Lama tidak mendengar perkhabaran mantan penyanyi dan pelakon era 90an, Arni Nazira yang semakin bahagia dengan keluarganya.
Terbaharu, Arni, 42, ada berkongsi mengenai anak pertama dan keduanya bersama Awie yang kini sudah semakin dewasa, Puteri Aleeya Antasha, 21 dan Puteri Aleefa Antasha, 19.
Kepada majalah Nona, pelantun lagu Cinta Antara Benua ini menjelaskan yang kedua-dua anaknya itu belajar di kolej sama dalam bidang Pengurusan Acara.
Foto : Ig
Kedua-duanya sangat rapat dan bagaikan kembar serta mempunyai karektor berbeza antara satu sama lain. Memandangkan anak-anaknya sibuk dengan pembelajaran, maka Arni akan bertemu di hujung minggu, itu pun apabila ada masa terluang.
"Kami akan video call atau mesej. Saya selalu pesan jaga diri dan jaga solat. Saya selalu doakan anak-anak berakhlak mulia dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup."
Foto : IG
Mewarisi wajah ibunya, Aleeya dan Aleefa ternyata mengingatkan peminat industri tanah air kepada kegemilangan Arni ketika menyanyi dan berlakon filem Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Foto : IG
Perpisahan dengan Awie berakhir pada tahun 2006 manakala perkahwinan kali kedua bersama Wan Hazrie Wan Mokhtar tiga tahun kemudian membuahkan tiga cahaya mata berusia 11, 9 dan 6 tahun.
Kini, Arni Nazira lebih selesa menjadi suri rumah dan tidak berhajat membabitkan diri dalam dunia seni. - CARI |