CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5282|Reply: 33

[Tempatan] Puntung..Badak Malaya Terakhir

[Copy link]
Post time 3-6-2017 05:46 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU 28 Mei - Badak Sumatera betina bernama Puntung yang menarik perhatian dunia pada April lalu menerusi pembedahan gigi oleh pasukan pakar pelbagai negara di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, kini dilaporkan kritikal akibat sejenis kanser kulit yang dikenali sebagai sel skuamus.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, bengkak di pipi kiri Puntung membawa kepada pengesanan akar gigi yang dijangkiti kuman dan semakin serius.
Menurutnya, Puntung disahkan menghidap kanser kulit jenis sel skuamus selepas pembedahan serta dua biopsi dilakukan.


“Kanser itu telah merebak dengan pantas sejak beberapa minggu lalu. Pakar dari beberapa negara juga bersetuju bahawa keadaan itu akan membawa maut, dengan atau tanpa rawatan.
“Sehingga hari ini, Puntung tidak lagi boleh bernafas melalui hidung kiri, malah badak Sumatera betina itu kini berada dalam kesakitan serta keadaan kesihatannya bertambah merosot selain menggunakan ubat penahan sakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Augustine, pihaknya juga terpaksa bersetuju dengan nasihat perubatan profesional sekali gus membenarkan kerajaan negeri untuk melakukan euthanasia.
Rawatan euthanasia adalah mencabut nyawa secara perlahan untuk menamatkan siksa kesakitan akibat sesuatu penyakit.
“Walaupun keputusan itu amat sukar untuk dilaksanakan, kaedah euthanasia ke atas Puntung dirancang dilakukan pada 15 Jun ini,” katanya.
Badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Rhino Borneo (Bora), Datuk John Payne berkata, perkara itu merupakan berita menyedihkan kepada mereka yang terbabit dalam kehidupan Puntung sejak 10 tahun lalu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2017 05:46 PM | Show all posts
kesiannya.....badak terakhir di malaya

yg di dlm hutan dah pupus, yg dlm kurungan tunggu masa je


ooohh...puntung.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
So sad...apsal puasa kali ni byk sgt berita menyedihkan??
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
John Payne a.k.a Junaidi Payne. Byk usaha yg dilakukan utk save our Sumatran rhino from extinction. Tpi byk faktor yg menyebabkan usaha tu gagal. I knew some people yg terlibat dlm usaha ni. So sad utk Puntung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 06:19 PM | Show all posts
khabarnya ade badak sumatera lagi kt timur kalimantan lps perangkap ahli2 pakar ni buat mengena...

depa tgh berusaha nak tangkap dan bawanya utk breed dgn badak sumatera yg berada di sabah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 06:30 PM | Show all posts
sekngucing replied at 3-6-2017 05:46 PM
KOTA KINABALU 28 Mei - Badak Sumatera betina bernama Puntung yang menarik perhatian dunia pada April ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2017 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 3-6-2017 06:19 PM
khabarnya ade badak sumatera lagi kt timur kalimantan lps perangkap ahli2 pakar ni buat mengena...
...

itu di borneo,  di malaya dah pupus
takda pun rekod di zaman dulukala pasal haiwan ni ya,  agaknya memang sangat rare badak sumbu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 07:53 PM | Show all posts
badak ni cm pokemon juga, lama2 pupus semua sebab tangan2 pembalak yang tamak haloba..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2017 07:54 PM | Show all posts
sebab tu sekarang dekat blok EU dia org tgh boikot FCPO minyak sawit sebab minyak sawit musnahkan alam sekitar..

kalau minyak sawit jatuh permintaan boleh lah lepas ni kita tukar tanaman, tanam ah chong
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 09:05 PM | Show all posts
sedihnya.. bye puntung..
baik la dia pergi dari terus sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling benci dgn poachers yg bunoh badak sebab nak tanduk dia tu.. tapi berganda2 lagi benci pada org china yg suka guna organ hewan utk ubat bodoh2 dia tu..:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
So sad. Kesian Puntung. Hopefully usaha vets and specialists nak extract her eggs utk disimpan and dijadikan penyelamat species die tu berjaya lah, amin. Sygnya kalau pupus terus satu species
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia katanya da pupus .. nak try selamatkan dari pupus x berjaya .. dalam kes selamatkan badak, indonesia berjaya breed kan

Ape cita ye kes gajah rare yang mati kene bunuh? Sonyap je
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 10:49 PM | Show all posts
mialunar replied at 3-6-2017 10:07 PM
Kat malaysia katanya da pupus .. nak try selamatkan dari pupus x berjaya .. dalam kes selamatkan bad ...

kan katanya ada lagi 2 ekor in captivity....


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 3-6-2017 05:46 PM
KOTA KINABALU 28 Mei - Badak Sumatera betina bernama Puntung yang menarik perhatian dunia pada April ...

kasihan lah sama ini haiwan.sudah uzur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2017 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mialunar replied at 3-6-2017 10:07 PM
Kat malaysia katanya da pupus .. nak try selamatkan dari pupus x berjaya .. dalam kes selamatkan bad ...

makhluk ni sangat pemalu... breeding in captivity memang tak berjaya... sian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2017 11:38 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-6-2017 10:49 PM
kan katanya ada lagi 2 ekor in captivity....

pupus dalam wild kot..
yg jantan nya susah benor diorg nak jumpe..

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 11:42 PM | Show all posts
sekngucing replied at 3-6-2017 07:01 PM
itu di borneo,  di malaya dah pupus
takda pun rekod di zaman dulukala pasal haiwan ni ya,  agakny ...

https://en.wikipedia.org/wiki/Bornean_rhinoceros

diorg species yg sama, maka klu terjumpa sekor drpd east kalimantan tu
boleh lah breed dgn yg tinggal dlm kurungan..
skrg ni team indon tgh berusaha nak cari rhyno dr east kalimantan ni..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 3-6-2017 11:42 PM
https://en.wikipedia.org/wiki/Bornean_rhinoceros

diorg species yg sama, maka klu terjumpa sekor ...

species aama dgn indon,  borneo dan malaya ke
ada lg satu badak,  spesia java kan?  ke apanama dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2017 11:50 PM | Show all posts
sekngucing replied at 3-6-2017 11:35 PM
makhluk ni sangat pemalu... breeding in captivity memang tak berjaya... sian...

dah tau dia malu jgn lah tengok dia nak ngesek..... potong steam kot....

lain lah kuda.... breeder siap tolong masukkan konek lagi....


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.061437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list