CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8288|Reply: 78

Melepaskan sebuah ikatan cinta

[Copy link]
Post time 14-10-2017 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Dalam sebuah perhubungan kita tidak boleh lari dari perpisahan, dan saya sedang melaluinya sekarang. Hubungan yang di bina hampir ke jinjang pelamin kini terlerai. Kami bercinta jarak jauh terpisah laut china dan selatan. Last jumpa pun masa konvo beberapa tahun lepas. Kami berpisah cara baik yang mana saya mulakan dulu. Oleh kerana kami jauh cuba juga pertahankan hubungan ni, tapi ada satu sikap pada gf saya yang saya sendiri tak fahami. Nak call susah, bila nak call kene buat appointment kadang-kadang 2 bulan baru dengar suara hanya bermsj sahaja. Seksanya jiwa masa ini. Saya ada post pada board ini satu ketika dulu pasal ini. Serta mungkin juga tidak kesefahaman.

Pointnya di sini, rasa susahnya nak move on seperti dia masih kat sisi. Berdekatan diri saya sendiri. Masa first week putus, tido lena tenang je rasa masuk second dan third week terus jadi lain sahaja diri ini. Macam ada serba tak kene, dah tak pasal-pasal stalk fb ex gf dan lain-lain. Rasa rindu muncul kembali. Habis semua lagu jiwang di cari, terima kasih juga forum ini semua comments yang ada pada thread cuba di perhalusi untuk renungan diri sendiri. Selalu pujuk diri sendiri inilah yang terbaik. Try corretkan sesuatu yang baru akan datang, tapi kadang-kadang perasaan merindui tu datang dalam diri ini.

Oleh kerana gagal dalam percintaan ini juga, hilang mood patah hati muncul. Saya ada buat bisnes kecil-kecilan jual spareparts kenderaan, rasa dah tak nak teruskan semua tu. Hilang motivasi tak tahu nak start semula macam mana. Perasaan tu bolak balik dah jadinya. Permintaan alat ganti tu banyak. Tapi semua jadi tak tentu arah dah sekarang.

Korang ada tips nak bgi semangat tu datang balik supaya tak lemah longlai begini? Ape yang saya buat sekarang dekatkan hati pada allah, cari pelung mencari ilmu agama dan isi dengan perkara yang berfaedah. Boleh share nasihat atau pengalaman ye ;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex tu 1st love TT ke? Payah benar nk lupa
Perasaan kalau dilayan, mmg menjadi. Lagi2 kalau tgh sorang2. Rindu tu normal lah sbb kenal dh lama + hampir kawen pun cuma jodoh x ada.
Set aje dlm kepala, apa2 yg bukan milik kita, Dia akan gantikan dgn yg lg baik. Buat permulaan sibuk kan lah diri. Berkawan, bekerja, bersukan, bersosial etc mcm biasa. Bila kita sibuk, x ada lah masa tu bnyk sgt nk mengenang cinta yg lepas.
Paling penting bukak kan jugak hati utk terima org baru dlm hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada benang on how to forget your ex..y penting,jgn duk stalk socmed die ye..buat anything y boleh buatkn awk leka n x kan fikir lgsg psl die..mcm kezen sy,die travel somewhere,hepi2 gitu..me myself,first thing sy buat,sy cut off contact ngn die in any possible methods..lps tu sy busy kan diri dgn main game,baca buku,tgk citer,and kebetulan dtg lak street kitty,sy amek,pelihara and all of my attention time tu pd miaw2 sy je..hehe

Secara x lgsg dpt laa bantu sy lupakan ex tu walaupn die first love sy...cuma satu bnde je sy igt smpai skrg,last phrase y die ckp y buat sy ambil keputusan nekad utk break dgn die..y tu sy jadikan pengajaran buat sy lah..well,good luck..you can do it!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:43 PM | Show all posts
ngaji alquran dik, zikir

orang ngaji alquran zikir hati ni ingat Allah, syaitan suka hati2 manusia yang kesedihan, rindu, berkhayal..

kalau xjalan juga baca ayat manzil 33.. baca fatihah 41 selepas sunat subuh  lepas tu solat subuh.

