CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12669|Reply: 42

hantu naik uber [cerita dari fb]

[Copy link]
Post time 26-5-2017 11:29 AM | Show all posts |Read mode
aku dapat cerita ni dari fb....x tau betul ke tak...

PENGALAMAN MENYERAMKAN SEORANG PEMANDU UBER DI MOUNT ERSKINE

Assalamualaikum, aku nk kongsi cerita pengalaman aku selama setahun sebagai pemandu uber. Aku kerja xikot time ikot suka aku. Nk di jadikan cerita mlm smlm aku bt uber di penang. Masa aku dh nk balik time tu dlm pkul 12.00 AM, di Tanjung Bungah.  
Masa tu aku dapat 1 'alert' customer panggil aku suruh pickup, aku dalam hati okay ni last customer lepas tu aku mmg nak balik. Aku pon accept la request customer tu n follow direction yg maps tu bg suruh pickup customer. Tanpa aku fikir panjang yela kan nk fikir apa sbb tak jangka apa mmg aku ni pemandu uber. Haha
Aku terus ja ikut direction yg maps tu bwk aku. Sampai sampai aku tgk depan mata aku adalah KUBUR CINA. Aku dh mula hairan tapi aku layan dlu mana tau customer tu bru lpas siram kubur mak dia ka kan haha. Tapi yg syoknya, dekat fon aku maps tu pon cakap we are arrived. Aku tgk keliling aku gelap takda sapa plak yg duk tunggu.
Aku pon terus bukak dekat customer info nk tgk no tel customer nk tny dia ada kt mana sebab maps tunjuk aku dh sampai. Bukak bukak info mmg tak keluar sebarang info pasai customer tu sbb masa mula mula aku accept request tu just kluar panggilan dri 'JOI' dan aku trus accept maps pn bwk aku ke direction 'JOI' tu.
Lepas tu tiba tiba apps uber aku jadi offline. Lepas tu aku tgu lg 5 minit mana tau dia pn bru nk trun dri kubur ka atau bru kluar rumah. Tapi pelan pelan aku duk rasa bau wangi mcm ada sesuatu dk dalam kereta aku. Aku dh mula mmg dh rasa lain dh ni. Tapi nk sedapkan hati aku, aku layan ja ckp sorang sorang 'aku dh sampai sini sapa nak bayar trip aku ke sni ni haa?'.
Lepas tu aku tekan start trip semula dlm masa yg sama apps tu kta aku dh sampai dekat tmpt customer tu nak p. Dia trus keluar 'drop off'. Sbb kalau kau pemandu uber stiap berakhir trip kau hntr customer smpai ke destinasi mmg maps akan kluar 'drop off' bermkna dh smpai. Bayangkan mcm mana klau betul betul customer request tp tak letak detail n tmpt dia nk drop mna boleh proceed maps tu TAK MUNGKIN.
Tapi yg jadi tanda tny dkt maps ni keluar alamat dia nk trun 'unknown' (refer gambar aku ada bulatkan). Dan kalau kau fikir balik dan perhati kan maps, kau tgk distance dia 0.01 km jarak dari tmpt dia dgn destinasi unknown dia tu (refer gambar). Gila apa distance dkt mcm tu kau nk naik uber? Aahhh sudah ni mmg pelik, aku pn bawak kereta keluar dari jalan tu sbb dh makin pelik dh ni. Lebih kurang 5km aku drive aku npk stesyen minyak. Aku singgah p toilet refresh apa yang patut dgn harapan mntk mntk bau wangi tadi dh hilang aku nk balik woi!!!
Lepas tu aku p ke kereta aku balik aku perasan bau wangi tu ada lg. Aduh dia tak belah lg ka, aku syak ada bnda dari kubur tu follow aku. Lepas tu aku dh malas lyn buang masa sbb mmg sumpah seram sejuk dh masa tu. Aku beranikan jgk ckp masa aku nk masuk kereta.
''Aku nk balik dh ni hg trun jgn duk ikot aku, aku nak balik''. Aku pon naik n bca bismillah dgn ayt qursi. Lepas 5 minit bau tu hilang. Ya Allah leganya hati aku, terus aku call bini aku ckp dh otw blik dan aku trus drive balik.
Nk percaya ka tak tpi mmg sumpah aku tak tipu ni mmg pengalaman paling tak baik spnjg aku jadi pemandu uber. Tapi tu bkn melemahkan semangat aku untk ttap mnjdi pemandu uber tmpt aku cari rezeki. Dia pn makhluk mcm kita bt apa nk tkut kan, ingt Allah ada ja.
Cuma aku nk pesan kat korang dan juga diri aku lpas ni kalau tgh mlm maps dh bwk masuk jln gelap pendalaman pelik better kau uturn je la, tkot tkot 'benda tu' atau org nk rompak ke apa.
Sekian cerita aku kongsi dgn semua. Selamat malam.

