CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3246|Reply: 6

Ngeri! Bagai Tsunami, Rakaman Detik Empangan Brazil Pecah Tular

[Copy link]
Post time 15-2-2019 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa Brazil mendedahkan video rakaman detik-detik dramatik semasa empangan terbesar Brazil runtuh di sebuah lombong biji timah di Brumadinho pada 25 Januari yang lalu.

Kejadian ini telah mengakibatkan lebih 300 orang sama ada maut atau hilang didedahkan kepada umum pada awal Februari lalu.  Media antarabangsa melaporkan, 166 mayat mangsa telah ditemui manakala 155  lagi disenaraikan masih hilang.




Imej dari satelit sebelum dan selepas empangan pecah. Kredit Foto : www.utusan.com.my dan radionz.co.nz











Rakaman camera litar tetutup (CCTV) menunjukkan empangan itu memuntahkan berjuta-juta tan lumpur  sehingga mengalir di sekitar kawasan perlombongan serta ladang di sepanjang pekan berdekatan Brumadinho. Rakaman ini juga menunjukkan air lumpur seperti Tsunami yang telah memusnahkan  dan menggelamkan kantin syarikat dan bangunan yang berada pada laluannya.



Kredit Foto : BBC



Ketua Pegawai Eksekutif Vale SA, Fabio Schvartsma  menyatakan kejadian itu berlaku terlalu cepat sehingga sistem penggera tidak sempat untuk mengeluarkan amaran lebih awal.  Menurutnya lagi, sistem penggera dari empangan itu  memang tidak dimatikan.








Sebelum kejadian berlaku, penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran mengaku telah mendengar bunyi bising dipercayai amaran awal.


Kredit Foto :www.foxnews.com




Dalam pada itu, seorang pegawai kerajaan negeri memaklumkan kepada Reuters, dari siasatan,  kejadian yang terjadi kerana berlakunya pencairan, proses kandungan padu pasir hilang kekuatan dan kekerasan yang kemudiannya bertukar menjadi cecair.


Wartawan BBC, Julia Carneiro turut menyatakan, punca empangan pecah milik anak syarikat Vale, tiga tahun lalu di Maria-na juga adalah ekoran pencairan struktur tanah.


"Kedua-dua empangan ini dibina di hulu sungai dan dibina atas sisa lombong kering yang me-ngandungi campuran pasir dan tanah liat seperti lumpur," katanya.- BBC


Setakat ini, lima individu telah ditahan dan dipercayai  tiga daripada mereka merupakan pegawai Vale yang bertanggungjawab dalam pemberian lesen impak alam sekitar.


Empangan terbesar Brazil yang berusia 42 tahun dan setinggi 282 kaki ketika itu dalam proses untuk dibaiki. Ketika kejadian berlaku juga pemilik empangan tersebut menyatakan ia telah lulus ujian keselamatan struktur. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 06:24 PM | Show all posts
magnificient
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau empangan BAKUN????
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Terrifying moments
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:02 PM | Show all posts
aduhaiii takutnye lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:07 PM | Show all posts
teruknya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuasa alam!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.207421 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list