Bila duk scroll kat ig Shaarin Razali, habes diluah segala cerita yang tidak didedahkan kepada umum kenapa blackrose berpecah, mengapa persembahan Penantian di final AJL bertaraf funfair dan apa terjadi sebenarnya sesama anggota kumpulan rock itu.
UPDATED KEMASKINI 12/3/2021
Youtuber tempatan, Daeng Hasri yang kerap memberi review tentang kumpulan rock legenda memuat naik video ekslusif tentang kisah disebalik tabir kumpulan Blackrose yang kononnya dikatakan tidak tahu bermain muzik. Mereka menyangka apabila menandatangani kontrak dengan BMG selaku label bertaraf antarabangsa. Mereka akan lebih diberi kebebasan berkarya dari segi masa, tenaga dan wang tetapi semuanya hanya ilusi.
Vokalis asal kumpulan ini Bad ditolak dari posisi vokalis dan digantikan oleh Ajin kerana vokalnya yang keras dan tidak sesuai membawakan lenggok melayu dalam album yang diproduksi oleh Zulkif Headwind. Tindakan pihak label yang membelakangkan identiti muzik glam rock Blackrose yang mirip kumpulan Poison dan Gun N Roses ini menjadi punca mengapa mereka kurang senang dengan output ini. Tambahan pula mereka sudah mencipta lagu-lagu sendiri tetapi diubah suai oleh Produser semata-mata untuk 'memelayukan' lagu tersebut.
Kumpulan yang terdiri daripada 4 sekawan iaitu Bad, Mario, Jepp dan Shahrin ini kemudian tinggal 3 apabila Bad memilih untuk mengundur diri. Man (Etika) masuk di posisi gitar utama, Ajin pula asalnya seorang drummer kumpulan Wizards dipilih sebagai vokalis baru. Ini seperti apa yang diterangkan Shahrin dalam posting IG nya dulu satu kumpulan tetapi memiliki 2 puak, masing-masing tidak bercakap dengan yang lain.
Post time 30-3-2019 04:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Memangla...sah2 dah nak seronok2 takyah la masuk industri...masa tu semua org tau korang jual muka jer...merosakkan industri...
Gersang pun org tak suka sebab jual muka dan imej...tapi dorang boleh main muzik...dan boleh tahan hebat jugak...kid,jojet,acis...nama2 besar jugak sekarang...lepas kuar dr gersang baru nama naik sbb gersang dah dicontrol supaya berimej camtu...ini dah pecah pun berterabur...lagi mau sembang suci
shaarin rasanya dah 3 kali kawen. bini fes tak tau. tapi time kawen dgn yasmin dulu anak2 dia dah 20an dah. mungkin dah bercucu agaknya. umur dia pun rasanya 55 gitu
Post time 30-3-2019 05:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
fadz84 replied at 30-3-2019 04:51 PM
tp untung jgk dorg ni sbb dpt lagu Penantian tu.. legend lagu tu.. antara masterpiece awal ciptaan ...
Nasib baik dan bersyukur lah dapat lagu best itu pun dok mengomel lagi kat recording company nak release lagu yg ditulis dan dicompose sendiri, gerenti tak sedap.. Hahaha.. Kalau tak kerana lagu Penantian, sampai ke harini orang tak tau akan kewujudan band ni..
Post time 30-3-2019 05:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Busuk cemana pon persembahan meka masa tu, 50 kali ganda jauh lebih helok daripada persembahan vokal bbnu sekarang terutama bila masuk AJL yang sumbang sana sini tak masuk suara penyek leper.
Post time 30-3-2019 05:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 30-3-2019 05:16 PM
Busuk cemana pon persembahan meka masa tu, 50 kali ganda jauh lebih helok daripada persembahan vokal ...
Setuju! Sound mungkin tak la best sangat especially gitar solo..tapi vokal jauh bertiang lagi bagus dari khai bahar, dik qiqie mahupun aiman tino.. if mereka dilahirkan zaman BBNU, boleh menang ni