Kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang tidak rata serta berlubang seringkali mendedahkan penunggang motosikal kepada bahaya.
Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di Mutiara Damansara berhampiran The Curve, semalam.
Kredit foto: Harian Metro/OhBulan
Video berdurasi kurang seminit ini dirakam secara langsung selepas kemalangan berlaku. Penunggang motosikal itu dilihat terbaring di tepi jalan menunggu bantuan sampai.
Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.
Kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan.
Ia adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah.
Kredit foto: Twitter
Di ruangan komen, rata-rata meminta agar pihak berwajib melakukan tindakan agar perkara ini tidak berulang kembali.
Sumber: OhBulan/Harian Metro |