Kredit foto: Fb NuhuPessa Hik
Kek mentega merupakan antara kek yang mudah disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya ketika minum petang dengan secawan kopi 'O' atau teh 'O' panas. Asyikk!!
Kalau sesiapa yang rasa tak ada bakat untuk membakar kek, jangan risau! Kek mentega ni resepinya 'simple' dan sangat mudah untuk difahami.
Bahan-bahannya:
- 250 gram mentega
- 200 gram gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 230 gram tepung naik sendiri(ayak)
- 50 gram susu segar(ya..sukat guna gram)
- Esen vanila
Cara-caranya: -
1. Panaskan oven terlebih dahulu.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna kuning pucat.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
4. Masukkan setengah penutup esen pilihan. Resepi asal menggunakan esen vanilla milk.
5. Masukkan susu segar.
6. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan senduk sampai sebati.
7. Lengserkan loyang dengan sedikit mentega dan letakkan kertas minyak untuk elak kek dari melekat. Bakar api atas bawah pada suhu 160 darjah celsius (bergantung oven masing-masing).
Siap. Terbalikkan kek selepas siap. Sejukkan dahulu sebelum dipotong atau boleh juga dimakan semasa masih panas.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit Resepi - FB NunuPessa Hik |