Macam mana boleh dijemput tu?
Rupa-rupanya, keletah comel anak-anak Tomok mendedikasikan lagu sambutan hari lahir sambutan hari lahir keputeraan Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapat perhatian Tunku Azizah.
Selain memuji kecomelan Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, Tuanku Azizah juga mempelawa mereka untuk masuk menghadap ke Istana Negara.
Foto: Twitter
Di ruangan komen, Tomok memaklumkan anak-anaknya teruja dengan jemputan daripada baginda.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Tomok tidak menyangka video berkenaan mendapat perhatian Istana.
"Kalau betul dapat jemputan dari Istana, itu rezeki anak-anak.
“Anak-anak belum tahu lagi mengenai jemputan itu (dari Twitter), dapat jemputan rasmi nanti barulah saya beritahu mereka.
“Saya tidak mahu anak-anak menaruh harapan terlalu tinggi, manalah tahu kalau tidak jadi,” katanya.
Foto: Twitter/IG
Kata Tomok, dia tidak sangka ada pengikut yang 'tag' Tuanku Azizah pada video yang dirakam isterinya secara suka-suka itu.
Rezeki anak lah katakan. Tak sabar nak tengok keletah Tunku Azizah dan anak-anak Tomok. -
CARI