Betty Chew, isteri kepada bekas menteri kewangan Malaysia yang baru sahaja didakwa bersama suaminya dan ahli perniagaan Phang Li Koon di atas tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram sebentar tadi tidak dapat menahan sebak ketika memberi kenyataan kepada wartawan di pejabat parlimen suaminya di Butterworth.
Beliau menyifatkan dakwaan ke atasnya itu sebagai tidak masuk akal dan dibuat kerana dia isteri kepada Lim Guan Eng dan mendakwa sepanjang 26 tahun kerjayanya sebagai peguam, dia seorang yang patuh kepada undang-undang dan sangat berhati-hati untuk tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar undang-undang.
"Di mana silap saya? Kenapa tiga dakwaan penggubahan wang haram terhadap saya, saya bukan 'kak long kawasan'. Adakah kerana saya isteri kepada Guan Eng saya diperlakukan begini?
"Adakah kerana kamu mahu melihat saya berpisah dengan Guan Eng, barulah kamu akan lepaskan saya?" ujarnya sambil ditenangkan Lim Guan Eng yang turut tidak dapat menahan sebak.
Kredit foto : Malaymail
Menegaskan suaminya tidak bersalah, Betty berjanji akan sentiasa berada di sisi suaminya bagi mengharungi ujian getir ini.
"Suami saya tidak bersalah, dengan kehadirannya di sisi saya, saya berasa yakin. Kesukaran ini akan menjadikan kami lebih kuat. Hari ini kami dianiayai oleh kamu, Tuhan sedang melihat, dan saya berharap kamu akan mendapat balasan di atas apa yag kamu lakukan terhadap kami," katanya lagi.
Phang Li Koon. Kredit foto : MalaysiaGazette
Terdahulu, Lim Guan Eng, Betty Chew dan Phang Li Koon membuat pengakuan tidak bersalah di atas dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram di Mahkamah Butterworth. - CARI
mari kawan2 DAPSY sesama Melayu Islam kita tunaikan solat sunat hajat berjemaah di hadapan Mahkamah mendoakan supaya perasuah lim guan eng kita selamat menjawab soalan2 pendakwa raya dengan jiwa yang tenang
sapa2 ada stok air zam2 tu bagikan dia minum
InsyaAllah perasuah lim guan eng dapat menjawab dengan penuh yakin
Post time 11-8-2020 03:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam mana bini dia boleh dapat projek2 guaman ni? Mesti la sebab abuse of power dari laki dia. Mana boleh appoint company bini, ni kan conflict of interest. Company cina selalu camni, ambik adik beradik, sedara mara, sampai jadi company sekampung dah.