View: 4993|Reply: 22
|
[Dunia]
‘Makan selimut, kadbod cicah air,’ derita Aidilfitri di MarawI.
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x587. |
Penduduk wanita yang ingin berpindah dari rumah sedang menunggu kenderaan di Pigcawayan, utara Cotabato di Filipina, 21 Jun 2017. — Foto Reuters
.
BANDAR MARAWI, 25 Jun — “Jika suami tidak sampai di sini, saya tawar hati untuk menyambut Hari Raya,” kata isteri yang terpisah di tengah perang di sini.
Suami Carmalia Baunto terperangkap di rumah mereka sewaktu tentera Filipina sedang menggempur pengganas Negara Islam (IS atau Daesh) di selatan negara itu.
“Saya OK tetapi saya tidak boleh keluar ke mana-mana. Rumah kita selamat,” kata suaminya Nixon melalui mesej teks kepada wanita itu seperti dilapor Reuters.
Seperti ramai penduduk Marawi, Carmalia dan Nixon juga pasangan Muslim yang menyambut Ramadan ketika militan IS meningkatkan serangan di bulan mulia ini.
Perang yang memakan masa lebih kurang sebulan menyebabkan 300 hingga 500 penduduk terperangkap di sini, dibimbangi menjadi “benteng manusia” militan.
Ada keluarga melaporkan mereka terpaksa makan cebisan selimut dan kadbod yang dicicah dengan air bagi mengelak kebuluran, lapor agensi berita itu Khamis.
Carmila, 42, terselamat dengan berlindung di perkarangan kawalan kerajaan di sini dan terpaksa bermalam di masjid sementara menunggu suaminya.
Nixon, 41, pernah cuba bergerak ke sebuah masjid tempat lebih 100 orang awam berlindung, termasuk wanita dan kanak-kanak yang cedera akibat perang.
“Beliau tidak sanggup berdepan tembakan, pengeboman dan selalu risau terkena peluru sesat,” cerita isterinya lagi, lalu Nixon kembali ke rumah sendirian.
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x538. |
Seorang lelaki berdiri di atas bumbung rumahnya dengan asap berkepul di bandar Marawi akibat perang dengan militan Maute di Mindanao, 27 Mei 2017. — Foto Reuters
.
Kerajaan setempat membelanjakan 8 juta peso (RM680,000) untuk makanan 475 keluarga di sini dan 1,000 lagi di pekan-pekan berdekatan, lapor ABS-CBN kelmarin.
Portal Manila itu menyebut bantuan 1,000 peso (RM85) akan disumbang kepada setiap keluarga untuk menyambut Aidilfitri, selain pek makanan Ramadan.
Lebih 200,000 penduduk Marawi, majoriti Muslim, bertempiaran menyelamatkan diri setelah militan IS menggempur sekolah dan bangunan kerajaan 23 Mei lalu.
Sehingga 21 Jun, sekurang-kurangnya 276 pengganas, 67 tentera Filipina dan 26 penduduk terbunuh dalam perang kumpulan Maute yang berkiblatkan IS Syria.
Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat membelanja 294 juta peso (RM25 juta) untuk menyediakan bantuan wang, makanan dan barangan keperluan.
Menurut CNN Filipina pada Khamis, 73,945 keluarga lari akibat perang ini, termasuk 2,453 keluarga berlindung di 10 pusat pemindahan.
Kebanyakan yang lari menuju rumah sanak saudara di kawasan-kawasan pinggir yang jauh dari pusat pertempuran di bandar ini.
sumber: http://www.themalaymailonline.com/pr...itri-di-marawi
.
|
|
|
|
|
|
|
|
religion of peace |
|
|
|
|
|
|
|
Bala dari tohan lah tu sebab tak menotop rambut!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah mengapa ..
baca berita camni .. agak sukar bagi FC nak rasa kesian.
mungkin sebab FC lagi kesian ada ramai lagi orang kita yang kesusahan yang perlukan bantuan
lagi-lagi ibu tunggal yang d tinggalkan dan menjaga anak tanpa pembelaan dari pihak yang berkenaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku agak sedeh.
Kerana salah satu punca penduduk2 marawi yang tak bersalah terseksa begitu kerana seorang rakyat Malaysia yang memimpin IS di sana...dahlah orang Malaysia, orang Melayu plak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
yg lain hanya rajin berdoa saja
|
|
|
|
|
|
|
|
Judaism tak fanatik macam ni....walaupun agama langit.
Elohim dah berikan Kaabah untuk mereka bebas beribadat pon tetap masih bunuh membunuh nak kan negara Islam....x puas2 kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Oh..ini kah agama langit yang di maksudkan itu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 27-6-2017 09:50 AM
Oh..ini kah agama langit yang di maksudkan itu
Haiyooo...tu agama mata.
Mata tengok ke bintang lepas tu buat corak2 imaginasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana rasa iba dan persaudaraan islam umat suci mulia bangsa melayu ini?
Mari kita beramai-ramai melakukan jihad harta, jiwa dan raga unguk saudara-saudara islam kita di Marawi yang sedang mengalami pembunuhan massal dari rezim kafir kristian...
Syurga firdaus dan 72 budadari cantik sdh menanti para syuhada melayu yg mati syahid berjuang di jalan Allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas maid kakak ai baru je balik Mindanao bulan 4 hari tu. Terpaksa lepaskan sbb gaji dah naik 1700. Kerja mmg cekap, ckp English. Tp gaji mahal sgt, sbb tempat tinggal, makan minum, elektrik air semua tanggung. Entah tempat dia terlibat ke tak dgn perang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chinta89 at 3-7-2017 03:05 PM
syg plk dh ade maid bagus terpaksa lepaskan..
hrp maid kakak uols selamat..
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 3-7-2017 02:57 PM
syg plk dh ade maid bagus terpaksa lepaskan..
hrp maid kakak uols selamat..
Mmg takde contact dah. Hopefully selamat la dia kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 27-6-2017 09:46 AM
Judaism tak fanatik macam ni....walaupun agama langit.
Elohim dah berikan Kaabah untuk mereka beb ...
Yang kamu bunuh kat palestin tu pe bendanya |
|
|
|
|
|
|
|
wana89 replied at 3-7-2017 06:46 PM
Yang kamu bunuh kat palestin tu pe bendanya
Baitul Maqdis milik Israel |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 3-7-2017 08:42 PM
Baitul Maqdis milik Israel
Zaman nabi daud dah berlalu bam
Zaman nabi sulaiman pun dah berlalu
Zaman nabi dari keturunan bani israil pun dah berlalu bam..
Sekarang, zaman nabi muhammad bam..
Semua kehendak elohim bam.. |
|
|
|
|
|
|
|
wana89 replied at 4-7-2017 08:38 PM
Zaman nabi daud dah berlalu bam
Zaman nabi sulaiman pun dah berlalu
Zaman nabi dari keturunan ba ...
Bila elohim WhatsApp kat hang bgtau APA dia nk? |
|
|
|
|
|
|
|
wana89 replied at 4-7-2017 08:38 PM
Zaman nabi daud dah berlalu bam
Zaman nabi sulaiman pun dah berlalu
Zaman nabi dari keturunan ba ...
Celah mana sis yg Muhammad nye?
Iols tengok berpuak2 macam mazhab ye
...masing2 kata mereka paling Muhammad.
|
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 4-7-2017 09:31 PM
Celah mana sis yg Muhammad nye?
Iols tengok berpuak2 macam mazhab ye
Apa2 pun, Muhammad diturunkan sebagai nabi dan rasul akhir zaman bam. Dari keturunan bangsa ereb bam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|