CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10399|Reply: 213

[Tempatan] Seorang lelaki melayu berugama islam Tukar agama lepas ada masalah kewangan.

[Copy link]
Post time 24-8-2017 05:08 PM | Show all posts |Read mode



Fauzan menunjukkan Mykad tertera agama Islam.

BALING - Kerana kesempitan hidup menyebabkan seorang bekas anggota keselamatan beragama Islam menukar agamanya kepada Kristian pada Februari tahun lalu.

Walau bagaimanapun dia yang hanya ingin dikenali sebagai Fauzan, 51, yang sebelum ini tinggal di Kuala Lumpur kini menyedari kesilapannya dan kembali kepada ajaran Islam.

Menceritakan pengalaman pahitnya itu, selepas dinasihatkan majikan supaya berhenti kerja, kehidupannya menjadi tidak tentu arah akibat masalah kewangan dan keluarga.

"Bos suruh saya berhenti lepas tak dapat fokus kepada kerja. Pada 2016 saya bersara dan dibayar wang bersara awal pada Februari tahun sama.

"Duit memang cukup untuk saya dan keluarga tapi isteri kawal semua duit untuk cantikkan rumah, beli-belah dan berfoya-foya dengan lelaki lain. Anak pun tak hormat ayah mereka sendiri," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya.

"Bila bercerai, hidup saya lagi tak terurus. Nak makan pun tak ada duit.

"Waktu itu saya tak tahu nak mengadu dekat siapa. Hasil usaha keras nak tampung hidup, saya bekerja di kedai bundle," katanya.

Fauzan berkata, pada Mac, seorang wanita Iran yang datang ke kedai itu menegur keadaannya yang tidak terurus.

"Lepas itu tiga kali saya jumpa perempuan itu sebelum dia bawa saya ke gereja.

"Setiap kali jumpa, dia bagi saya duit dalam RM200 ke RM300. Masa pertemuan keempat, dia minta saya minum air yang disediakan.

"Saya ikut saja, tak bantah. Lepas itu dia isytiharkan saya dah peluk Kristian," katanya.

Lelaki berasal dari Bukit Mertajam itu berkata, beberapa bulan selepas itu dia berjumpa dengan seorang ustaz bagi meminta nasihat.

“Ustaz itu minta saya bertaubat dan ucap semula dua kalimah syahadah. Bermula dari situ, saya tinggalkan Kuala Lumpur dan dalami ilmu agama di sekitar Baling,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/...angan-1.723878



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
So?
Boleh turunkan harga petrol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kristian tu boleh jana kekayaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:15 PM | Show all posts
sendiri hidup terubang ambing napa nak salahkan agama..
so convert kristian dia jadi jutawan meliana tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkn tergoda dgn wanita iran kokesen blonde bermata biru..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah di convert ke kristian ... mungkin hidayah kristian sudah datang damai padanya...walaupun demikian...beliau tetaplah umat suci mulia perkasa yg kristian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustad x bagi duit masalahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
waktu kaya beragama islam pun x berapa nk amalkan ajaran islam, then bila masuk kristian pun xbgitu beragama jugak.. nape x cakap je agama dia duit.. agama duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tak korang2 yg bekerja di Kementerian belia, KPW, MOF, MOE, Institusi agama dll ni, sakit kepala fikir apa program nak usulkan pada pihak atasan utk improve sosial-ekonomi masyarakat? Ada tak rasa mencengkam minda, resah fikir camane nak ubah Malaysia dgn jawatan yg korang ada?
Takde kan...sb korang prefer buat kerja rutin je kan...hujung bulan, dpt gaji & hidup korang berjln normal.
Dulu pernah wj takde duit, baru bercerai, baby 3 bulan tapi jobless. Wj drive dr Sg Merab ke Salak Tinggi, nk mohon zakat. Tapi dikata x layak Sebab ada kereta. Pastu wj ckp, ada x terbaca Hadith yg ibu tunggal ni Wajib dibantu?
Eh ada ke...tunjuk sy Hadith tu...?
Ohh wj kena bawak potongan Hadith, tunjuk pada pusat zakat, baru dpt bantuan segera. Hari tu wj pulang dgn tangan kosong. Beras pun tak sudi bagi.... Petrol dah hbs dah tu
Mulai hari itu wj berikrar yg ilmu org Malaysia cukup sekadar ilmu pengetahuan tetapi mereka x mampu amalkan. Orang Kita takde ihsan even belajar agama sampai Mesir.
Jumpa orang kristian, siap dtg rumah repair bumbung dan bagi duit utk dapur. Lagi ada ihsan.
Korang sepatutnya berasa malu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 24-8-2017 06:05 PM
Pernah tak korang2 yg bekerja di Kementerian belia, KPW, MOF, MOE, Institusi agama dll ni, sakit kep ...

