View: 23823|Reply: 186
|
Bella Dally ditahan rentas negeri
[Copy link]
|
|
Bella Dally ditahan rentas negeri
https://www.kosmo.com.my/2020/10/21/bella-dally-ditahan-rentas-negeri/
Oleh MALINDA ABDUL MALIK
21 Oktober 2020, 10:28 am
BELLA ditahan selepas melanggar PKPB.
GOMBAK – Padah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon Bella Dally ditahan polis semalam.
Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, ditahan bagi membantu siasatan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang pada Ahad lalu.
Difahamkan, selebriti itu ditahan selepas pihak polis melihat satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya yang memaparkan dia bersama rakannya sedang berbasikal.
Satu sumber berkata, hasil siasatan mendapati dua wanita tersebut bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas menghala ke sebuah restoran yang terletak berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.
“Mereka meletakkan kenderaan di sana sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah.
“Kira-kira lebih 10 Kilometer mereka berbasikal sebelum patah balik ke kenderaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan tangkapan pelakon tersebut.
Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan pelakon Bella Dally dikecam netizen kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang pada ketika ini.
Kecaman diterima selepas Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, memuat naik sekeping gambar dia me- nyertai aktiviti berbasikal ber- sama rakannya semalam.
Menerusi gambar itu, Bella menulis kapsyen: “Wohoo Gen- ting Sempah with @diyanaba- nana”.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terha- dap pelakon filem Desolasi itu kerana khuatir membawa jangkitan Covid-19 di daerah dan negeri zon hijau. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda yg xpenting tp gigih gak nak buat. Mcm xde masa lain nak berkayuh. Haaaa mendapat la uolsss selayaknyalah ditahan polis |
|
|
|
|
|
|
|
ambikkk ko... sebat aja orang yg tak nak ikut peraturan nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak cerdik je mesti artis, kalau artis je mesti tak cerdik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki x kayuh ke waktu2 gini gigih ko nak kayuh smpi rentas negeri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je org masih berkayuh kat sana skrg ni..tiap2 hari pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
sampai rentas negeri kayuh nya... over betul. pastu bijak pi upload kat socmed |
|
|
|
|
|
|
|
nak post pun agak2 la.. tulis la throwback ke apa ke.. cuba la cerdik.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha,,,, kan dah kena….
bijak sangat… semua benda nk tayang kat MEdiaSOOOsial ...kan mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
Adan uke.. Ingat cantik cerdik.. Rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh tu mmg kena tunjuk betul...padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijak nau... Buat salah.. Bg partner Upload.. Lengkap kebijaksanaan |
|
|
|
|
|
|
|
ya tuhannnn....kalaupun pic throwback, sungguhlah tak bijak post macam tu di waktu PKPB ni.
sudahlah bebal, bangga pulak tuh buat. memang mengundang sangatlah tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa nak berkayuh di musim covid + pkpb pulak tu...duk diam2 x boleh ..adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
diri sendiri degil nak folo arahan dan sop, pastu nnt salahkan sana cni...booooo |
|
|
|
|
|
|
|
retis kalau tak bodoh, tak sah kan? seiring sejalan gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak xde ari lain ke nk kayuh basikal.. Lps pkpb kn boleh berbasikal |
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni sejak kawin baru, byk buat benda bodoh
Masa dgn janda nazimah, elok je perangai |
|
|
|
|
|
|
| |
|