View: 5152|Reply: 27
|
"Zahid Hamidi Jumpa Tun M, Nak Beli Tempe Ke Tu?" - Netizen
[Copy link]
|
|
Sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diumumkan, hari ini merupakan pertemuan rasmi pertama antara Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Foto: FB Zahid Hamidi
Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook (FB) Zahid yang memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan.
Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua
Pertemuan itu turut dikongsikan menerusi laman FB Kelab Che Det dan ia mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.Yang pastinya, orang ramai tidak berpuas hati dengan pertemuan itu kerana menyifatkan Zahid 'ada udang di sebalik batu'.
Zahid nak beli tempe yang Tun jual ke?
"Zahid ni lalang paling kuat dalam Malaysia, hati-hati Tun," komen netizen.
Malah, netizen turut menyifatkan Zahid sebagai seorang yang tidak tahu malu memandangkan beliau pernah menghina keturunan Dr Mahathir sebelum ini.
Dah takut, baru datang menyembah
"Aku ingat lagi macam mana kau hina dan fitnah Tun Mahathir. Sekarang ni kau salam dan tunduk-tunduk kat Tun," kata netizen.
Sementara itu, segelintir netizen menasihati agar masyarakat tidak terlalu taasub dengan politik hingga memecahbelahkan perpaduan sedangkan 'yang di atas' sudah berbaik.
Kena positif
"Apa salahnya berbaik demi negara.
"engikut dan penyokong je meroyan tak tentu hala, dia orang elok je.
"Yang di atas dah berbaik, kitay ang di bawah ni bila pula?" antara komen netizen.
Apa yang melucukan, ada juga yang menyamakan dunia politik dengan drama jam 7 malam.
Foto: FB
Bulan Ramadan bakal melabuhkan tirai, bila pula kita sebagai masyarakat nak bermaafan dan bersatu teguh demi negara? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Biaq pi lah. Tapi krna hati2.
Tun ni jenis listen kpd semua benda. Dia Biar orang habis ckp (walau ckp org tu make no sense or statement kurang cerdik). Lepas habis ckp baru dia akan ckp.
Dia bukan yes man punya orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka tun m nampak mcm meluat jah. Punye tebal muka jahid ni. Xingat dulu kutuk name kutik dgn ic org tua ni. Aiyo |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dedak raya la tu. Takut xde ape nak bagi orang makan raya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaklong ada buat status kat ig x?dia kan lebih sudu dr kuah |
|
|
|
|
|
|
|
kak long mana? dia tau tak bapak dia gi jumpa tun ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak long fefeling islamik paling suci skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
haha haha haha haha haha hahahahahahahaaa tempe tempeee |
|
|
|
|
|
|
|
Muka Tun M mcm meluatttt jah dgan wak jahid ni {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaik demi negara tengkorak kau...sah2 ada agenda tersembunyi indon ponurogo ni. Heiii...dl bukan main kata kutty ni itu sekarang dtg menyembah tuk kebaikan konon...harkkkkthuiiii |
|
|
|
|
|
|
|
ninnakarinna replied at 7-6-2018 05:47 PM
Kaklong ada buat status kat ig x?dia kan lebih sudu dr kuah
Kaklong g umrah bertiga nun. |
|
|
|
|
|
|
|
{:laugh jgn kasi chan... Tun m.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok muka Tun macam tak nak layan ja |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah. Eloklah berdamai dan bermaafan sempena ramadhan ini. Ini tanda tanda yg baik utk future malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
dasar leluhur manuskrip kuno
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik kata2 pesanan nasihat CM Sabah Baru
Pesanan yg sangat mulia drp Ketua Menteri Sabah utk renungan bersama.
CnP:
TAZKIRAH/ PERUTUSAN DARI KETUA MENTERI SABAH (WARISAN ) YG BARU, Datuk Seri Haji Shafie bin Haji Afdal.
Khas utk semua terutama khas utk umat islam
Drp CM baru
Assalamualaikum
Mari kita hentikan negativiti mempersenda bekas PM dan Isteri beliau, mari kita henti jadikan mereka bahan lawak jenaka.
Kita semua ada khilaf, ada silap, ada dosa masing-masing, bukan mereka sahaja yang berdosa atas muka bumi ini, serahkan pada DIA Yang Maha Menghakimi.
Kadang-kadang masalah kita sebagai ummat Islam, kita belum Islam pada cara hidup, kita belum Islam pada pemikiran, kita belum Islam pada percakapan, kita belum Islam pada akhlak dan tindakan, tapi kita bermati-matian ingin ISLAMkan negara.
Tidakkah ianya pincang? Islam perlu bermula dari dalam diri, dari dasar, bukan terus di puncak.
Kita hanyalah buih-buih di pantai yang mudah pecah dilambung ombak (tiada kualiti). Kita belum benar-benar muslim pada roh, pada aktualisasi dan cara hidup, kita hanya Islam pada I/c yang mewarisi ugama nenek moyang.
'Kita' itu termasuk sy, yang bercakap dan menulis tidak semestinya lebih baik dari yang membaca, menulis dalam masa yang sama menasihati diri sendiri juga yang sentiasa alpa dan leka.
Attitude dan keperibadian kita dibangunkan oleh suasana dan persekitaran, inginkan akhlak yang baik, cari circle yang baik-baik, cari jemaah yang baik-baik, semua itu harus bermula dengan mencari Allah.
Pandangan kita terhadap manusia sekeliling adalah berdasarkan hati kita. Jika hati kurang berpenyakit, kita melihat pendosa dengan pandangan kasihan berserta doa kepada mereka, (kerana hakikatnya kita juga seorang pendosa).
Jika hati kita berpenyakit, kita melihat pendosa dengan perasaan benci, sakit hati, jelik, sinis, disertai cacian dan sarcasm, (tanpa menyedari kita juga sebenarnya seorang pendosa, hari-hari kita buat dosa sama ada dengan sengaja atau tidak)
Sebarkan agar umat Islam tidak terus mengaibkan saudara islam sendiri.
Wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
kan??? dia bukan x tau apa org tu ckp pasal dia tp as tetamu dia layan je la
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak long x ikut sekali ke? sheouls kan nasi himpit jua. x sabar nak tunggu nazri aziz diiringi haplin salam cuim tangan Mahathir |
|
|
|
|
|
|
| |
|