Para isteri di luar sana, pernah tak suami merungut bosan asyik-asyik dihidangkan soteng goreng biasa yang langsung tiada apa-apa keistimewaan?
Nah, tawan kembali hati pasangan anda dengan resipi Sotong Goreng Sumbat Telur Masin ini.
Bukan sahaja lain dari masakan sotong yang biasa, teksturnya yang kenyal dan disalut pula dengan tepung goreng rangup pasti dapat memikat selera seisi keluarga anda.
Jom tengok bagaimana cara untuk menghasilkannya.Foto: FB Amy Catering
Bahan-Bahan
1. Sotong segar bersaiz besar. (Mudah untuk menyumbat telur masin.)
2. 5 biji telur masin direbus
3. Cili padi (dihiris halus)
4. Bawang besar (dihiris halus)
5. Daung bawang dan daun sup (dihiris halus)
6. Tepung goreng serbaguna
Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam satu bekas.
2.Masukkan telur masin yang dipotong kasar dan gaul rata dengan bahan-bahan hirisan.
3. Ambil sotong dan sumbatkan bahan yang telah digaul bersama tadi ke dalamnya. Cucuk sotong dengan lidi bagi mengelakkan isinya terkeluar semasa menggoreng nanti.
5. Bancuhkan tepung serbaguna dan salutkan pada sotong yang telah disumbat.
6. Sedia untuk digoreng dengan menggunakan api yang sederhana besar sehingga kekuning-kuningan.
7. Potong mengikut citarasa anda. Siap untuk dihidangkan.
Wah, memang begitu menyelerakan. Tengok sahaja gambar dan terasa-rasa di mulut. Selamat mencuba!-CARI
Kredit: Amy Catering
Foto: FB Amy Catering
|