CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12556|Reply: 136

[Tempatan] Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH

[Copy link]
Post time 10-3-2021 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 10-3-2021 02:29 PM

Mahkamah Tinggi benarkan penganut Kristian guna kalimah ALLAH

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka.

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku.

Pada 23 Jun 2015, Mahkamah mengarah CD mengandungi kalimah ALLAH diserah kepada wanita Jill. Sebelum ini pada 11 Mei 2008, CD berjudul 'Cara

Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -guna-kalimah-ALLAH
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2021 02:31 PM | Show all posts
Mahkamah Tinggi putuskan larang bukan Islam guna kalimah Allah tidak sah

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan larangan penggunaan kalimah “Allah” kepada orang bukan Islam adalah tidak sah.

Mahkamah berkata kerajaan membuat kesilapan dalam mengeluarkan larangan tersebut pada 1986.

Justeru, ia memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Keputusan itu disampaikan oleh hakim Nor Bee Ariffin yang membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Disabah, perkataan Allah tu dah lama guna..sebut bukan yg muslim ni sebut, tp sebutan rumi biasa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau zaman PH dah penuh Padang Merbok..

Tapi sebab zaman PAS dan UMNGOK dalam Kerajaan maka krik krik jelah.... Dasar munafikkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 02:45 PM | Show all posts
Nasib baik berlaku di zmn parti pejuang  bangsa (baca penunggang) umno dan parti pejuang agama ( juga baca penunggang) pas jd kjaan. Klu berlaku zmn PH dua2 parti ni lah lps jumaat buat perhimpunan bantah melayu n isle ditindas, kaper besar kepala di msia zmn ph lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 02:51 PM | Show all posts
sekarang ummah Borneo pun dah boleh sebut insya Allah bila ajak datang kenduri tapi lepas tu tak datang... macam melayu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmmmmmmmm...
Semoga Allah menjaga iman org2 Muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 02:59 PM | Show all posts
kenapa kristian nak guna bahasa arab?

mereka baca bible dlm bahasa arab ke?

mubaligh2 kristian2 zaman raja brooke tu mubaligh arab ke inggeris?

kenapa nak tiru budaya arab?

prfffffffffffght
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tgok dekat arab sana yg kristian mmg guna nama Allah dah berzaman & org arab islam ok saja. so iols x tahu benda ni salah atau betul.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi nama allah dalam bahasa nasrani pun cantik sebutannya. Kalau kekalkan dalam nasrani pun bagus juga instead of arabic untuk orang2 kristian.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 10-3-2021 03:01 PM
iols tgok dekat arab sana yg kristian mmg guna nama Allah dah berzaman & org arab islam ok saja. so  ...

Boleh je guna dari dulu dekat negara arab.

Allah tu refer kepada tuhan agama samawi, sebab yahudi, christian dan orang islam mempunyai tuhan yang sama. Ajaran je lain2.

Kalau hindu ke apa baru tak boleh guna Allah sebab tuhan deorang tuhan lain huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:24 PM | Show all posts
Imam berharap umat Islam di sini berlapang dada dan menerima keputusan ini ..

Di Tanah Arab mereka tiada masalah ... dan kebanyakan mereka dapat menerima perbezaan pendapat dalam pelbagai mazhab... bukan seperti di Malaysia, asal lawan arus perdana akan dituduh Wahabi kerna kecetekan ilmu dan sikap angkuh untuk mengapai ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:29 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 10-3-2021 03:22 PM
Boleh je guna dari dulu dekat negara arab.

Allah tu refer kepada tuhan agama samawi, sebab yahu ...

err... hati2 nak kata Tuhan Hindu tu lain. Orang Islam seharusnya sebarkan ajaran Tuhan kita semua sama. Lain lah kalau Hindu sendiri yang kata.


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik berlaku di zaman PAS.
.satu catatan sejarah yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 10-3-2021 02:51 PM
sekarang ummah Borneo pun dah boleh sebut insya Allah bila ajak datang kenduri tapi lepas tu tak dat ...

Tak sabar deyols nak sebut....Puji Allah
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:34 PM | Show all posts
omg ...scary nye....aku selalu tersalah masuk website kristian....duk baca separuh page baru sedar tu kristian punye website....hati2 semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia!! Ngan istilah solat dan Baitullah pun depa sakau!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 04:01 PM | Show all posts
Tunggu komen Haji Hadi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 04:31 PM | Show all posts
teringat ex- awek wa yg beragama kristian...


abg betul tiada kekasih lain selain aku?

wa: betul, betul

awek: betul bang? bersumpah lah atas nama Yesus,

wa: eh, jgn lah libatkan Yesus dlm hubungan kita ni....

orang kristian anggap Yesus ni Tuhan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 10-3-2021 03:22 PM
Boleh je guna dari dulu dekat negara arab.

Allah tu refer kepada tuhan agama samawi, sebab yahu ...

Ya sebab kalau old testament di bible i baca cam sama jer nabi Kristian dan Islam. So i assume Tuhan yang sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 1.282000 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list