CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4979|Reply: 24

Arenawati Sasterawan negara

[Copy link]
Post time 24-4-2019 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Arenawati sang penulis yg sangat dekat di hati saya. Tulisan-tulisan beliau sentiasa membuat saya hanyut bersama-sama penceritaan beliau.

Seringkali penulisan beliau berlatarkan laut, kampung-kampung dan tanah kelahiran beliau Indonesia.

Here introducing to u guys one of most prolific writer in Malaysia, humble n x banyak kerenah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2019 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dilahirkan sebagai Muhammad Dahlan Abdul Baing (or Andi Mohammad Dahlan Andi Buyung) (30 July 1925 – 25 January 2009), dan mengunakan nama pena Arena Wati.

Di isytihar sebagai sasterawan negara pada tahun 1988. Beliau juga pernah mengunakan nama pena Duta Muda dan Patria.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulisan seterusnya saya petik dari blog
http ://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4937


MUHAMMAD BIN ABDUL BIANG @ Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung atau nama penanya Arena Wati, Duta Muda dan Patria dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupatan, Jeneponto, Makassar, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Hollands Indische School (HIS), iaitu sebuah sekolah Belanda di Makasar, kemudian di Meer Uigebreid Lager Onderwijs (MULO) dan Hoogere Burger School (HBS) yang diteruskan semasa beliau menjadi pelaut.

Beliau dapat menamatkan pengajiannya di Sekolah Menengah Atas, Makasar pada tahun 1953 selepas terhenti semasa perang meletus. Kehidupan beliau sebagai pelaut bermula pada tahun 1945 di bawah pimpinan Kapten Muhammad, Kapten Affandi dan Kapten Mukmin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman kerjaya Arena Wati bermula sebagai kelasi kapal, sidang penerbitan majalah dan akhbar di Harmy dan Royal Press di Singapura, Penerbitan Melayu Ltd. Johor Bahru, Percetakan Light di Brunei, Pustaka Antara Kuala Lumpur, pegawai penyelidik di Yayasan Sabah, Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia (1985-1989) dan di Dewan Bahasa dan Pustaka (1989-1990), fellow di pelbagai universiti antarabangsa seperti di Universiti Cornell, Amerika Syarikat (1983-1984), di Universiti Leiden (Februari – Jun 1984), dan di Universiti Kyoto, Jepun (Julai 1984 – Januari 1985).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Arena Wati menelusur dunia penulisan dengan menghasilkan novel, cerpen, puisi dan wacana yang mencakupi pelbagai ilmu tentang kehidupan. Beliau melontarkan idea, menyuarakan pandangan dan membangkitkan kelesuan berasaskan pena di tangan dan lembaran kertas. Ketika itu lahirlah karya beliau berjudul Kisah Tiga Pelayaran yang diterbitkan di Singapura pada Tahun 1959.

Kerjaya awalnya dalam bidang penerbitan bermula apabila bertugas sebagai editor (Oktober 1954-Oktober 1957) bagi majalah-majalah terbitan Royal Press seperti Hiboran dan Hiboran Filem dan Harmy di Singapura. Kemudian Arena Wati menjawat jawatan Timbalan Pengurus Percetakan Penerbit Melayu Limited (November 1957-Julai 1961) di Johor Bahru dan seterusnya bertugas sebagai editor di Pustaka Antara Kuala Lumpur selama 12 tahun (Oktober 1962-Januari 1974).

Gambar: cover kisah tiga pelayaran. Yg ditulis dlm  tulisan jawi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 24-4-2019 07:02 AM

Pengalamannya yang luar biasa sebagai pelaut banyak memberinya ilham dalam berkarya dan meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam bidang penulisan khasnya untuk menghasilkan novel dan cerpen yang baik.

Kerjaya beliau di laut lepas bermula sebagai kerani muatan dan kewangan perahu penisi (Mei 1942-April 1943) yang berpangkalan di Singapura seterusnya menjadi nakhoda (Mei 1943-Ogos 1945).

Kemudian beliau bertugas sebagai taikong kapal kayu (Januari 1946-Mei 1948), jurumudi (Jun 1948-April 1950) dan nakhoda panisi di sekitar perairan Sulawesi-Makasar yang berpangkalan di Makasar. Kerjaya terakhir beliau di lautan ialah sebagai Pegawai Perancang Harian Dinas Angkutan Angkatan Darat Teritorium VII (Januari 1952-Jun 1954) di Makasar yang mengelola pengiriman pasukan dan logistik dari Makasar ke seluruh Sulawesi, Bali, Kalimantan Timur, Nusa Tenggara, Maluku Selatan dan Maluku Utara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2019 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada 1974, Arena Wati yang telah pun menjadi rakyat Malaysia, ditawarkan pekerjaan sebagai Pegawai Penyelidik, merangkap Ketua Jabatan Perancangan dan Penyelidikan di Yayasan Sabah. Jawatan ini disandangnya selama 12 tahun.  Di Yayasan Sabah, beliau telah membangunkan sebuah perpustakaan yang kini boleh dianggap sebagai sebuah perpustakaan umum yang cukup baik di Sabah.  

