CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8382|Reply: 72

[Tempatan] Kalimah Allah untuk umat Islam - Sultan Selangor. #4, Sultan Selangor larang gu

[Copy link]
Post time 23-3-2021 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-3-2021 08:13 AM

Kalimah Allah untuk umat Islam - Sultan Selangor

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lam-sultan-selangor

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 3:55 PM

Ruwaida Md Zain
[email protected]



Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menegaskan penggunaan kalimah dalam Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang sama sekali di Selangor.

Demikian titah baginda merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes Jill Ireland binti Lawrence Bill melawan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

"Beta mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat- sifat kesempurnaan.

"Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam," demikian titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor tadi.

Bagaimanapun baginda tiada halangan sekiranya perkataan 'Tuhan' digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.

"Penegasan Beta ini juga selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014 dan fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010 yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.

"Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah itu.

"Beta menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam apa jua keadaan sekalipun," titahnya.

Sultan Sharafuddin juga menitahkan rakyat baginda yang bukan beragama Islam di Negeri Selangor sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana yang diperuntukkan di bawah ikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) yang diwartakan pada 7 Julai 1988.

"Ini termasuklah larangan penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam ini bagi tujuan komersial dan bagi tujuan menamakan tempat-tempat perniagaan atau bangunan.

"Sebagai Ketua Agama Islam Selangor, Beta tetap akan mempertahankan kesucian kalimah Allah ini kerana memelihara kesucian kalimah Allah ini adalah menjadi tuntutan agama dan tanggungjawab Beta seperti mana Firman Alah S.W.T di dalam ayat 65 surah at-Taubah yang melarang daripada mempermainkan dan mempersendakan kalimah Allah: Yang bermaksud: "Katakanlah, patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

"Apa gunanya Beta menjadi ketua Agama Islam Selangor jika Beta gagal untuk menjamin kemuliaan kalimah Allah dan kesucian Agama Islam dari dicemari oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri," titahnya.

Baginda juga sentiasa menekankan agar rakyat di Selangor dapat menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba untuk menyentuh sensitiviti agama masing-masing yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini.

"Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka maka Beta juga menggesa agar penganut agama selain dari Islam untuk menghormati penganut agama Islam khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama umet Islam.

"Beta juga berkesempatan membaca titah yang dizahirkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan menyokong penuh titah Sultan Johor yang meminta kerajaan Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu," titahnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan johor sudah , sultan selangor udah .
Sultan pahang. ??


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 04:11 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 23-3-2021 08:15 AM

Sultan Sharafuddin larang guna kalimah Allah dalam Bible di Selangor

https://www.malaysiakini.com/news/567749

Diterbitkan 23 Mar 2021, 4:06 pm



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melarang pengunaan kalimah Allah dalam kitab Bible terjemahan Bahasa Melayu atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian

Baginda bertitah, ia bagi memelihara kalimah suci umat Islam itu yang mana kalimah Allah ialah kalimah suci umat Islam merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

"Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri Selangor.

"Beta mengulangi pendirian beta bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang maha esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

"Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan yang maha esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam. Namun demikian sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”, beta tiada halangan atas penggunaan perkataan “Tuhan” tersebut," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah "Allah" untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan "Allah, Baitullah, Kaabah dan solat" menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

"Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Nor Bee berkata perkataan itu juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun.

Kerajaan Persekutuan pada 15 Mac lalu mengemukakan rayuan mengenai hak menggunakan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan beragama Islam kini ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Cara Negara Abdul Razak Musa.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menegaskan ia juga adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam negeri pada tahun 2014 dan fatwa yang diwartakan di negeri Selangor pada 18 Februari 2010 yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan Tuhan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.

"Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menyekat penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah tersebut.

"Beta menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Beta juga menitahkan agar rakyat beta yang bukan beragama Islam di negeri Selangor sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988," katanya.

Titah baginda sebagai ketua agama Islam Selangor, baginda tetap akan mempertahankan kesucian kalimah Allah ini kerana memelihara kesucian kalimah Allah ini adalah menjadi tuntutan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 23-3-2021 04:07 PM
Sultan johor sudah , sultan selangor udah .
Sultan pahang. ??

sultan johor kata apa Des
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan johor katalah kalimah Allah ini tak boleh di tiru kristian belah sini ..  lebih kurang lah .
Dan baginda mahu rakyat terus hidup harmoni dan hormati sensitiviti agama lain ..  gitu .  Dan rakyat kembali tenang hidup seperti biasa . Elak  suasana tegang menegang .  
Ini penting dari dilihat ada suasana semacam tak boleh di kawal . Tak elok pasal ada syak wasangka . Perlu dikawal sedari awal supaya nanti tak merebak .  Jangan jadi seperti peringkat nasional , orang lain bebas bercakap pasal tuhan kita .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 04:25 PM | Show all posts
bagus...cuma geng2 Sabah Sarawak je la yg panas nnti kan termasuk moslem sana..org sana spt biasa akan guna skrip sama  you know what i mean kan..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nashrudean replied at 23-3-2021 04:25 PM
bagus...cuma geng2 Sabah Sarawak je la yg panas nnti kan termasuk moslem sana..org sana spt biasa ak ...

Tapi tak silap , srawak memang takde sultan dan takde agama rasmi . Tapi sabah rasanya Islam agama rasmi .
ehh ..  ntahlah macamana .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 04:31 PM | Show all posts
kenapalah kristian2 ni sibuk nk jadi arab

sepatutnya mereka kembali kepada bahasa asal yg dituturkn Nabi Isa iaitu bahasa aram suryani kuno

takkan pedagang arab yg ngajau ajaran kristian pada kristian malaysia?

nampaknya jarum2 halus arab dah berjaya mnusuk ke dlm ajaran kristian malaysia

ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.

