CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5940|Reply: 71

[Tempatan] Sayu lihat anak terpaksa berlapar, kadang2 makan nasi dengan garam

[Copy link]
Post time 2-10-2018 09:35 AM | Show all posts |Read mode



BOTA - Hati ibu mana tidak merintih apabila mengenangkan nasib anak-anak kelaparan kerana tiada wang untuk membeli makanan selepas berpisah dengan suami sejak lima bulan lalu.

Ibu tunggal lima anak, Rosmawati Mohamed Saeid, 37, berkata, dia dan anak ada masanya hanya makan nasi bersama garam.

Lebih menyayat hati apabila mendengar anak ketiganya yang juga orang kurang upaya (OKU) penghidap penyakit jantung mengatakan dia lapar.

Menurut Rosmawati selepas berpisah dengan suami, dia berhenti kerja sebagai tukang masak di sekolah tahfiz di Bota Kiri bagi menguruskan anak ketiganya Muhammad Jihadi Mohamad Sallehuddin tujuh tahun.

"Masa itu saya ada la juga duit untuk belanja anak-anak serta beli barang rumah, tetapi bila berhenti saya hilang punca pendapatan lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan suami.

“Pernah beberapa kali saya masak nasi kemudian blend dengan air bagi buat bubur bagi kami enam beranak makan dan menitis air mata saya lihat anak-anak makan dengan selera kerana terlalu lapar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tronoh, Bota Kanan.

Tambahnya, tidak tahan melihat anak kelaparan dia kembali bekerja dengan  seorang rakannya dengan menjual otak-otak di Seri Iskandar.

"Saya tak boleh kerja siang hari kerana susah nak uruskan Muhammad Jihadi lebih-lebih lagi kalau dia ke sekolah siapa nak hantar dan ambil jika saya kerja.

"Alhamdulillah kerja saya jual otak-otak di kedai makan ini pada waktu malam jadi ia memudahkan saya uruskan anak walaupun pendapatan tidak seberapa sekitar RM15 hingga RM30 sehari," katanya.

Menurut Rosmawati lagi, dia juga terpaksa membayar sewa rumah RM160 setiap bulan, namun kerana pendapatan tidak seberapa sudah empat bulan sewanya tertunggak.
Rosmawati menunjukkan keadaan anaknya Muhammad Jihadi yang mempunyai masalah jantung selain OKU.
Anak bantu di kedai makan

Kerana kurang berkemampuan serta tiada wang tiga anak Rosmawati, Nurul Najwa, 13, Mohd Faris, 11 dan Muhammad Jihadi, 7, tidak bersekolah hampir 50 hari sebelum ini.

"Saya tak ada duit nak bagi mereka belanja kalau ke sekolah, nak masak bagi bekal pun tak boleh kerana kami kais pagi makan pagi walaupun saya bekerja dengan pendapatan RM30 sehari.

"Ada masa saya terpaksa tanya kawan yang jual nasi ayam kalau ada lebih bungkus untuk saya bawa bagi anak makan dan itulah alas perut kami sekeluarga," katanya.

Tambahnya, dia juga terpaksa bergilir-gilir membawa anaknya ketika bekerja pada waktu malam untuk membantunya menjual otak-otak termasuk Muhammad Jihadi yang tidak boleh berjalan.

"Biasa kalau saya bawa kakak Nurul Najwa saya akan bawa Jihadi sebab tak yakin tinggal Jihadi dengan abang dan adik-adiknya kerana dia memerlukan jagaan rapi lebih-lebih lagi apabila mahu ke tandas.

"Kalau saya tak bawa Jihadi, Nurul Najwa akan tinggal jaga dia dan saya akan bawa Mohd Faris membantu. Alhamdulillah anak  tidak pernah merungut membantu saya cari rezeki," katanya.

Menurut Rosmawati lagi, anak sulungnya Nurul Najwa juga bekerja di kedai makan sama .

"Kadang-kadang duit upah RM10 diterimanya itu dia guna belikan makanan dan pernah dia dapat gaji pergi kedai mamak dan beli 10 keping roti canai untuk beri adik makan bila balik kerja jam 1 pagi," katanya.
Rosmawati (kanan) gembira selepas menerima sumbangan dari Aktivis Sosial, Rohaidatul Asma Jusoh (tengah) baru-baru ini.
JKM, Baitulmal hulur bantuan

Nasib Rosmawati dan anaknya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal.

Pegawai JKM Perak Tengah, Nor Azlinda Ahmad Shaari berkata,  JKM  menyampaikan bantuan segera RM300 kepada keluarga itu Jumaat lalu.

"Kita juga luluskan bantuan kanak-kanak RM450 setiap bulan bermula November lalu hingga Oktober 2019.

"JKM juga ada beri bantuan RM150 sebulan bagi anak Rosmawati, Muhammad Jihadi yang juga OKU melalui pihak sekolah di bawah pendidikan khas," katanya.

