 tengah hari hingga 10.16 malam, polis menerima empat lagi laporan berkaitan kejadian sama, iaitu dua kes di cawangan Maybank Jinjang Selatan dan satu kes di cawangan RHB Bank Jinjang Utara.
"Modus operandi suspek adalah masuk ke ruang kaunter bank sebelum memecahkan skrin mesin ATM menggunakan objek disyaki batu dan melarikan diri. Setakat ini, tiada unsur jenayah lain dikenal pasti
"Jumlah kerugian dianggarkan bernilai lebih kurang RM60,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian itu, Basri berkata pihaknya melancarkan operasi khas bagi mengesan dan menahan suspek.
Buat masa ini, Basri berkata suspek dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti, berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berbadan sederhana dan berkulit cerah.
"Ketika kejadian, suspek memakai kemeja lengan pendek berwarna kelabu, seluar panjang, selipar hitam serta topi keledar biru.
Suspek dipercayai menaiki motosikal jenis Honda Wave berwarna biru dengan nombor pendaftaran yang masih belum dikenal pasti.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerosakan harta benda.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pecahkan je, duit dapat ke x? 
Nk curi duit dlm ATM tu mmg x dpt la. Iolss x penah dgr lg kes dpt duit dlm ATM kalau mesin di pecahkan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pecah skrin mesin ATM di Jinjang, seorang warga emas ditahan
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor - Februari 18, 2026 @ 8:07pm
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terbabit dalam perbuatan khianat memecahkan beberapa skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Jinjang, di sini, yang tular kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata suspek warga tempatan berusia 67 tahun ditahan di bilik sewanya, di Taman Mastiara jam 3.21 petang tadi.
Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya merampas pakaian, sebuah motosikal, topi keledar dan seketul batu yang disyaki digunakan dalam jenayah berkenaan.
"Soal siasat awal mendapati, suspek melakukan perbuatan berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
"Dengan tertangkapnya suspek itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes
khianat pecah skrin mesin ATM di Jinjang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu media melaporkan beberapa mesin ATM milik sebuah bank di Jinjang, di sini, dipecahkan seorang lelaki menyebabkan kerugian dianggarkan RM60,000.
Rakaman video perbuatan lelaki berkenaan tular di media sosial sebelum polis menjalankan operasi memburunya.
Basri berkata siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan, iols dh ckp sbb x leh kuar duit pakcik tu. Kot ye pun tnya la org, pak guard x de ke dkt bank ATM punya la byk. Pakcik ni pun sewa bilik je kot, org susah kot. Kesian pakcik |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|