link cerita asal..

https://www.facebook.com/penangkini/posts/1938237073080435



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 11:45 AM | Show all posts
ala mana gmba nye nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah hantu ada smartphone dah. Maju sungguh. Camne hantu beli smartphone siap boleh install uber aps
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2017 12:08 PM | Show all posts

dlm link tu ada gambar

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 12:13 PM | Show all posts

tepek la sini

fb xde n lgpn opis blok fb


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2017 12:52 PM | Show all posts
cepheid replied at 26-5-2017 11:47 AM
Wah hantu ada smartphone dah. Maju sungguh. Camne hantu beli smartphone siap boleh install uber aps

kan hantu cina... mesti family member bakarkan smartphone untuk die gune kat sane..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 26-5-2017 12:18 PM

Yakkkkkk!!!!!!! X pasal2 aku menjerit! Sebaik bkn kt tmpt awam    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2017 01:20 PM | Show all posts

ciss...kantoi tgk porem sbb terjerit tgk gambar ni....gugur jantung mak nak.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 01:48 PM | Show all posts
DaoMing_Si replied at 26-5-2017 12:52 PM
kan hantu cina... mesti family member bakarkan smartphone untuk die gune kat sane..

Tergelak i baca reply you ni. Merasalah naik uber nak melawat kubur orang lain. Tak larat nak terbang kot.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 02:49 PM | Show all posts
cerita ni mengingatkan aku pada satu movie seram Thai.. hantu berhubung dgn manusia guna hp.. klu tak layan dia marah dan dtg cari..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Maju hantu zaman la ni nohh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 26-5-2017 11:47 AM
Wah hantu ada smartphone dah. Maju sungguh. Camne hantu beli smartphone siap boleh install uber aps

dapat masa bulan hantu lapar barangkali
dibakar oleh waris. pasti iphone model terkini.



Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
DaoMing_Si replied at 26-5-2017 12:52 PM
kan hantu cina... mesti family member bakarkan smartphone untuk die gune kat sane..

dah ada yang komen rupanya berkenaan bakar-membakar ni  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 26-5-2017 04:58 PM
dah ada yang komen rupanya berkenaan bakar-membakar ni

Baru nak komen psl bakar2 ni  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
skystrike replied at 26-5-2017 03:29 AM
aku dapat cerita ni dari fb....x tau betul ke tak...

PENGALAMAN MENYERAMKAN SEORANG PEMANDU UBER  ...

Saya pun pernah kena kat Penang dulu. Zaman muda muda. Tapi bukan Uber, kitorang kena dgn Waze. Saya bersama A, B dan C pergi sana. Kitorang bukan org sana, saja datang nak jalan jalan je. 1st time nak makan angin tapi jenis balik hari. Bukan nak tidur sana.


Port last lepak kat tebing tepi laut. Time tu dah 12:30mlm. Ada hotel berdepan laut tu. Taktau apa nama tempat tu. Saya tercium bau busuk then ajak kawan kawan cari. Masa mencari tu saya terperasan kawan saya si C dah ada kat kerusi co driver kereta. Duduk tegak bersandar. Then kitorg cecepat blah.


On Waze dan cari jalan nak balik negeri kitorang. Setengah jam Waze bawak tak tentu hala. Sampai ke kawasan kilang. Kilang tu mcm dah tutup sebab geap je seluruh kawasan tu. Masa sesat ni, A tetiba muntah muntah air. A cakap "ada benda nak kacau kita ni weh". Kebetulan A dan B 'berisi' sikit sikit.


10minit lepas sesat tetiba jumpa jambatan Penang utk keluar dari pulau. Rupanya dari tadi kitorang memang kena tipu dgn Waze. Walhal dari pantai tu tak jauh mana sangat pun.


Sampai negeri kitorang. Taktau lah B bawak serupa apa. Kitorg semua tidur kecuali B yg drive. Sedar sedar pukul 2 lebih kurang dah. Jumpa geng kitorg, diorg ajak cari hantu kat Istana lama. C suka sangat. C excited gila nak pergi.


At last misi dibatalkan pasal semua letih. Bersurai pukul 4:30pagi. Sebelum balik kitorang singgah isi minyak dulu.


B dan C pergi kaunter bayaran then terus melencong ke toilet. Saya dan A isi mintak berdua. Masa tu tetiba pulak screen utk swipe kad kat pump tu keluar macam macam. Dia keluar mcm2 garisan dan tulisan tak lengkap. Macam 'hang' (read : jammed / rosak). Walhal saya dan A tak sentuh pun.


