Bagi yang masih keliru dengan jadual cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri akan datang, boleh rujuk kepada takwim yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cuti sekolah pertengahan tahun bagi kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu jatuh pada 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019.
Manakala, cuti sekolah pertengahan tahun bagi negeri lain bermula 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.
 Kredit foto: Kementerian Pendidikan Malaysia
Sementara itu, Kementerian Pendidikan memperuntukkan 9 Jun 2019 dan 10 Jun 2019 sebagai Cuti Perayaan. - CARI |