dari sudut psikologi sibukkan diri..

sebelum ni akak bila stress sibuk makan western food,tidur, wayang shopping. semua tu placebo effect.bila stress kita tak mampu berfikir secara waras dan keputusan menangani stress pun tak waras.. jadi kena tenangkan fikiran dulu baru selesaikan stress yang di hadapi..

cari ketenangan hati dan move on.. jodoh ajal mau dah tertulis.. anggap jodoh tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:43 PM | Show all posts
ngaji alquran dik, zikir

orang ngaji alquran zikir hati ni ingat Allah, syaitan suka hati2 manusia yang kesedihan, rindu, berkhayal..

kalau xjalan juga baca ayat manzil 33.. baca fatihah 41 selepas sunat subuh  lepas tu solat subuh.

dari sudut psikologi sibukkan diri..

sebelum ni akak bila stress sibuk makan western food,tidur, wayang shopping. semua tu placebo effect.bila stress kita tak mampu berfikir secara waras dan keputusan menangani stress pun tak waras.. jadi kena tenangkan fikiran dulu baru selesaikan stress yang di hadapi..

cari ketenangan hati dan move on.. jodoh ajal mau dah tertulis.. anggap jodoh tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2017 11:53 PM | Show all posts
Hmm..biase la tu bro, hati..Aku dulu bukan yg 1st, tp no3, sayang yg teramat tak tau r nak kate dah. Tp biase la, putus sambung putus sambung balik, ulang2. Couple ade kot 6-7 tahun, pastu masa aku degree putus lg. Aku mati2 ingat akan sambung balik, tp rupanya dia dah couple dengan sepupu aku sendiri. Tapi boleh faham kenapa la, sebab aku masa tu memang takde pape, cuma ada diploma je, degree pun tak habis lagi. Kerja takde, duit takde, kereta? lesen motor pun aku takde masa tu.

Masa aku dapat tau dia couple dengan sepupu aku (tau dari adik aku), serius aku rasa macam kene tikam, hati tetiba sakit sangat. Sampai macam tu sekali, takde laki lain dah ke sampai nak tibai sepupu aku? Aku balik kampung, berubat nak lupakan dia.

And yes, aku dapat lupakan dia lepas tu. Tapi cuma masa aku jaga. Masa aku tidur, dia datang dalam mimpi. Mula2 memang parah, seminggu sampai 3 kali aku mimpi dia. Bukan mimpi basah ke ape, just mimpi jalan2, dating, pegang tangan...benda2 yg aku biasa buat dengan dia. Pernah aku mimpi dia suruh baca surah dalam Quran dan bagi salam untuk dia, sebab katanya akan balik pada aku. Memang aku buat, esoknya naik no public Bagan Serai dalam phone aku, tapi aku tak jawab pun. Masa aku kawin, aku mimpi dia datang minta izin jadi isteri no2, dan sanggup kalau aku lebihkan isteri pertama, asalkan dia dapat kawin dengan aku.

Aku break dengan dia tahun 2007, dan mimpi tu goes on, tapi makin lama makin kurang. Dari 3 kali seminggu, jadi sekali seminggu, then sekali sebulan, then sekali 2@3 bulan. Last mimpi? bulan lepas... yesss...aku still mimpi dia even dh 10 tahun break dan aku dah kawin. Masa jaga aku langsung xingat dia, sikit pun tak..tapi try tidur...kadang2 dia datang la..

Nasihat aku: cari lain. Curahkan segala kasih sayang ko pada orang yang patut dapat, and in return, dia kena hargai ko. Bukan biar ko terabai macam tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2017 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ade terbaca kat 8fact yang putus cinta ni kesannya lebih kuat pada jejants compared to gegirl. Meols penah berkapel dgn jejant yg full of emotional baggage frm prev relationship. Tbh takde time frame utk move on. It starts from u. My takes - cut all connection , socmed etc. Fasa grieving mmg sakit sgt. Allow urself utk layan lagu jiwang etc, nangis etc utk satu masa Then thats it. Move on bkn senang but it need determination. Kesian la kat diri sendiri weh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ni bukan jannah kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting solat mintak sungguh2 utk lupakan dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
U need a distraction for time being. Try do something out of routine.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Long distance relationship memang perit.nak nak u jumpa maybe once in a year.tahap kejujuran mmg teruji.ive been thru dis b4.coz i pun LDR dulu.stay satu tempat tapi tempat belajar yg memisahkan.then got some crisis...tiba2 dingin ja masing2.rupanya si dia dok rapat dgn classmate sendiri while im not.dia mcmni...bila dah jauh n jarang jumpa,diri nakkan perhatian,org yg di depan mata akan diberi tumpuan dulu.nak nak yg depan mata tu pandai memujuk.fuhh pedih

