CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36925|Reply: 357

"Cuba Korang Perhatikan Ada Tak Adegan-Adegan Tipikal Berikut Dalam Drama M

[Copy link]
Post time 18-10-2019 05:43 PM | Show all posts |Read mode









Bagi anda yang kerap menonton drama Melayu, anda pasti bakal menemukan adegan-adegan tipikal berikut dalam kebanyakan drama Melayu dahulu mahupun sekarang. Biarpun tidak semua drama Melayu mempunyai adegan tipikal berikut namun apabila adegan yang sama diulang-ulang  menyebabkan penonton jemu.


Selain itu, ia menyebabkan penonton dapat meneka jalan cerita yang bakal terjadi serta beberapa adegan yang tidak perlu sama sekali kerana ia hanya membazirkan waktu siaran.


Adegan makan-makan



Adegan makan wajib ada dalam drama Melayu. Asalkan jangan korang gaduh depan rezeki /tak makan sudah- Gambar hiasan dari Google




Oh, adegan makan-makan adalah babak wajib dalam setiap drama Melayu. Selain memaparkan watak-watak drama sedang makan di restoran mahupun di rumah, namun apa yang paling menjengkelkan, penonton juga sering dipaparkan  dengan adegan watak drama  yang menolak untuk makan makanan yang sudah sedia terhidang dengan alasan sudah kenyang atau sudah terlewat ke tempat kerja.



Pernah tak anda tertanya-tanya siapakah yang akan menghabiskan semua makanan tersebut sedangkan watak watak berasal dari keluarga kecil? Haish, membazir betul!



Adegan watak bersama kenderaan yang dinaiki


Toyota Vellfire yng dipandu oleh watak utama dalam drama Pujaan Hati Kanda Foto-Google




Watak utama sering dipaparkan memandu kenderaan sendiri walau tinggal di bandar besar sedangkan dia adalah golongan marhein yang bekerja biasa sahaja. Mengapa tidak memilh pengangkutan awam yang tersedia? Jarang-jarang dipaparkan watak utama menaiki keretapi ataupun bas untuk ke tempat kerja.


Manakala, watak utama yang dari golongan kaya sudah tentu memandu kereta sport mewah bagi golongan muda dan bagi yang berpangkat  Datuk dan CEO sudah tentu dipandu oleh pemandu peribadi dengan BMW atau Mercedes Benz.



Adegan memandu laju bila frust dan akhirnya kemalangan

Ha ni lagi satu! Selalunya, watak utama atau watak antagonis yang bengang selepas bergaduh akan terus memandu laju tak ingat dunia entah nak ke mana  dan akhirnya bila tiba di selekoh kereta yang dipandu  pun terbabas dan terbalik.



Akhirnya, watak tersebut akan mati ataupun kalau masih hidup pasti akan hilang ingatan atau lebih tragis menjadi lumpuh.




Adegan watak perempuan naif diserang watak antagonis






Ini sering terjadi apabila berlakunya perebutan lelaki antara dua wanita sehingga menyebabkan wanita yang naïf diserang oleh watak  antagonis dan selalunya dipaparkan sebagai seorang wanita yang gedik. Pastinya ia menyebabkan penonton menyampah.


Hakikatnya inilah drama Melayu. Formula dan template yang sama diulang-ulang sehingga menghasilkan lambakan drama tidak berkualiti. Adakah anda bersetuju dengan adegan-adegan tipikal yang disenaraikan di atas? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg akan habiskn makanan tu crew la hahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu org kaya minum fresh oren dgn roti mak jah buat
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 19-10-2019 09:33 AM
Yg akan habiskn makanan tu crew la hahahaaa

Props very rarely yang matching.....contoh....pinggan mangkuk atas meja waktu makan..

Aku memang pantang...

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama/ filem melayu kalau takda scene menjerit melalak to the max...memang bukan filem/ drama melayu....

