CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17481|Reply: 95

[Idea] TERAPI MINDA...

[Copy link]
Post time 26-6-2019 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Ada yang terapi begini kan termasuk saya...menuai hasil memang best apa lagi terapi mata @ minda selain ini?

Terapi mata, minda


            


Share
            

Tweet
            

Share









   Yusliza Yakimir Abd Talib
[email protected]



Ruang tanah yang terhad atau halaman rumah diliputi tar bukan halangan untuk Siti Salasiah Taslim menggunakan kreativiti tersendiri untuk memenuhkan ruang itu dengan pelbagai tanaman.

Malah wanita berusia 43 tahun ini bijak menggunakan ruang yang ada dengan kaedah penanaman hidroponik memandangkan kawasan rumah yang tidak bertanah.

Mula menanam minat dalam hobi berkebun ini sejak tiga tahun lalu, Siti Salasiah bermula dengan menanam pokok daun sup selepas anak kecilnya mula makan dan menggemari sup.

Katanya, hidangan sup yang dibuat wajib ditabur daun itu dan dia semakin seronok menanam tumbuhan itu lebih-lebih lagi tanaman itu boleh dipetik segar jika mahu memasukkannya ke dalam masakan.

Selain itu katanya, dia juga mula menanam sayuran seperti sawi, tomato, aneka jenis cili, bayam Brazil, kunyit, kesum, limau purut dan kucai selain ulam-ulaman seperti selom dan ulam raja.

“Bagi saya, hobi menanam ini sangat bagus bukan saja dari segi ekonomi terutama buat suri rumah kerana dapat berjimat, tidak perlu membeli sayur malah ia sebagai terapi mata dan minda.

“Saya dapat kepuasan dan berasa tenang dengan hanya melihat pokok cili yang membuahkan hasilnya selain perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila melihat tanaman subur.

“Selain itu, hobi ini bagus untuk anak yang gemarkan gajet. Apabila kita menunjukkan contoh yang baik, ia akan mempengaruhi minda anak. Saya dedahkan anak-anak dengan pokok, tanah, siput, cacing dan ulat. Saya rasakan inilah masanya untuk mendidik mereka mengenal alam sekitar kerana ramai anak zaman ini yang tidak tahu pun bentuk dan jenis pokok,” katanya.

Wanita yang menetap di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor ini juga berkata, hasil tanamannya itu digunakan sendiri dan sering memberinya kepada jiran tetangga untuk merasainya bersama-sama.

Dia juga jarang menjual anak pokok. Jika ada yang meminta, dia hanya memberikannya secara percuma.

Baginya, dia cukup bertuah kerana suami dan anak lelakinya banyak membantu membina rak dan batang paip kerana ruang kosong di rumahnya sudah diratakan dengan tar dan dia perlu menanamnya secara hidroponik dalam polibeg.

“Banyak juga kumpulan menanam yang saya sertai di laman sosial untuk berkongsi pengalaman dan maklumat. Antaranya kumpulan kebun Qonita Sofea, Group Kebun Kecil, Group Kebun Bandar dan Kebun Kampung Tanam Sendiri.

“Bagi yang menanam secara hidroponik, pastikan tiada jentik-jentik dan botol ditutup rapi dengan pita pelekat selain sentiasa membersihkan kawasan persekitaran. Kita juga perlu rajin menyiram, membaja dan membersihkan kebun,” katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 02:06 PM | Show all posts
Edited by Watermelon786 at 26-6-2019 02:10 PM

Mari Mewarna!

Tahukah anda mewarna juga adalah satu terapi untuk minda

Berikut adalah antara faedah mewarna bagi orang dewasa.

1. Kurangkan Stress
2. Melatih Minda
3. Meditasi Kreativiti
4. Mengelakkan Pemikiran Negatif
5. Memberi Ketenangan
6. Meningkatkan Daya Fokus
7. Menguatkan Minda


Terdapat banyak buku dipasaran untuk menarik minat orang dewasa untuk mewarna. Antara yang popular adalah Enchanted Forest Coloring Book.



Cubalah! Ia adalah hobi mudah yang memberi terapi kepada minda kita!



Sumber gambar dari : https://kandmcommunities.com/2015/05/13/mindful-colouring/



Sumber gambar dari :http://herneenazir.com/2017/06/09/mewarna-terapi-minda/



Sumber gambar : https://www.pinterest.com/pin/523473156673268369/




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 03:59 PM | Show all posts
Terapi orang have-have

