Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi tidak menyangka akan menerima pelbagai permintaan pelik menerusi nota-nota pelekat yang ditampal di tapak perniagaan yang diusahakannya, Bazaar Paknil di Kompleks PKNS, Shah Alam. Paling tidak terlintas di kepala beliau adalah apabila seorang wanita berhajat untuk melamarnya sebagai suami. "Saya terima macam-macam permintaan pengunjung. Ada yang mahukan kereta dan rumah. Manalah tahu, tiba-tiba saya jadi jutawan segera dan ada pihak yang hendak menaja, mungkin impian mereka boleh menjadi kenyataan. Apa yang melucukan ada individu berhasrat untuk menjadi isteri dan melamar saya melalui nota pelekat di papan kenyataan itu."
|