Camkimak....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau watak perempuan kampung mesti pakai baju kurung atau kain batik naik basikal keliling kampung.hellooo budak kampung sekarang pakai t shirt mango sendat jeans ketat tudung bawal ikat belakang dgn selipar tebal baling hanjing okehh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah lama x tgk drama melayu.. Hahaha.. Ada la dlm 5-6 tahun.. Aku kalau tau pun sbb clip2 kat ig
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Scene atas ranjang nak tidur...dgn tudung penuh ....only drama melayu khenn?

And worst, dgn 'suami' disebelah.....

Mana bangsa melayu kadar perceraian tak tinggi?

Kah kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 09:44 AM
Aku dah lama x tgk drama melayu.. Hahaha.. Ada la dlm 5-6 tahun.. Aku kalau tau pun sbb clip2 kat ig

You are not missing anything...not too worry....anyway takda soklan kubur berlatarbelakangkan programs kt tv atau filem dipanggung....

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
seulgi replied at 19-10-2019 09:44 AM
Kalau watak perempuan kampung mesti pakai baju kurung atau kain batik naik basikal keliling kampung. ...

Apa kelas basikal capuk?...sekarang e scooter la...

Kah kah kah

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger79 replied at 19-10-2019 09:45 AM
Scene atas ranjang nak tidur...dgn tudung penuh ....only drama melayu khenn?

And worst, dgn 'suam ...

Nk tdo make up tebal.
X boleh ke scene mcm tu xyah makeup
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dating lak manjang g makan kt restoren mewah / hipster. Bosan hokeyh! G la dating kt zoo ke, garden ke, theme park ke... ni manjang la g makan x pun g shopping mall.

Selain tu, paling rengsa bila watak fresh grad baru dpt kerja tp duk kt rumah yg fully furnished. Dasar x wt homework. In reality diorg duk rumah yg ada basic furniture je. Kadang2 makan pun bersila atas lantai.

Nyampah dgn drama Melayu yg manjang pasal cinta dgn org kaya, rebut harta & anak derhaka. Wt la drama ala2 CSI ke, detective ke, drama epic pasal zaman dulu2 ke... Baru la ada kelainan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger79 replied at 19-10-2019 09:51 AM
You are not missing anything...not too worry....anyway takda soklan kubur berlatarbelakangkan prog ...

Sapa ckp soalan kubur ada kaitan dgn drama TV..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mamasaffiya replied at 19-10-2019 09:54 AM
Nk tdo make up tebal.
X boleh ke scene mcm tu xyah makeup

Even waktu solat pn mekap chuols. Waddafish sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 19-10-2019 09:55 AM
Kalau dating lak manjang g makan kt restoren mewah / hipster. Bosan hokeyh! G la dating kt zoo ke, g ...

Ibarat kata nenek jiran sebelah rumah aku yang kt bukit antarabangsa........kalau kau nak tengok jenis mentaliti melayu yang ada dikalangan kita hari ini, you dont need to go further than watching the tv programmes...drama atau filem....

Khen?

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mamasaffiya replied at 19-10-2019 09:54 AM
Nk tdo make up tebal.
X boleh ke scene mcm tu xyah makeup

Nak date dgn laki dalam mimpi la tu khen?tu yang make up bertepek?

Kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 19-10-2019 09:57 AM
Even waktu solat pn mekap chuols. Waddafish sgt

Nak pi majlis sajork makeup? Nak ngadap tuhan, kenapa selekeh? Kata produksi....

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 09:56 AM
Sapa ckp soalan kubur ada kaitan dgn drama TV..

Ku baca ayat aku pakai hidung atau telinga?

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu ada  few benda yg aku cukup tak suka dlm flm melayu/drama. Iaitu watak lelaki bujang masuk rumah perempuan bujang mcm dlm istanbul aku dtg entah la mcm xde apa2. Bila pegang tgn antara couple walaupun sebenarnya tak ok. Sorry la aku ni ortodoks bab2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger79 replied at 19-10-2019 10:01 AM
Ku baca ayat aku pakai hidung atau telinga?

Kah kah kah

Tak.. Baca sambil menyampah.. Org komen lain.. Masuk dia komen lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.253013 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list