Ketahui Hobi-Hobi Orang Kaya Yang Anda Mungkin Tidak Mampu Lakukan.Tweet

PENULISEditor Majalah Niaga


Kalau dah namanya orang kaya, mereka boleh berbuat apa sahaja kerana mereka memiliki segalanya.
Kalau kita berhempas pulas fikir macam mana nak jimatkan duit, mereka pening kepala fikir bagaimana nak habiskan duit yang berkepuk-kepuk dan menghilangkan kebosanan.
Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh orang kaya sebagai hobi mereka saban minggu yang mungkin jarang dan mampu kita lakukan kerana melibatkan kos yang tinggi.
#1-Belayar Dengan Kapal Peribadi.
Kita biasa dengar yang orang kaya suka berlayar menaiki kapal-kapal ‘cruise’ yang besar. Ramai juga yang suka berlayar dengan cara yang lebih lasak iaitu dengan menaiki kapal layar peribadi.
Cara ini lebih menarik dan sesuai untuk golongan kaya yang mementingkan privasi. Untuk lebih mencabar ada yang melayarkan kapal mereka sendiri.
Tetapi kebanyakkannya telah membeli kapal besar dengan peralatan yang lengkap beserta kapten dan krew kapal sekali. Jadi, jika mereka ini tidak tahu cara untuk berlayar sendiri, mereka masih boleh berlayar sambil berehat dengan santai.
Untuk aktiviti ini, jika anda tidak memiliki bot peribadi sendiri,anda perlukan hampir RM 20,000 sehari untuk menyewa bot seperti mereka ini. Manakala untuk membelinya pula, anda memerlukan puluhan juta ringgit.
#2-Sukan Polo
Walaupun kita tidak bermain permainan ini namun, apabila mendengar sukan polo, kita tahu yang ini adalah salah satu sukan aristokrat yang disukai oleh golongan bangsawan sejak dahulu.
Tidak hairanlah walaupun tidak biasa bermain polo, namu jenama fesyen yang menggunakan polo sebagai jenama ini disukai ramai. Melibatkan kuda sebagai sebahagian daripada permainan, hobi ini memerkukan wang yang banyak.
Untuk menjadi ahli kelab polo di luar negara, anda hendak membayar yuran tahunan sebanyak RM 12,000.
Ini hanya yuran keahlian, tidak termasuk dengan kos membeli kuda yang kadar minimum sahaja boleh mencecah ratusan ribu.
#3-Memburu Haiwan.
Mungkin kedengaran agak jarang dilakukan orang biasa pada zaman moden ini akan tetapi hobi ini semakin popular dalam kalangan bangsawan.
Mungkin kedengaran agak kejam, tetapi mereka memburu haiwan-haiwan yang besar dan mencabar untuk diburu seperti singa, gajah, rusa dan lain-lain lagi.
Walaupun ada yang menganggapnya sebagai hobi yang membazir dan disifatkan menganiaya haiwan oleh pencinta haiwan dan NGO, aktiviti ini semakin disukai oleh golongan kaya.  Direkodkan, ada aktiviti memburu ini mencecah satu juta untuk sekali ekspedisi.
#4-Memelihara Haiwan Eksotik.
Bagi sesetengah jutawan, memiliki kucing atau anjing adalah perkara biasa. Jadi, mereka mahu lebih daripada itu, jadi mereka memilih haiwan eksotik.
Mereka gemar dengan anak harimau bintang, anak singa, kucing liar, haiwan kacukan dan lain-lain lagi. Mereka menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membelinya dan dan ribuan ringgit setiap bulan untuk menjaganya dengan baik.
#5-Mengumpul Koleksi Barangan Antik.
Hobi mengumpul brangan antik sudah biasa kita dengar dari dahulu. Mungkin kita tidak perlu menjadi kaya untuk mula mengumpul barangan antik seperti ini.
Akan tetapi, kebanyakkan orang kaya tidak membeli barangan antik di jualan garaj dan sebagainya sebaliknya mereka menghadiri majlis lelongan khas dengan tujuan untuk membida dengan harga mahal.
Barangan antik yang mereka beli menandakan mereka berjaya membidanya pada harga yang paling mahal berbanding yang lain.
Mereka yang mempunyai hobi ini boleh sahaja menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk membeli sesuatu barangan yang mungkin bernilai tidak melebihi RM 5 pada waktu lalu hanya kerana hayatnya.
#6- Memandu Belon Udara Panas.
Antara hobi jutawan seperti Richard Branson adalah menaiki belon udara panas. Kita mungkin pernah menaiki belon udara panas walaupun untuk sekali.
Di Putrajaya ada menyediakan perkhidmatan ini untuk harga bawah seratus tetapi hanya untuk seketika.
Golongan kaya tidak hanya menghabiskan masa untuk berada di udara untuk seketika akan tetapi mereka menghabiskan ribuan ringgit untuk mempelajari bagaimana untuk menerbangkan belon udara ini dengan sendiri.
Untuk memiliki belon udara panas ini, anda harus menghabiskan kira-kira 100,000 ribu ringgit.
#7-Mengumpul Koleksi Seni.
Seperti yang kita tonton dalam drama, orang-orang kaya gemar akan produk kesenian. Mereka bukan sahaja suka berkunjung ke galeri, malahan mereka gemar membelinya untuk dijadikan perhiasan atau koleksi.
Mereka tidak kisah berbelanja puluhan dan ratusan juta ringgit untuk sekeping lukisan yang mereka hargai.
#8-Bermain Golf.
Sebut sahaja golf, semua orang tahu permainan ini walaupun tidak pernah bermainnya. Sukan ini menjadi antara hobi wajib untuk golongan kaya.
Mereka menjadikan aktiviti ini bukan sahaja untuk mengisi masa lapang, malahan sebagai acara selingan untuk berbincang dan ‘networking’.
Banyak wang akan dihabiskan untuk membeli peralatan, caj tempat bermain, yuran ahli kelab tahunan dan tidak lupa juga, tip untuk si ‘caddy’.
Mungkin aktiviti ini kelihatan membosankan akan tetapi, permainan ini agak mencabar sebenarnya bagi mereka yang memahaminya.
Bersempena dengan sukan SEA yang ke-29, anda boleh melihat atlet dari negara ASEAN beraksi secara percuma di Mines Golf Resort bermula dari 22-30 Ogos ini. Peluang terbaik untuk anda untuk mula berjinak-jinak dalam sukan wajib orang kaya ini.




Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka dgr acoustics version untuk lagu2 yg sedap. Soothing!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terapi minda iols mudah je. Cara iols ialah tido. Hahahaha. Tido yang cukop tu memang terapi minda iols. Kalau tak tido memang iols murung okay.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Terapi minda. Opening acoustic song pastu susun barang mengikut gaya minimalis marie kondo.
Pastikan anak tidur dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Terapi iols bukak air asia tengok tiket murmur nak pg bercuti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
My terapi minda adalah memasak dan diy. Mmg happy betul kalau dapat memasak utk org lain makan dan jadikan barang terpakai tu something yg useable. Paling happy, niat utk terapi minda akhirnya dapat menjana punca pendapatan sampingan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
my terapi minda kalau stress sgt i drive pergi mana-mana tasik and dduk termenung.. bahahahha.. tak pun i pergi hiking or msuk hutan or pergi sungai.. tengok keindahan alam minda i jd tenang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara i terapi minda..I suka tgk movie atau drama genre romantik komedi. Masa tgk cerita tu i akan rasa happy bila gelak2 tgk adegan kelakar, and rasa hati berbunga2 aje bila tgk part romantik, so hilang stress and i dah tak fikir da masalah bila da so into cerita yg i tgk tu. Bila happy, you tend to neutralize balik perasaan tertekan ke marah ke. So, laughter is the best medicine for me.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara iolss terapi minda antaranya i akan buka radio kuat2 time drive sorang2. Rase relief sangat. Tak pon pegi windo shopping sorg2. Kalau ada duit lebih shopping lah kalau tak cuci mata sajorkkk. And last but not least. Terapi minda paling menghiburkan setakat ni haruslah tengok running man. Wehhhhhuuu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka kemas bilik..tukar cadar..ubah kedudukan..vacuum..susun cantik2..once done,bila tengok dgn sendirinya akan rasa tenang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Terapi minda I sekarang layan drama or muvi..esp cerita light2 n comedy sikit. And sambil2 hirup kopi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Terapi minda saya dengan melayan movie dan tido..dengan melayan movie saya boleh lupakan sekejap stress sesuatu perkara.sbb mmg saya movie junkie.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mine online shopping. Tp lebih banyak masuk cart dari membeli.
Port selalu lepas shopee.sbb daily check in boleh collect point. Tapi shopee ada limit cart x boleh lebih 200 seller (tak silapnya)

Lagi satu kalau dpt layan hgtv tgk before and after renovation pun dah rasa heaven sbb most of the times tv anak2 yg concur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetapi minda bg kaka adalah dgn me lihat buku resepi, kaka ada pelbagai buku resepi tp xde pun nk mencuba bila memsk tp kaka cukup rs bahagia bila tgk buku resepi, terasa tenang aje minda ni dan kepala yg serabut tu rs aman2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengecat ‘stencils’ dinding bilik sendiri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Terapi minda saya adalah bersihkan rumah. Ambik mood bersihkan rumah dengan tgk rancangan kat online. Salah satu rancangan yg best adalah obsessive compulsive cleaner. Dorng ada penyakit takutkan germs dlm rumah. Terus bertambah2 semangat nk bersihkan rumah lps tgk rancangan tu. mood pun terus x jadi down kuikuikuikui

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 12:34 PM | Show all posts
Terapi minda untuk i adalah bercuti atau staycation. After a long hectic weekday, at least once weekend each month i will go for staycation. Nearby and mostly in KL. I akan puas hati dan tenang bila tengok kecantikan senibina dan bangunan lebih2 lagi hotel yang ada lobi, garden, coffee house yang cantik dan besar.

Rasa mcm penat lelah tu hilang bila dapat rest dalam bilik yang cantik, katil empuk, breakfast yang mewah dan sedap pastu pergi spa atau gi saloon kat dalam hotel. And of course layanan tiptop kita relek je tak payah runsing.

Selalu the morning after weekend tu mesti rasa semangat dan segar baik dari segi tubuh badan malahan minda jugak.

Itulah terapi minda bagi I.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilih cerita comedy dan tanam pokok dalam pasu untuk terapi minda. Dah tak nak stress risau tambah bebanan dalam kepala jadi penyakit.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.145096 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list