“Dengan tersebarnya video ini, baru ahli UMNO sendiri sedar bahawa Kepimpinan Baru UMNO di bawah Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Presidennya sedang menyediakan bala tentera untuk memusnahkan Pakatan Harapan."
Kredit foto: The Sun Daily
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mengulas mengenai sebuah klip video memaparkan simulasi demonstrasi ahli UMNO yang tular sejak semalam.
Difahamkan, tindakan itu adalah sebahagian daripada pengisian kursus asas Umno untuk menjadi pembangkang berkesan yang diadakan bermula 31 Ogos di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang.
Kredit foto: FB Datuk Lokman Noor Adam
"Keluar simulasi demonstrasi kami ini pun dah cukup untuk memberi isyarat bahawa rakyat mahu Pakatan tunaikan janji.
"Ia juga memberi isyarat jelas bahawa UMNO sentiasa membawa isu rakyat, bukan isu perkauman sempit," katanya. - CARI
|