Sementara itu, Pegawai Baitulmal Daerah Perak Tengah, Johar Zainal Abidin berkata, keluarga Rosmawati  penerima bantuan bulanan RM400 sejak 2016.

"Kes ini baru sahaja disyorkan pertukaran dari penama suami ke isteri kerana kelulusan sebelum ini adalah di atas nama suami Rosmawati iaitu Mohamad Sallehuddin Sapian sejak 2016 hingga kini.

"Rosmawati sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah baru sahaja bercerai dengan suaminya  dan kita akan tukarkan penerima bantuan kepada dia," katanya.

Johar Zainal juga berkata, pihak Baitulmal sedia memberi bantuan bagi kos perubatan sekiranya anak Rosmawati, Muhammad Jihadi memerlukannya dengan segera untuk rawatan penyakitnya.            

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Rosmawati Mohamed Saeid - 08105-29-00008734-7 (BSN) atau 1212-2020--2827-03 (Bank Islam)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 09:45 AM | Show all posts
bapak x guna kenapa x bg nafkah kt anak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 09:49 AM | Show all posts
mesti akak ni menyesal kawin ngan jantan bangsat cam gitew
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm30 sehari tak cukup ke beli beras, kicap & telur  utk anak anak ...

Dari cerita mcm teruk sgt sampai kena blend nasi....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:01 AM | Show all posts
mana bapaknye???alahaiiii...jgn la jdi cam hewan wahai si bapak..baik xyah kawinla klu dpt laki menyusahkan giniii
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:13 AM | Show all posts
maksudnya lepas cerai tu duit baitulmal masuk ke bapaknye je ke?

bodoh punya laki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2018 10:14 AM | Show all posts
nasihat aku.. mana2 pompuan yang ingin berkahwin sbb nak senang...nak membiak ker... fikir2kan lah masa depan sendiri dgn anak2... sediakan tabungan utk anak2...atau kesinambungan rejeki kalau2 laki mati awal, laki lari dari rumah...

kesian budak2.... 2 tahun lagi nak sampai wawasan 2020... pun masih ada yang tercicir pendidikan..

sedangkan budak lepasan U pun payah nak dapat keja, apatah lagi budak2 yang keciciran
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap bapak dia dh mati kat kolong ke apa lah...
Alhamdulillah jkm.tukar penama bantuan..kalau tak...salehiduin tu yang sedap makan kalau x mati lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 10:22 AM | Show all posts
xguna punya jantan keparat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:25 AM | Show all posts
sedih ye kisah mcm ni, mana bapak ye? bertanggungjawab la wei, ni anak2 ngko jangan la lepas tangan pulak.
tapi walaupun susah, nampak rumah dia bersih and takde sepah2 mcm typical org susah yg rumah bersepah dgn kotor ye...bagus akak ni nampak usaha dia nak bekerja walaupun anak2 ada yg tak sihat, semoga Allah berikan rezeki pada akak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:42 AM | Show all posts
mau menyumpah bapak tu nanti,
hilang 400 sebulan kalau dah tukar penama..
mesti nyesal sebab cerai
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 10:51 AM | Show all posts
kes begini mungkin salah satu faktor perempuan tak kisah jadi andartu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 2-10-2018 10:42 AM
mau menyumpah bapak tu nanti,
hilang 400 sebulan kalau dah tukar penama..
mesti nyesal sebab cerai

Mgkin cerai tu pun sbb nk bawak lari rm400 sebln....
Dia rasa byk le rm400 tak yah share dgn anak anak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kak siannya..sy doakan kesejahteraan akak sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak budak-budak tu apa gunanya? Sumbang sperm je ke pokcik sampai anak-anak kau kena pampang muka kat suratkhabar mintak makan sesuap dua?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..sedihnya.. Apepon, salute kat akak ni. Rumah masih bersih dan kemas. Anak2 pun nampak terjaga.

Soal bapanya, kenapa cerai ya..hmmm

Tapi kan kak..kalau boleh, usahakan lah anak tu supaya pergi sekolah. Bukan apa.. pendidikan mampu ubah nasib seseorang manusia. Paling tidak, belajarlah sampai SPM. Semoga lepas dapat bantuan ni, anak2 semua boleh pergi ke sekolah dan tak perlu ponteng sekolah lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersih kemas saja rumah kakak ni. Kasiklah bantuan kerja pada kakak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 11:51 AM | Show all posts
berpisah 5 bulan..anak dia tak sekolah 50 hari sebelum tu. hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 12:15 PM | Show all posts
husband dia tak bagi nafkah ke? buat anak bersama2 tapi bila cerai, lepas lak tanggungjawab. ntahapa2 ntah. baik jangan beranak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 12:25 PM | Show all posts
suami spesis haprak..da la ada anak oku ptutnye dia kne bagi nafkah yg anak2 kot ye pn xnak bagi kat bekas bini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053431 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list