Itulah masalah kita org melayi islam WJ. POLITIK n Agama pompang pompang, masalah kite yg perlukan bantuan dorg nafikan. Padahal itu yg wajib dibantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:14 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 24-8-2017 10:05 AM
Pernah tak korang2 yg bekerja di Kementerian belia, KPW, MOF, MOE, Institusi agama dll ni, sakit kep ...

knp wanitajelita x jual je kereta wj tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:14 PM | Show all posts
Mudah terpengaruh pakcik, jangan salah kan keliling. Focus lah balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2017 06:17 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 24-8-2017 10:05 AM
Pernah tak korang2 yg bekerja di Kementerian belia, KPW, MOF, MOE, Institusi agama dll ni, sakit kep ...

Sedihnya pengelaman wj.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-8-2017 05:15 PM
sendiri hidup terubang ambing napa nak salahkan agama..
so convert kristian dia jadi jutawan melian ...

Fauzan tu bekas tentera yang sakit mental..cerita gila dia pun kau percaya.

Agama itu satu pegangan hidup,bukan untuk mencari kekayaan atau kemegahan..
Tak perlu nak banding2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
torsotiger replied at 24-8-2017 06:14 PM
knp wanitajelita x jual je kereta wj tu?

Kau tau tak keta tu sbg nyawa kedua...

Klu dah jual keta, mcmana nk cari kerja...nak hntar anak ke nursery klu dpt keja nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jual keta pun sesilap kena kuarkan lagi duit berpuluh ribu nak bayar kat bank. Wj sekarang dah ok ke? Pls be strong ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 06:40 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 24-8-2017 06:05 PM
Pernah tak korang2 yg bekerja di Kementerian belia, KPW, MOF, MOE, Institusi agama dll ni, sakit kep ...

kene viral si peminta hadis tu kt tenet
baru dia gerak bontot buat keje.


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 24-8-2017 07:10 PM

Minum air ....?  Air apa tu?holy water?

Ak x pernah lg jumpa mn2 mzhab xtian yg Kena minum mana2 air utk masuk xtian...

Hatta dlm kitab xtian pun benda tu xde...

Salah satu prasyarat masuk xtian adalah kena baptis...sama mcm ucap kalimah syaahdah umat islam..

ak rs mana2 mazhab xtian sama jer ..perlu dibaptis..cuma cara pbaptisan ada 2 kaedah..rendam sluruh badan dalam air..or if xde kolam..sungai..or kena buat dlm church..memadai tuang air atas kepala

Tp skali lg.baptis tu bukannya minum air.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat pekerja sinarharian pemalas hidup susah, berhutang along sana sini reka cerita yang ada nama & gambar tak ketahuan ...cuma spesies PPRT saja yang hadap

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 08:43 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 24-8-2017 06:05 PM
Pernah tak korang2 yg bekerja di Kementerian belia, KPW, MOF, MOE, Institusi agama dll ni, sakit kep ...

mcm lahnat juga ye zakat selangor

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.063747 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list