Rasanya wanita ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dulu beliau pernah tular sebab didakwa berkerja sebagai PA Syed Saddiq. Kemudian tular pula kisah rumahtangga beliau bersama bekas suami.
Terkini, beliau jadi 'terkenal' sekali lagi gara-gara menunjuk bakat memasak di dapur pula. Melalui tweet menerusi Twitter, wanita yang dikenali dengan nama Cleopatra ini berkongsi satu video cara memasak char kuey teow.
Tak lokek langsung beliau menunjukkan langkah demi langkah cara-cara memasak char kuey teow tersebut. Malah menurutnya beliau berniat untuk memasak untuk menjamu anak-anak tahfiz. Bagus niatnya.
“Saya berniat untuk memasak bagi anak-anak tahfiz. Tahfiz mana yang dicadangkan untuk saya?” kata wanita nama sebenar Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin.
Sebaliknya, hasratnya dikecam warga maya. Rata-rata warga maya mempertikaikan kaedah usahawan itu memasak tanpa mengikut keutamaan.
Ada juga yang menegur pakaian dan personaliti beliau
Ada juga warga maya yang meminta Cleopatra supaya menggunakan perkhimatan katering sahaja.
Akan tetapi dalam banyak-banyak komen yang agak negatif, ada hamba Allah ni meminta supaya Cleopatra berlatih memasak untuk rakan-rakan beliau dahulu sebelum jamu anak-anak tahfiz.
Bertabahlah Cleopatra. Bak kata orang-orang tua, kalau kena tegur tu tandanya orang sayang. Mana yang baik tu ambil lah buat teladan, dan yang buruk tu jadikan sempadan. - CARI |