View: 4355|Reply: 36
|
17 tahun simpan cheeseburger McDonald’s, ini hasilnya
[Copy link]
|
|
17 tahun simpan cheeseburger McDonald’s, ini hasilnya
https://www.utusan.com.my/luar-n ... nalds-ini-hasilnya/
Oleh HASIF IDRIS
21 Mac 2021, 6:01 pm
SAVANNAH menyimpan cheeseburger dan sepeket kentang goreng sejak 17 tahun lalu dan mendapati teksturnya masih elok seperti biasa. -TIKTOK
NEW YORK: Apabila sebut sahaja tentang makanan segera, sudah pasti ramai yang jatuh cinta dengan McDonald’s.
Namun, video TikTok yang dimuat naik oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat, Savannah Whitehead pasti membuatkan anda terfikir banyak kali untuk memesan makanan di restoran kesukaan ramai itu.
Lapor The Mirror, Savannah menyimpan cheeseburger dan sepeket kentang goreng sejak 17 tahun lalu dan mendapati teksturnya masih elok seperti biasa.
Dia membeli makanan itu sejak 2004 dan menyimpannya untuk melihat apa akan terjadi selepas beberapa tahun.
Selepas dia membuka bungkusan burger itu, roti itu kelihatan agak keras untuk dibuka dan mendapati isi daging di dalamnya masih dalam keadaan baik.
Hanya keju yang terdapat pada burger itu sahaja sudah berubah bentuk dan kelihatan seperti mentega kacang.
Video TikTok yang tular dengan mendapat tontonan 700,000 pengguna itu mengundang pelbagai reaksi.
Terdapat pengguna yang tidak serik untuk makan di McDonald’s kerana ada yang menjelaskan makanan itu masih elok terpelihara disebabkan jumlah garam yang digunakan dalam makanan itu.
Sementara itu, laman web McDonald’s di AS menjelaskan mengenai makanan yang tidak terurai itu.
“Di persekitaran yang betul, burger kami seperti kebanyakan makanan lain, dapat terurai. Namun, proses penguraian itu memerlukan syarat-syarat tertentu khususnya kelembapan.
“Tanpa kelembapan yang mencukupi baik dalam makanan itu sendiri atau persekitaran, bakteria mungkin tidak tumbuh dan oleh itu, penguraian tidak mungkin berlaku. Jika makanan menjadi kering, tidak mungkin tumbuh bakteria atau terurai.
“Makanan yang disediakan di rumah yang dibiarkan kering boleh melihat hasil yang serupa. Lihatlah dengan teliti, burger yang anda lihat kemungkinan kering dan sama sekali tidak sama semasa hari yang dibeli.
“Hakikatnya, burger kami dibuat hanya dengan daging lembu yang diperiksa 100 peratus oleh USDA. Tiada bahan pengawet dalam roti kami dan satu-satunya bahan yang ditambah adalah sentuhan garam dan lada ketika dipanggang,” jelasnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cakap makan mekdi menyebabkan kobit pun ,tetap laku keras jugak...mekdi kan makanan ruji geng urban. |
|
|
|
|
|
|
|
ini bermakna Mekdi banyak guna bahan2 tahan lama yang amat menjejaskan kesihatan.
atau mungkin pemakan tak akan tua
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 21-3-2021 08:39 PM
Aku baru saja makan GBC kelmarin
Dah termakan, alhamdulillah sajalah kaka. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mkn bhn kimia..iols bygkan muke safiey illias yg kejung tu gune bhn yg sama buat burger mekdi ni |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa etis ni suka sngt buat bende2 kotor dn jijik
ish ish ish |
|
|
|
|
|
|
|
Eliadaisy83 replied at 21-3-2021 08:42 PM
Dah termakan, alhamdulillah sajalah kaka.
huhuhu... Baru tau banyak bahan kimia dlm mcd burger. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 21-3-2021 04:52 AM
huhuhu... Baru tau banyak bahan kimia dlm mcd burger.
Mcd banyak garam... Depa guna right portion as bahan preservative... Malaysia tidak boleh buat sebab humidity tinggi... Negara barat boleh sebab garam mcd product akan kecut dari naik mold... Cuma jangan makan selalu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 21-3-2021 08:57 PM
Mcd banyak garam... Depa guna right portion as bahan preservative... Malaysia tidak boleh buat s ...
Aku beli sbb teringin + dpt rm8 dari foodpanda sebab sebelum tu aku order apa entah lewat dekat 2 jam baru dpt order...
Hari ni aku dpt lagi rm7...sebab yg sama... Hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, ini buktinya makanan McDonald boleh jadi sebahagian daripada barang persediaan bakal2 preppers yg nak lari daripada doomsday.
|
|
|
|
|
|
|
|
lecturer komot simpan roti coklat gardenia. masa dia tunjuk baru 2tahun. tak berkulat. sekarang xtau dia simpan lagi ke x |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 21-3-2021 05:07 AM
Aku beli sbb teringin + dpt rm8 dari foodpanda sebab sebelum tu aku order apa entah lewat dekat 2 ...
Hehe teringin memang kena makan.. Lagi fastfood kan ada nutritions facts later cover balik diet for next meal.. Aku pun ada skip suka betul dominos chicken wing +cinnastix ...
Aku tidak pernah order foodpanda dan grabfood sebab tidak puas choose menu online..pizza sudah tahu rupa bagaimana. . Kena walk in juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih dari 10 tahun masih elok patty tersebut, memang hebat bahan-bahan yang digunakan oleh McD |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 21-3-2021 09:15 PM
Hehe teringin memang kena makan.. Lagi fastfood kan ada nutritions facts later cover balik diet fo ...
Aku dah mula jaga Opah baru.. 24 jam juga.. Hahaha tu yg order.. Hari2 aku masak dan makan menu sihat dgn Opah...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Daku tak taw kenapa sejak kecil suke mcd punya double cissss dia.. try had len pon mcd x blh lawan la.. gabungan pickle dia kot an.. cisss btl la...
Walau ada news mcmni pon.. tetap tidak rasa nk tinggalkan burger ituiii....
|
|
|
|
|
|
|
|
komotthecat replied at 21-3-2021 09:15 PM
lecturer komot simpan roti coklat gardenia. masa dia tunjuk baru 2tahun. tak berkulat. sekarang xtau ...
Seriously.. Dia simpan kat mana tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku tiap2 Hari makan McD Dan KFC...sekarang dah kena gout dan kencing manis |
|
|
|
|
|
|
| |
|