Sepatutnya undang2 begini diseragamkan
keseluruh Msia termasuk Sabah dan Sarawak,
sesuatu undang2 itu biarla JELAS,

Kita tidak mahu, ehh kat sini boleh, kat sana
tak boleh, nanti rakyat pon confused padahal
sama2 tinggal di Msia sebuah negara.

Masalahnya bukan umat Islam lemah aqidah iman senipis kulit bawang atau takut dimurtadkan adalah isu kecil yg segelintir.

Isu sebenar masalahnya kalimah Allah itu akan digunakan TIDAK BETUL pada konsepnya atau Tidak Betul dgn Sifat2 Allah SWT itu.  

Kalimah Allah yg menjadi tonggak umat Islam
mempunyai ciri2 yg tertentu yg Unik.

Agama Sikh juga ada kalimah Allah tetapi penggunaan Betul pada konsepnya kerana Sikh percaya pada Tuhan yg SATU. Tiada Masalah.
Strictly monotheist and no idols.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Tuanku....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup tanah kan? haaaa itu lah politik kekawan, jangan baca diluaran saja, kena fahami dalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Redskin replied at 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.

Sepatutnya undang2 ...

tlg tepek muka hakim yg benarkan tu.....

melayu islam rasanya tu kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nnti sepet dgn botol kicap sibuk la nk komen jugak pasal isu kalimah Allah kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:13 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 23-3-2021 06:09 PM
tlg tepek muka hakim yg benarkan tu.....

melayu islam rasanya tu kannnn



Hakim Nor Bee Ariffin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:19 PM | Show all posts
Redskin replied at 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.

Sepatutnya undang2 ...

sejak2 kristian nk guna kalimah bahasa arab ni
dan sejak2 isu bahasa asal Nabi Isa dibangkitkn

aku tk nampak pulak sekor forumer yg rajin buat bnyk multinick menyamau Islam tu lantang dngn nick asalnya ittew

mungkin dia tngah whatsapp2 ngn pastor2 forum yg lain cari jawapan mantop utk ditujukn kepada ko red

itu hari lawak red

pastor sekor tu reply aku red

sebelum ni aku baca dia mengaku diri dia Quranist

tk pasal2 terkena ayat meremas puting ngn aku red

lawak tol aku rasa

lg lawak pastor M da tukau salin kulit jd imam

tp tak banyk benda la dia boleh ulas

dah jadi ahli feqah dah kulit dia baru ni red

adoi lawak

tak de keje apa?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:20 PM | Show all posts
"Beta mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam
dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang
mempunyai sifat- sifat kesempurnaan.

"Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain
daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam,"


Bagaimanapun baginda tiada halangan sekiranya perkataan 'Tuhan'
digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.


"Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk penggunaan kalimah Allah jika terdapat
unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah itu.

"Beta menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam
di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam
apa jua keadaan sekalipun," titahnya.

Larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana yang diperuntukkan di bawah ikut
Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988)
yang diwartakan pada 7 Julai 1988.

Tak pasei2 kalo ada yg salah memahami dan menjadi Murtad
disebabkan kalimah Allah yg diselewengkan...

Dapatla saham akhirat yg berterusan. Nauzubillah min dzalik.






Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:44 PM | Show all posts
rajamoney replied at 23-3-2021 09:19 PM
sejak2 kristian nk guna kalimah bahasa arab ni
dan sejak2 isu bahasa asal Nabi Isa dibangkitkn

...


Aku saja diam, peratikan ajer Pader2 Vaticanus ni yg nyamau Islam.


Banyak ajer kepincangan dlm membawa ayat2 Al Quran.


Diorang nak bawak hujah lapok kononnya kalimah Allah dah digunakan dlm
Bible Arab sebelum kedatangan Nabi SAW.....pegidahhh !!!



Bible Arabic yg mula2 diterjemahkan guna kalimah Allah pada 9th century.
iaitu 200 tahun SELEPAS Al Quran.




Fragment Oldest Bible Arabic yg ditemui (Psalms 77) pada 8th century
TIDAK ADA yg menggunakan kalimah Allah.


Ini menunjukkan pendakwah Kisteaa copied Al Quran gunakan Kalimah Allah
utk tujuan berasimilasi dgn agama majority di negara2 Arab iaitu Islam.


Taktik yg sama digunakan diEropah utk convertkan Pagans 3 Tuhan (Trinity)
Taktik yg sama juga digunakan diTanah Arab.
Taktik yg sama juga digunakan di Indonesia yg dibawa penjajah Belanda
yg memaksa kalimah Allah dimasukkan dlm Bible.


Zaman Nabi SAW dan para Sahabat TIDAK ADA kalimah Allah didalam Bible.
Bible Arabic pong belom wujud lagi ketika itu.

Yg ada adalah Bible Hebrew yg TIDAK ADA pon kalimah Allah...usahla nak temberang.


pastor sekor tu reply aku red

sebelum ni aku baca dia mengaku diri dia Quranist

tk pasal2 terkena ayat meremas puting ngn aku red

lawak tol aku rasa

lg lawak pastor M da tukau salin kulit jd imam

Aku baca penulisan dia pong dah boleh agak siapa...  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:55 PM | Show all posts
Redskin replied at 23-3-2021 09:44 PM
Aku saja diam, peratikan ajer Pader2 Vaticanus ni yg nyamau Islam.


yg etis2 beriman pada zarah graviton ni sibuk la menyampuk

dah la tk de agama

kita sembang2 dngn org kristian

etis2 ni menyampuk lak

menuduh lak kita mengutuk kitab diorang

takkan la sampai hati kita nk ngutuk kitab orng kn?


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 1.297688 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list