Ketika bekerja di Yayasan Sabah ini, beliau telah diberikan fellowship untuk menjalankan penyelidikan di Amerika Syarikat, Holland dan Jepun antara Ogos 1983 hingga Januari 1984.  Dalam rangka menjalankan penyelidikannya ini, beliau telah dilantik menjadi Felo oleh Universiti Cornell di Amerika Syarikat, Universiti Leiden di Holland, dan Universiti Kyoto di Jepun. Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya, dan pandangan dunianya menjadi lebih terbuka sehingga menjadikannya seorang sasterawan Melayu yang mempunyai sudut pandangan global dan universal.

Hasil daripada pengalamannya di Universiti Cornell, Leiden dan Kyoto ini telah lahir tiga buah novel yang memaparkan pandangan seorang Melayu dari dunia Timur terhadap pelbagai peristiwa di Amerika Syarikat, Holland dan Jepun.

Gambar hiasan semata. Kota Ujung Padang (nama asal Makassar)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat novel novel arenawati.. Susah lah nak dpt skrg novel dia lagi.. Cari x jumpa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 24-4-2019 09:07 AM
Suka sangat novel novel arenawati.. Susah lah nak dpt skrg novel dia lagi.. Cari x jumpa..

Contact DBP. DBP sll ade edisi sasterawan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kendatipun pergi, tetap karyanya disanjung
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu time skola pernah la baca antologi cerpen dia...antara dua deru..
weh la...balik lg nnt kena cari balik buku dia..
dulu ske sgt baca cerpen sbb walaupun pendek tp kita terkesan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu baca antologi cerpen beliau sewaktu di sekolah menengah. I antara pelajar yang suka baca dari tulisan sasterawan negara..arenawati, a samad said, usman awang, pak sako..pada I ini semua khazanah. Banyak baca dulu sampai lupa nama pena mereka, tapi sayangnya buku buku macam ni dah tiada di perpustakaan sekolah sekarang. Dah 3 4 sekolah I pergi, kurang bahan bacaan begini. Terkejutnya novel novel cinta pulak yang memenuhi ruangan malaysiana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 05:23 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-4-2019 09:11 AM
Contact DBP. DBP sll ade edisi sasterawan negara.

serius laa mak Nora..tolong iols..iols gila kan novel dia..yg meols ada cuma SANDERA.nak sangat jadikan koleksi novel eg:ROYAN,RONTOK (sedih giler citer ni pasal pendatang Islam Moro di Sabah)dan paling iols nak beli is ENDA GULINGKU (kisah hidup beliau)..mcm mana nak contact DBP..penah g website,,tapi novel2 arenawati..nan hado..mak Nora ada contact ke..share..PM plse
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 24-4-2019 05:23 PM
serius laa mak Nora..tolong iols..iols gila kan novel dia..yg meols ada cuma SANDERA.nak sangat ja ...

Nanti mak nora cari. I have 80% of hsi book. Beli dr zmn sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:45 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 24-4-2019 05:24 PM
Nanti mak nora cari. I have 80% of hsi book. Beli dr zmn sekolah

sayaaaang mak..nnti saya tranfer duit..haahh dah lama benar saya cari..
tinggi2 si matahari
anak kerbau mati tertambah (ruginya..mahal tu! kerbau)
dah lama saya mencari
baru kini saya mendapat..chewahhhh!joget jgn x joget..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:48 AM | Show all posts
isseliparjepun replied at 24-4-2019 01:58 PM
Selalu baca antologi cerpen beliau sewaktu di sekolah menengah. I antara pelajar yang suka baca dari ...

aziz jahpin,shahnon ahmad,abdullah hussain,azizi abdullah,fatimah busu (sila baca novel beliau tajuk :laut bukan biru 1,laut bukan biru 2,laut bukan biru 3..nangis wehhhh..dan nama2 besar yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 25-4-2019 11:48 AM
aziz jahpin,shahnon ahmad,abdullah hussain,azizi abdullah,fatimah busu (sila baca novel beliau taj ...

Yaa...shahnon ahmad.. tak ramai rasanya generasi y suka genre genre begini. I baca Adik Datang dari A Samad Said..pun sedih. Hujung hujung menitik jgak air mata. Dulu masa form 3 gigih baca Lepaskan Aku Kelaut. Tapi tak dapat habiskan sampai siri ke 2 ke 3..sebab pindah sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 01:24 PM | Show all posts
isseliparjepun replied at 25-4-2019 01:21 PM
Yaa...shahnon ahmad.. tak ramai rasanya generasi y suka genre genre begini. I baca Adik Datang dar ...

not to mentioend Ranjau Sepanjang Jalan..ya Allah masa kecik2 I baca,,siap nangis giler2..I rasa diri I jadi Jeha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 25-4-2019 11:45 AM
sayaaaang mak..nnti saya tranfer duit..haahh dah lama benar saya cari..
tinggi2 si matahari
ana ...

Jangan la transfer duit kt mak noks. Smlm search kt dbp website buku kajian je yg ade. Kena call la gayanye
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 02:13 PM | Show all posts
puteribaya replied at 25-4-2019 11:48 AM
aziz jahpin,shahnon ahmad,abdullah hussain,azizi abdullah,fatimah busu (sila baca novel beliau taj ...

Best ya novel melayu. Nanti nak try baca. Saya suka kalau yang boleh menangis.

Cuba baca novel Khalid Hosseini, tentang Afganistan. Menangis sampai bengkak mata.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.111040 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list