Edited by dauswq at 26-10-2018 11:57 AM
For more info >> https://kmania.info/
Kim Nam Gil sahkan menjadi paderi gila untuk SBS Hot Blooded Priest bersama Honey Lee & Kim Sung Kyun
by daus · October 26, 2018
Pihak produksi telah mengesahkan pembabitan ketiga-tiga pelakon : Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun dan Honey Lee di dalam drama siri terbaru SBS berjudul SBS Hot Blooded Priest sebentar tadi.
Ia berkisarkan tentang seorang paderi muda bernama Kim Hae Il yang mengalami masalah mental berkait dengan obsesif-kompulsif , asyik panas baran dan seringkali dicop ‘gila’ oleh rakan-rakan sepaderinya terpaksa dipergunakan dirinya oleh detektif polis untuk menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua di sebuah gereja ternama. Pembunuhan paderi tua tersebut berkait dengan senario politik negara sehingga memungkinkan pembukaan unit polis tertentu demi siasatan kes berkenaan.
Kim Nam Gil akan memegang watak sebagai Kim Hae Il, seorang yang pada asalnya bekas agen risikan NIS pada sepuluh tahun lalu ditugaskan oleh pihak risikan untuk memerhatikan perhimpunan jemaah gereja yang diselaputi dengan gerakan ekstremis, salah guna kuasa dan salah laku seks. Kim Hae Il terpaksa menyamarkan dirinya sebagai paderi junior yang bermasalah dan secara kebetulannya, terpaksa merelakan dirinya dipergunakan oleh detektif polis untuk tujuan yang sama. Watak Kim Nam Gil dijangka tidak serius tapi akan penuh dengan ‘humour’. Penulis skrip dipertanggungjawab untuk drama ini, Park Jae Bum pandai menggarapkan karakter utama yang mempunyai masalah mental dan autism yang pernah dilakukannya di dalam KBS Good Doctor, tetapi banyak kali diperkembangkan bagi menyentuh elemen komedi di dalam karya beliau seterusnya.
Manakala, Kim Sung Kyun pula merupakan detektif polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat kes pembunuhan paderi berkenaan. Dia telah kehilangan rakan sepasukan tiga tahun lalu dan akhirnya menjadikan Kim Hae Il sebagai teman strategiknya sepanjang siasatan tersebut. Gabungan kedua-dua pelakon ini pastinya akan membuatkan anda tertawa dengan telatah mereka, seperti kita dapat saksikan di dalam garapan sama oleh penulis drama ini di dalam KBS Good Manager atau Chief Kim.
Produksi SBS telah menamakan sutradaranya ialah Lee Myung Woo (“SBS Punch” , “SBS Whisper”) yang pernah mendapat pencalonan Best Director CARI Kdrama Awards di atas arahan yang begitu suspens dan agak mengasyikkan. Drama ini diletakkan pada slot Februari 2019. Boleh kah anda menjangkakan drama ini sebaik KBS Good Doctor dan KBS Chief Kim dengan kombinasi pengarah berpengalaman dari hasilnya, SBS Punch dan SBS Whisper? Sama-sama kita nantikan.
|