View: 12907|Reply: 172
|
Muar: Gara-gara tidak pulang ke rumah, lelaki maut ditikam isteri
[Copy link]
|
|
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gara-gara-tidak-pulang-ke-rumah-lelaki-maut-ditikam-isteri-157965
MUAR: Pertengkaran sepasang suami isteri yang baru enam bulan mendirikan rumah tangga bertukar tragedi apabila si suami ditikam sehingga mati oleh isterinya dalam kejadian di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, disini pada petang Sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, 28, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun kerana tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Besar, Muar berada di lokasi kejadian yang merupakan rumah persinggahan dan stor penyimpanan barangan tempatnya bekerja sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek dan berlaku pertelingkahan.
Ibu mangsa, Rohani Sharif, 57, berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian itu sekitar 2.30 petang oleh ibu dan bapa suspek wanita berkenaan yang datang yang datang ke rumahnya.
Katanya, sejak anak sulungnya itu mendirikan rumah tangga, mereka menetap di kediaman keluarga suspek (isteri) di Parit Bunga, Tangkak.
Jelas Rohani, pada tengah hari semalam, menantunya ada menghubunginya untuk bertanya tentang anaknya itu berikutan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka pertanyaan menantunya itu bertukar tragedi, hingga menyebabkan anaknya kehilangan nyawa akibat tikaman di bahagian dada.
Rohani memberitahu, kali terakhir bertemu anaknya itu pada Jumaat lepas.
“Setiap Jumaat saya pergi pasar beli barang dapur, tapi yang Jumaat (semalam) ini saya tengok dia tak ada. Jumaat lepas saya sempat tengok dia dan makan serta berbual dengan dia. Ayah dia pun sempat (bersama) dan bersalam-salaman,” ujar Rohani.
Rohani ditemui Astro AWANI di pekarangan Unit Forensik Hospital Muar sementara menunggu mayat mangsa selesai menjalani proses bedah siasat.
Katanya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.
Katanya, suspek wanita berkenaan telah ditahan di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak ai...bunuh terus? ape ke ganas gile si bini? Dr berhari2 xbalik, trus xkn balik dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila, laki pun salah gak. Hidup berbini bgtau la bini kau g mana. Si bini ni gila betul |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 kena tikam dgn pisau potong ayam jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bini sewel mcm ni laki mana yang berani balik rumah? dok lah hang dlm penjara sok sok kalau ada anak (dah hamil), anak tanya mana ayah .. ayah mati mak bunuh ! |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 pmpuan jadi ganas,hauk dan kejam berpunca dr perangai jantan tu sendiri...
org laki yg jnis ego tinggi ni suka hati je dia nk bt apa2 bajet "im the king" |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu nak simpati mana satu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada benda lain sekali yg trigger marah bini tu..klu org normal takkan tiba2 je nk tetak laki nye
Ada org hantar gambar laki ngn pompuan lain ke..oh drama akasia sgt sis |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah... laki pon bgtau la bini tu klu ke mne2.. tapi bini dasyat tul smpai nk membunuh huhu.. apa pun kita tak tau citer disebaliknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi bininya 18 tahun. gaduh terus tikam sampai mati. scarynyaaa.. ganas sangat ko dik. mana ko belajar ni main tikam2. kot iye pon gaduh.. guna mulut je la |
|
|
|
|
|
|
|
Baru kahwin 6 bln. Isterinya pun muda sgt lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ganas benor bininya gaduh sampai berparang pisau bagai. Kalau aku pun taknak balik umah. Ni mesti gaduh baling2 pinggan mangkuk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by precious_chicas at 15-10-2017 08:05 AM
Mmg patut pun laki tanak balik umah, bini gile macam apa rupanya. Sakit2 hati benci2 dgn laki pun takdenya ppn normal sampai nak bunuh2 suami. I saspek bini dia tu pembunuh upahan. Tadak rasa apa2 ke bila angkat benda tajam hala kat orang?
Speku; family yg aturkan perkahwinan ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sixret at 15-10-2017 06:23 PM
Kan.
Setakat marah, gaduh tu semua pasangan suami isteri ada. Tapi ni dah melibatkan kematian, kakak bermakna something wrong dengan perempuan tu. Bayangkan anak lelaki akak dibunuh isterinya. Just imagine.
Sepanjang hidup, saya pernah jumpa juga setakat ni dua orang perempuan yang memang cenderung ke arah keganasan.
Saya pernah bekerja di beberapa buah tempat, dikelilingi kawan2 perempuan sekolah rendah, menengah dan uni, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara perempuan. Majoriti perempuan memang baik2 as being normal. Having fun. Gaduh sikit2 antara suami isteri tu perkara biasa. Then minta maaf and so on. Kebanyakan perempuan normal yang sabar banyak2 dulu. Baru meletop(bagi yang nak meletop la).
Tapi dua perempuan ni memang perangai luar biasa. Mereka kurang guna akal tapi lebih cenderung bertindak nafsu amarah.
Saya suspek(mungkin saya salah), perempuan dalam berita ni set2 perempuan panas baran ditambah iman kurang dan kurang guna akal. Maka, pergaduhan suami isteri yang sering terjadi dalam pasangan suami isteri especially yg baru berkahwin bertukar tragedi. Perempuan ni terpaksa berhadapan dengan perbicaraan. Kalau disabit, boleh dihukum mati secara mandatori. Contoh terbaik akibat tak fikir panjang.
Tragedi yang boleh dielakkan kalau guna akal banyak dan sabar lebih. Ingat Allah sungguh2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bruntalnya bini dia. Mgkn marah sangat tp kenapa sampai membunuh |
|
|
|
|
|
|
|
x laa aku nak menggadaikan nyawa masuk penjara gegara seorg llaki/suami cerai ja la, cari lain. . kah kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
contoh orang yang tak layak kawin tapi gatal nak kawin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bertikam2 nauzubillah..
Ada baca wartawan tanya family arwah.
Mak dia kata arwah pernah ngadu pasal isteri.
mak dia kata sabarlah dah kahwin dengan isteri umur 17 tahun.
Kena banyak sabar.
last2 arwah anaknya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngongkek dgn betina lain la kot... |
|
|
|
|
|
|
| |
|