Bila sebut saja nama Babyrina, hampir kebanyakkan generasi sekarang pastinya tidak mengenalinya. Mungkin kerana namanya tidaklah setanding dengan skandal artis Melayu pada zaman sekarang ini.
Namun, suatu ketika dahulu, negara pernah digemparkan dengan berita tersebarnya gambar-gambar lucah gadis ini pada sekitar tahun 1990-an. Malah dikatakan, Babyrina merupakan gadis pertama yang berbangsa Melayu yang telah membintangi filem dewasa di Barat.
Meskipun nama Babyrina pernah menjadi sanjungan peminat-peminat lelakinya pada era kegemilangannya, namun, tidak banyak gambar atau pun maklumat mengenai beliau berjaya dikumpul disebabkan oleh teknologi yang terhad pada zaman itu yang belum ada lagi Wi-Fi, belum ada lagi broadband, jauh sekali Streamyx dan Unifi.
Kemunculan Babyrina atau nama sebenarnya, Azrina Ahmad dan kawan-kawannya telah menjadi fenomena di kalangan pelayar-pelayar Internet.
|