Macam i dulu.i siap pujuk2 perlu ka nak rapat2 dgn that girl.specifically,that gurl satu kos dgn dia,cuma kelas lain.so no need to be too close right.dan sebenarnya that gurl suka kat dia.hmm.i rasa sedih sgt sbb dia mmg ignore i gila2 like we've nothing.i tak tahan sangat...i unfriend kat fb,then block.time tu dia still dgn ego dia.i tak tahan lagi...i tukar number.time tu pulak phone i hilang kena curi.so i buat keputusan,beli hp baru and tukar no.hati i mmg keras gila...dia kontek i thru phone rumah tanya kenapa tukar no pun i senyap.mmg i nak lupakan dia terus.but at one time,i rasa rindu pulak kat dia.i pakai balik no lama...contact balik mcm biasa.tp dia still rapat dgn that gurl sampaikan everyday i stalked that gurl sampai mengganggu aktiviti harian i.pi kelas pun tak fokus,dok terbayang that gurl.hmm terstory kisah sendiri pulak....(kiranya mcmni,bila u nonstop stalk dia sana sini,dia akan sentiasa menghantui u.mcm i jgk la dok stalk that girl every each and everyday,tiap2 hari i teringat perempuan tu,not him as well) so,u better stop yourself from stalking ur ex.

My advises to u...u jgn byk menyendiri.bila menyendiri mmg akan teringat dkt org yg tak sepatutnya.lepastu kalau boleh,u block semua socmed dia.so that socmed dia takkan menarik perhatian u utk usha stalk whatsoever.and yes...like what u did.dekatkan diri kpd Allah.thats so good.u pikir mcmni.maybe ada hikmah benda ni jadi membuatkan u lebih dkt dgn Allah.dan mungkin jgk bila u dah redha,Allah temukan yg lebih baik lg utk u.banyakkan masa lepak dgn kengkawan,main game ka etc.mcm i pun,bila lepak dgn kawan and family at that time,lupa everything.tp bila dah menyendiri mmg terigt.

I ada few friends yg jenis kecewa kaw2 lepas break up.but they are all girls.ada yg takmau makan 4 5hari.nangis ja 24jam.yg lg sorg sampai jatuh sakit kena tahan wad...cuma masing2 tak cederkan diri.and seriously,theyre just like u,took too much time to heal.now masing2 dah betul2 moveon.cuma takkan lupa,rindu/teringat tetap ada.semoga u tabah dan kuat.bukan nak suruh u lupa terus...but slowly.benda mcmni beri kesan kat u jugak sampai mengganggu ur own life (u ckp takmau buat part time dah kan).

Apapun.u deserve someone better.and just dont giveup.Allah knows whats the best for u
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-10-2017 12:00 AM
ni bukan jannah kan?

faham..faham......
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by raradhia at 15-10-2017 07:46 AM

kalau aku, aku ingat ja perbuatan jahat yg dia pernah buat dekat aku! settle! terus lupa selama2nya, HAHA. .its okeyyy, jgn d pikirkan sgt lelama hilang laa perasaan tu. .cuba bawa2 sibukkan diri sikit, pergi laa buat aktiviti berfaedah. .

fokus business tu, kalau terlalu pikir si dia lelama business xberjalan plak. .hihihi, berjayakan diri tu. .kalau sedih2 dia bukan boleh dtg semula pun, so kuatkan azam supaya jd berjaya! kalau dah berjaya ramai laa tu nnt yg datang nak berkenalan. .haha

u boleh laa chat2 dekat forum ni, komen isu2 utk hilangkan rasa boring. .berkesan sgt utk lupakan hal2 yg xsepatutnya utk d fikirkan. .

tp, yg part business tu jgn laa uols hentikan! dunia skrg ni perlukan duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:03 AM | Show all posts
kuzaime replied at 14-10-2017 11:06 PM
Ex tu 1st love TT ke? Payah benar nk lupa
Perasaan kalau dilayan, mmg menjadi. Lagi2 kalau tgh so ...

