CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5897|Reply: 20

Kajian: 'Underweight' Buat Wanita Rasa Cantik Dan Berkeyakinan Tinggi!

[Copy link]
Post time 6-3-2018 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Kalau dah nama wanita, mengutamakan kecantikan sahaja tak mencukupi. Berat dan bentuk tubuh badan juga menjadi kayu ukur keyakinan diri bagi kebanyakan kaum Hawa.

Bagi yang memiliki penimbang berat badan di rumah, pasti kalau boleh nak tengok berat badan setiap hari, kan? Lagi parah, setiap kali selepas makan atau membuang air besar, gigih nak tengok jarum penimbang.



Foto: Gfycat




Kajian membuktikan, wanita berasa paling selesa atau berkeyakinan tinggi apabila berat badan mereka kurang dari berat tubuh ideal.

Memetik METRO, hasil kajian FitRated mendapati kebanyakan wanita berasa lebih bahagia dengan tubuh mereka apabila mereka underweight (kekurangan berat badan) dengan indeks jisim badan (BMI) di bawah 18.5.

Manakala, mereka dengan BMI sekitar 18.5 hingga 24.9 menilai keyakinan hanya pada skala 3.4 daripada lima. Berat terlebih (overweight) tak usah diceritakan lah. Mereka pasti down gila dengan skala keyakinan 2.8 dan 2.1 bagi mereka yang obes.




Foto: AllizHealth




FitRated bagaimanapun, menegaskan bahawa menjadi kurus tak semestinya tubuh menjadi sihat dan ia bukan satu matlamat yang positif.

Walaupun sinonim dengan cantik, bertubuh kurus tak bermakna ia sihat untuk semua orang. Lemak tertentu boleh menjadi sangat berbahaya dan sukar dikesan, malah kekurangan berat badan akan menyebabkan komplikasi termasuk melemahkan sistem imun, ketidaksuburan, dan pertumbuhan terbantut.




Foto: Boston Desi Connection




Berbeza dengan lelaki, mereka berada pada tahap paling selesa apabila berat tubuh mereka seimbang. Pun begitu, mereka tiada masalah sekiranya berat badan mereka terlebih mahupun terkurang.

Bukan nak kata mereka tiada perasaan, tapi mereka tak kisah dengan perkara remeh sebegitu. Yang penting, mereka dan perut mereka bahagia.




Foto: Mail Online




Jika anda tergolong antara mereka yang terlebih berat badan tu, tak usahlah gigih sangat mengikat perut semata-mata keranan mahu dikategorikan underweight. Cukuplah dengan berat badan ideal, okey! Kesihatan itu lebih penting dari kecantikan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2018 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmm x sedap pon jadi kurus. Nk duduk atas permukaan keras pon x leh lama2, nnt jadi kematu. Ala2 x de kusyen gitu time duduk
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak suka kurus sangat.sedang2 je.janji breast n butt ada isi.Lepas zumba i suka timbang n rasa tak best if berat i turun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 08:09 PM | Show all posts
sis vokuru kopek dia BMI 80, badan sis vokur BMI 28.. sis vokuru tolong kurangkan BMI  pada kopek..  tolong amalkan gaya kopek yang sihat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap: sis vokuru kopek dia BMI 80, badan sis vokur BMI 28.. sis vokuru tolong kurangkan BMI  pada kopek..  tolong amalkan gaya kopek yang sihat



I rase happy kalau dpt potong kredit sis.heheheje
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde maknanya lagi confident kalau badan kurus underweight. I ni underweight since forever and i'm struggling to put on weight to the point i record my daily calorie intake to make sure I consume my minimum target. Itu pun nak naik 0.5kg pun siksa sgt. Selalu rasa nak give up. I always tell my friends, NO tak best pun underweight ni sbb most people are under the impression that being skinny is great. Haih if only we could trade places. I need 10 kg!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu bmi 18.8 rasa badan sedap je
Skg bmi 24 badan da rasa xbes sbb lemak2.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
No underweight or overweight,just keep maintain healthy lifestyle aje..hihihi~
Kurus sgt pn pelik gk,tp nk bt caner kn,putih,kurus tu dah jd definisi cantik d asia.. Y pelik tu,dh rupa mcm skeleton tp gigih lg nk kurus..mmg pelik..tp jgn pulak cecah obese,x elok jgk..peringatan utk diri sndiri n others~{:love
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal lg ok..org underweight ni kdg cpt penat aku tgok..time bjln ada angin..nmpk mcm nk terbang..haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada member yg underweight dulu bila berjumpa asyikla tegur org tu berisi org tu gemuk eiii nyampah tahulah ko kurus kering kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:00 AM | Show all posts
Iols yang memang kurus pun nak kurus lagi, voley?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 10:59 AM | Show all posts
Ambola replied at 7-3-2018 09:06 AM
Ada member yg underweight dulu bila berjumpa asyikla tegur org tu berisi org tu gemuk eiii nyampah t ...

Sebenarnya I boleh relate dgn member uols tu. I tegur kawan2 rapat la which are bermulut longkang so lantak la nak terasa pun. I yang kurus ni pun jaga makan and bersenam sbb risau ada penyakit , tapi geram plk tgok member2 tu dok sibuk cakap nak kurus tapi time makan macam tak beringat. Pastu malas, jalan jauh skit malas...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau underweight syok nak melantak...tapi takut banyak penyakit pulak sebab tak jaga makan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2018 12:45 PM | Show all posts
Ideal weight lebih baik dan lebih nampak sihat.  Buat mereka2 yang dah 30 keatas kalau terlalu underweight pasti akan nampak berusia dari usia sebenar jadinya.  Sesetengah orang akan nampak tak cantik kalau terlalu underweight.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2018 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nk kurangkan berat. bila berat bertambah, rasa mcm badan berat,malas,pergerakan pun jadi slow.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols underweight 150cm vs 39kilos...eheheh...but suka sangat sayur..nyummm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Underweight

Berat turun 4kg dah. Ni pon dok rasa seluar longgar je
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:37 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 25-5-2018 10:39 AM
Underweight

Berat turun 4kg dah. Ni pon dok rasa seluar longgar je

Sister humble brag kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 03:51 PM | Show all posts

ini betul2..bukan humble brag


cobaaaaannn


pakej susah hati + xde selera makan kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 05:48 PM | Show all posts
aku yg underweight ni malu ja bila nk pkai baju lawa2 mcm takde shape, tek ngan booty pon takdak hahahahah tapi yg bestnya makan pon tk naik2 berat tapi takut jugak kot2 ttba ada penyakit kita tk sedar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.270538 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list