View: 22525|Reply: 239
|
[Tempatan]
semak wang tidak dituntut
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 2-1-2020 09:51 AM
dah boleh semak online
https://egumis.anm.gov.my/
eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online. Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2018.
Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula suku kedua tahun 2018.
Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
dividen;
keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
akaun simpanan;
akaun semasa;
Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
akaun pemiutang dagangan
akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.
Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.
Perlu diingatkan Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut. Jadi pastikan anda berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba memanipulasi WTD dengan mengenakan sebarang caj tambahan.
Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut
Sementara menunggu sistem WTD online eGUMIS aktif sepenuhnya, anda boleh membuat semakan online WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:
Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja
Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma
Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS
Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).
Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.
Senarai Semak Dokumen Diperlukan eGUMIS
Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama antaranya:
Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah register & tengah tunggu password via email. Mana tau kot2 ada baki ribu2 dalam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
moga ada 2.4 b |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya masuk 2020 baru boleh semak online. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ tt.....
Waa...blh check online.... |
|
|
|
|
|
|
|
pesal x dapat pun password |
|
|
|
|
|
|
|
itu la... lama gila tunggu x sampai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
yesssza...dari 2018 katanya boleh semak online, 2020 akhirnya muncul |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la sistem lambat develop
nak dpt password pun lambat
Lembab betul |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dubuk at 1-1-2020 01:17 PM
sebelum daftar tadi dah pastikan semua ejaan betul.. tapi lepas tekan daftar, lari pula ejaannya.. hmmm.... tak boleh buat apa lah.. ada cara lain lagi tak
yang ejaan lari tu alamat gmail.. yang lain semua betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu password x sampai2 lg... |
|
|
|
|
|
|
|
thank u tt.. mmg aku tunggu nk tuntut duit ni online |
|
|
|
|
|
|
|
Yeaa..terima kasih angpow tahun baru |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Lepas mkn snack plate kfc |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Lepas mkn snack plate kfc.
Tak sampai 5 minit register dah boleh check |
|
|
|
|
|
|
| |
|