"Kalau benci pun, jangan sampai jadi batu api fitnah yang bukan-bukan. "
Kredit foto: IG
Pelakon Izreen Azminda memberi peringatan kepada semua yang berniat melaga-lagakan dirinya dengan pihak tertentu dipercayai bekas madunya, Intan Liana Saleh.
"Awas! Aku tak pernah post benda-benda mengarut ni di Instagram," tulisnya di Instagram.
Izreen Azminda Aznam, 34, ternyata tidak dapat bertahan lagi dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya akhirnya menyuarakan apa yang terbuku di hati selama ini.
Kredit foto: IG
Dia memutuskan untuk membuka mulut selepas ada pihak mendakwa dia kononnya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang dipercayai mengaitkan nama bekas madunya ketika live di Instagram.
Kredit foto: IG
Bersama entri itu, Izreen sertakan sekali paparan skrin perbualan dengan individu yang dikatakan cuba memfitnah dirinya.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
"Lepas ni kalau ada apa-apa lebih baik tanya tuan badan dulu sebelum 'sembur' apa-apa sebab kadang-kadang kita tak tahu ada yang sengaja nak laga-lagakan," ujarnya terkilan.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Sudah-sudahlah tu mengapi-apikan mereka. Berilah peluang Izreen tenang di samping suami dan anak. - CARI |