Oh tidak, dia bukan 1st love, second love after beberapa tahun hidup single. Jumpa time kat u, kadang-kadang terigt kenagan dulu buat jadi serba tak kene dah. Cuba lawan semua tu. Sekarang ni explore travel dan juga lain-lain.

Sokong jika apa2 bukan milik kita dia akan gantikan dengan yg lbih baik. Soal hati tu buat masa ni belum bersedia lagi, nak amek masa sebelum bukakan kemkembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:11 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 14-10-2017 11:39 PM
Dah ada benang on how to forget your ex..y penting,jgn duk stalk socmed die ye..buat anything y bole ...

Okay, saya try cari benang tu. Yang stalk tu mmg dah jadi habit, nak tengok dia buat ape semua. Sekarang stalk je, tapi cuba lawan kalau boleh tak nak dah. Try nak mejauhkan diri. Saya ada cuba travel pegi solo, tak boleh rasa nak cari org bercerita. Tapi ada cuba sesuatu yg lain sbukkn diri.

Harap perkara ni dapat berlalu dengan tenang, dan dapat hidup seperti biasa. Tak boleh dalam keadaan ni. Yang ayat last ex tu, buat nekad lah ye?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:17 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-10-2017 11:43 PM
ngaji alquran dik, zikir

orang ngaji alquran zikir hati ni ingat Allah, syaitan suka hati2 manusi ...

Terima kasih kak,

Ya betul, rasa semangat sikit dengan mengaji semua ni. Hati rasa tenang, macam-macam zikir saya try cari dan amalkan sekarang. Hati mmg rasa kosong.

sedang cuba mencari ketenagan hati tu, stress tu pasti sbb menggangu hidup sikit rasanya. Beberapa tahun lepas pernah mcm ni juga, akhirnya dpt move on tpi mkn masa juga.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2017 09:22 AM | Show all posts
BlackCarnival replied at 14-10-2017 11:53 PM
Hmm..biase la tu bro, hati..Aku dulu bukan yg 1st, tp no3, sayang yg teramat tak tau r nak kate dah. ...

Terima kasih share bro, benda ni semua makan masa kan tapi akhirnya baru boleh move on. Yang ex bro tu dh kawen skrg?

Buat masa ni, saya bila jaga sahaja mmg mcm mencari dia tido alhamdulillah masih ok. Perlukan masa rasanya, tengah nak move on sambil berdoa mudahan jmpe lah ssorg utk diri ini. Mgkn belum masanya positif buat msa ni.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:23 AM | Show all posts

Tak faham, huhu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:29 AM | Show all posts
hungryhenry replied at 14-10-2017 11:59 PM
Meols ade terbaca kat 8fact yang putus cinta ni kesannya lebih kuat pada jejants compared to gegirl. ...

Ya saya sokong, mgkn pada laki lebih kuat kesan dia. Mungkin kesan berjanji itu ini tapi akhirnya tak menjadi. Kesian rasanya kat diri ini focus keje tak lari tak macam biasa. Macam ada tak kene. Saya igt nak off social atau pun just view sahaja. Sebab kalau tak jdi raja stalk je haha, kene hindarkan semua ini dah.

Semangat nak berubah tu ada, bila perasaan kosong tu muncul msti akan kalah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 09:31 AM | Show all posts
hungryhenry replied at 15-10-2017 12:01 AM
Yg penting solat mintak sungguh2 utk lupakan dia

Ya sedang buat semua ini, sambil mencari sesuatu yang bukan rutin harian sendiri. Tak mudah tapi sedang lakukannya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.703152 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list