CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2520|Reply: 1

KITAR3cycle: Kutip Mata Ganjaran Sambil Kitar Semula Sisa Kediaman Anda!

[Copy link]
Post time 8-3-2019 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Jangan buang begitu sahaja sisa-sisa yang boleh dikitar semula. Tahukah anda mengenai program KITAR3cycle? Di samping memelihara alam sekitar, anda turut dapat menikmati sedikit ganjaran! Jom kenali program KITAR3cycle!




Kredit Foto: Bernama




Baru-baru ini, program KITAR3cycle telah diperkenalkan oleh SWM Environment Sdn Bhd sebagai salah satu usaha dalam menerapkan sifat prihatin terhadap alam sekitar melalui amalan pengurusan sisa kitar semula yang baik di kalangan masyarakat.






Melalui strategi berbentuk ganjaran, orang awam digalakkan untuk menyerahkan sisa-sisa kitar semula ke pusat pengumpulan sisa kitar semula yang terpilih.


Sisa kitar semula ini kemudiannya akan dinilai dan nilai mata ganjaran yang bersesuaian akan diberikan. Semakin banyak sisa kitar semula yang diserahkan, semakin banyak nilai mata ganjaran yang diperolehi.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd, Dr Uzir Abdul Malik berkata bahawa mata ganjaran yang terkumpul kemudiannya boleh digunakan untuk menebus produk ataupun baucar membeli-belah di pasar raya yang tertentu. Nilai bagi setiap mata ganjaran adalah bersamaan dengan RM0.05.





Kredit Foto: Pixabay




Menarik, bukan? Tetapi, apa yang boleh dikitar semula?

Tambah beliau lagi, terdapat 35 pilihan sisa kitar semula yang diterima oleh program ini. Manakala, menurut laporan The Star, tayar, perkakas elektronik, malah minyak masak terpakai pun boleh dikitar semula!

Menurut laporan Bernama lagi, program ini merupakan satu kerjasama bersama syarikat iCYCLE Sdn Bhd. yang ditubuhkan oleh Fakulti Kejuruteraan, Universiti Multimedia.





Kredit Foto: Laman sesawang iCYCLE




Sebagai permulaan, program ini dilaksanakan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kini, program ini diperluaskan ke negeri-negeri lain dengan menambah beberapa lagi pusat pengumpulan sisa kitar semula baru di lokasi-lokasi terpilih.

Bagaimana cara nak menyertai program KITAR3cycle ini?


Pertama, kenalah ambil tahu di mana lokasi pusat pengumpulan sisa kitar semula program KITAR3cycle ini. Maklumat ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang iCYCLE di https://www.icycle-global.com/.

Kedua, muat turun aplikasi KITAR3cycle menerusi Google Play App atau Apple App Store.





Kredit Foto: iTunes App Store




Ketiga, daftar sebagai pengguna aplikasi tersebut dan anda akan diberikan pelekat kod bar unik yang perlu ditampal pada plastik yang memuatkan sisa kitar semula anda. Kemudian, serahkan sisa kitar semula itu di pusat pengumpulan sisa kitar semula yang berdekatan.

Keempat, periksa nilai mata ganjaran anda di aplikasi KITAR3cycle dan gunakan nilai terkumpul untuk melakukan apa-apa penebusan!

Nampak macam mudah. Layari laman sesawang iCYCLE untuk maklumat lanjut.



Kredit Foto: Laman sesawang iCYCLE




Bagaimana? Alang-alang menyeluk pekasam! Sambil-sambil kitar semula sisa kediaman sendiri, dapat berbudi kepada alam dan bolehlah tebus sekali baucar membeli-belah! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2019 06:52 AM | Show all posts
Langkah yang bagus untuk penduduk moden. Tapi kalau di kampung?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035891 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list