Selang beberapa saat ada bunyi benda melompat atas bumbung petrol station. Saya dan A berlari keluar dari bawah bumbung ke tepi jalan untuk meninjau apa kebenda yang menjunam atas bumbung.


Ternyata tak ada apa dan kelihatan B dan C berjalan ke kereta. Saya dan A cecepat tarik nozel letak kat pump balik. Then kitorang teruskan perjalanan. Saya dan A kerusi belakang. B driver, C co driver.


Sepanjang perjalanan balik C ajak buat kerja gila lagi. Paksa A ambik 'mc' untuk ktorang repeat lepak pantai pagi tu pulak. Kedengaran gila lepak pantai pagi pagi.


Setiap sebaris  C bercakap akan diiringi dengan ketawa tak ikhlas seperti ini,

"He he he..."

Dia gelak 3 baris je. Tak lebih tak kurang.

Dah lebih 4-5kali dia gelak macam tu, saya sound dia, if dia gelak macam tu lagi memang kena dengan saya. Motif, saya dah seram dengar bunyi dan nada dia ketawa masa tu.


Tiba tiba A tepuk bahu B dan berbisik bisik. B brake emergency di bahu jalan sambil merenung mata C dalam dalam dan menjerit,

"Kau naik dari mana hah setan!!!!"

C masih gelak 3 ketul 'he'. Rambut paras bahu beliau dilepaskan menutupi pipi. Badan duduk keras kejung, jari bertemu jari silang di perut. Setiapkali dia ketawa, badan dia akan terhinggut sekali.

B buat pusingan U sambil memandu dengan kelajuan berbahaya. Mulut tak habis habis memaki C atau lebih tepat 'tubuh C'.


Tiba tiba C mengherdik B,

"Woi, nak kemana ni?"


B membalas,

"Kau rasa nak kemana?"


C hairan dan meninggikan suara,

"Bukan kita nak hantar A balik ke? Kan dia kerja pukul 7 kejap lagi?!"


B semakin bengang dengan jawapan C.

"Eh, tadi bukan kau ke yg suruh A ambik 'mc' ajak lepak pantai pagi ni?"


C kerutkan kening,

"Masa bila pulak aku ajak pergi pantai?!!"



B semakin marah dan menekan minyak sekonyong konyong utk pergi ke petrol station tadi.


Long story short. Kitorang kena ganggu dari 1st kena bau busuk tu lagi. Then area kilang tu pun sesuatu jugak. Sebab tu A muntah tiba tiba kat kilang tu. Balik Penang tu pulak C beria ria nak cari hantu. Sedangkan dia paling lemah semangat.


Dalam masa yg sama saya dan A kena sakat kat pump dan bumbung petrol station tu, C juga menyakat B. Masa B tengah buang air dan suruh C jaga pintu, C intai B sambil senyum gatal. Gatal sungguh. Dipercayai masa ni benda dalam badan C tu tunjuk perangai.


Baru kitorang perasan lepas blah dari petrol station tu C berkelakuan aneh. Suruh kitorang ponteng kerja dan dia kata nak pergi pantai sebab dah lama tak pergi. Eh amnesia ke. Bukan baru balik pantai Penang ke? Nampak nau hantu tu yg gedik nak pergi pantai. Kemudian, dia siap tambah ketawa 3 patah perkataan lagi dalam setiap penghujung ayat. Walhal dia jenis susah nak gelak. Serius manjang.


Last sekali baru tau, C sebenarnya dah tak bercakap since dari melepak dengan geng kitorang lagi, masa balik dari penang tu. Apa yg kitorang dengar tu bukan datang dari diri dia. Pepaham je lah. So malam tu jugak settle ubatkan si C ni. Kena rasuk sebenarnya dia tu. Tapi jenis tak menjerit jerit. Tu last kitorang pijak pantai. Tak pergi dah.

Sekian, Tq TT  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2017 08:37 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 27-5-2017 07:22 AM
Saya pun pernah kena kat Penang dulu. Zaman muda muda. Tapi bukan Uber, kitorang kena dgn Waze. Sa ...

uishhhh pening sat ABC bagai tapi fuuuuhhh scary jugak cerita kau ni aku baca memalam!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 08:37 PM | Show all posts

HAHAHAHAHAH kuajooooooo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu seramnys
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2017 11:05 AM | Show all posts
WajibulGhunah replied at 26-5-2017 01:03 PM
Yakkkkkk!!!!!!! X pasal2 aku menjerit! Sebaik bkn kt tmpt awam

ada video jerit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.651224 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list