CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6550|Reply: 56

[Jenayah] Edisi bukti rakyat tertekan : Lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, se

[Copy link]
Post time 22-1-2019 12:59 PM | Show all posts |Read mode




Lelaki berkenaan sempat melambaikan tangan, sebelum terjun dari jambatan. - Astro AWANI



GEORGE TOWN: Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.

Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan  itu.


“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan  pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.

"Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.

“Kami tiba lebih kurag 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa  sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.



Lelaki berkenaan diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot nelayan. - Astro AWANI


Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.

Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat,  Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.

Mangsa seterusnya dibawa ke jeti pangkalan Polis Marin di batu Uban untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 01:01 PM | Show all posts
Kebangga darul terjun..

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:03 PM | Show all posts
kes terpencil
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:11 PM | Show all posts
Banyak yea orang depressed kat kevangga
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa lelaki itu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:14 PM | Show all posts
Alahai, apalah masalah yang dia ada ni yer. sampai nak bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2019 01:15 PM | Show all posts

tak ganja alkohol?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:19 PM | Show all posts
wah wah ko nak bunuh diri pun sempat lagi buat drama siap lambai lambai lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 01:19 PM | Show all posts
tertekannya dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah cantik baju! Ni tgk cerita korea byk sangat la ni? Nak mati dlm keadaan bergaya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak jumpa bidadari tapi x kesampaian
Bertabah lah bang..
Tuhan x izinkan lagi
Sila cuba lagi...

Maybe abang.ni depression kot..ada hutang along ke ..atau bini or gf tinggalkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:42 PM | Show all posts
kesiann.. siap buat live lambai2 hujung2 tak mati
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 01:43 PM | Show all posts
darul terjun depressed
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jambatan ni mmg pilihan tuk org bunuh diri.. 2-3 thn lepas ahli keluarga lcw kot buat cubaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
takde cara yg lebih elok ke nak bunuh diri... mungkin kerajaan blh benarkan bunuh diri secara medical dan taxkan sebagai perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lagi, lenkali jgn pilih tempat yg SAR ada berdekatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga...engkau dah kenapa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mati pon lapar like...adoi terjun memalam la dekkkk.x de sapa tau..konpem mati
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia nk pergi meninggal.
Kite pun bkn blh tlg dia.
Till nxt time la ye sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Depressed sgt sampai nak bunuh diri mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051757 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list