“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana bagi keputusan yang benar. Terima kasih atas doa rakyat Malaysia."
Itulah yang diungkapkan oleh bapa kepada Zulfarhan Osman, iaitu Zulkarnain Idrus, 55.
Media melaporkan hari ini mahkamah memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri bagi kes kematian Zulfarhan.
Kredit foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, bapa mangsa, Zulkarnain yang ditemui dilihat menangis hiba dan juga sujud syukur dengan keputusan mahkamah.
Di samping itu, ibu mangsa turut tidak dapat menahan sebak dan berharap tertuduh mendapat hukuman setimpal.
“Syukur atas Ilahi. Doa kami dimakbulkan Allah supaya pesalah mendapat pembalasan.
“Pemergian Zulfarhan masih terasa, setiap malam saya akan mendengar suaranya. Bila raya lagi rasa dia tak ada. Saya tak akan lupakan arwah,” katanya. - CARI |