|
View: 20908|Reply: 169
|
[Tempatan]
LHDN fail notis bankrap Najib Razak
[Copy link]
|
|
|
LHDN fail notis bankrap Najib Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.
Melalui carian dokumen yang diperoleh melalui mahkamah notis kebankrapan tersebut difailkan pada 4 Februari lalu di Mahkamah Tinggi di sini.
Permohonan kebankrapan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kebankrapan di sini, Ida Rahayu Sharif pada 5 Mei ini.
Menurut notis tersebut, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.
Difahamkan salinan notis itu diterima Najib semalam.
Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.
Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.
Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. – K! ONLINE
Sumber : https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah di istiharkan bankrap ke belum???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah di istiharkan bangkrap ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Najib tak bayar 1.7 biliyun tu maybe la declare bengkrap. Gilo tuuu BILIYUUNN
Tapi rs nya akan panjang lagi la ni. Mana tau buat rayuan nak tangguh ke apa. Atau nk byr cara installment ke.
Tahla. Aku pun tak pasti sgt selok belok benda ni sebenarnya. Tu pemahaman aku jela  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bru je lega kes dgan kak jena jen berjaya di tepis, tiba2 kena declare bankrupt pulak. So hilanglah kelayakan dia sebagai ahli parlimen dan dia xlayak jdi calon pru15. Cash lah penjenayah najib! Sumpah laknat sikit2 memakan diri kau!   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
musuh2nya akan terus menekan dan menganinyanya... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 6-4-2021 10:31 PM
musuh2nya akan terus menekan dan menganinyanya...
Baru tahu Lhdn tu musuh bossku..hikmah sumpah laknat kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 6-4-2021 10:31 PM
musuh2nya akan terus menekan dan menganinyanya...
LHDN tu musuh najib ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg menguasai LHDN...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kita marhain ni terus tolak pcb dlm pay slip.. Muntri berthn2 x byr cukai.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu yg berlaku tentu ada hikmahnya. Jika Najib dianggap teraniaya, maka Najib buatlah solat hajat, memohon sedalam2 doa agar dia terlepas drp fitnah manusia dn dunia ini. Sebaliknya pula, netizen tentu boleh berfikir2 mencari satu andaian sbg pedoman apakah sebenarnya yg mau Allah tunjukkan kpd sekalian umat atas petaka yg sedang Najib lalui saat ini. Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim terhadap ummatnya. Pasti ada sesuatu yg tidak kena, ataukah memang itu 'bahagian' takdir atas diri Najib sendiri. Najib yg pernah Allah pilih, mengangkat dia ke persada yg tersanjung, menjadi kepala negara, malah juga pernah masuk ke dlm Kaabah (satu anugerah 'berlian' yg pernah dirasai), dilimpahi kemasyhuran serta serta kekayaan dunia, tetapi kini semuanya jadi terbalik, berada pada tahap yg amat menyedihkan. Satu persatu keaiban menyinggah, mana lagi kes mahkamah yg entah bila selesainya. Selama itu adakah tidur Najib enak diulit mimpi?
Fikir2, kenapa seberat itu ujian yg harus Najib terima. Adakah itu harganya yg harus Najib bayar sbg PM M'sia dulu atau ada yg sudah Najib salah membeli? Benar, memang ummat tidak akan dpt meneka segala rahsia Allah yg memberatkan nasib seseorang tetapi ummat boleh merenung mencari satu iktibar, ada apa sebenarnya di sebalik musibah yg terjadi. Adakah petaka yg ditimpakan kerana kesalahan/kehilafan manusia itu sendiri ataukah Allah berhelah hikmahNya untuk mengangkat darjat seseorang ke tahap yg lebih tinggi? As for now, rakyat hanya boleh mengatakan, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni betul betul straightforward lah. Sebab 2.6 billion tu betul betul masuk ke account dia. tu saja dah berapa ratus juta cukai dia....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
abahcow musuh najib..guna semua kuasa yang ada sementara darurat sekarang untuk hapuskan musuh2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
straighforward juga 2billion betul betul keluar dipulangkan semula
Najib Razak :
Kes cukai ini dikenakan terhadap saya oleh kerajaan PH dan langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit. Ia kemudian diteruskan oleh kerajaan PN.
Ia berkaitan sejumlah RM3 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun yang menggunakan nama saya di mana akaun itu diwujudkan bagi menerima sumbangan derma (sebagaimana didedahkan di mahkamah), dan RM642 juta dipindahkan secara terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi (dan ini juga dibuktikan di mahkamah). Jumlah RM2.6 bilion yang sangat popular (sebenarnya RM2 bilion) sudah DIPULANGKAN empat bulan kemudian.
(Ini sebenarnya dibuktikan sekali lagi beberapa hari lalu dalam mahkamah apabila pendakwaan kata:
"Faten Hadni berkata, analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati sebanyak RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore."
[color=var(--blue-link)]https://www.sinarharian.com.my/.../UMNO-paling-banyak...
Biarpun sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa membayar cukai pendapatan tanpa gagal tetapi cukai zalim berjumlah RM1.74 bilion (naik lagi dengan penalti RM46 juta sejak tahun lepas) ini adalah pentaksiran tambahan dan penalti yang tidak munasabah.
Sebelum ini, LHDN pernah keluarkan kenyataan di mana derma politik tidak dikenakan cukai.
"Sumbangan Politik Tidak Dikenakan Cukai - CEO LHDN"
[color=var(--blue-link)]https://www.mstar.com.my/.../sumbangan-politik-tak-kena...
Selain itu, semua wang yang diterima dalam akaun khas sudah digunakan bagi tujuan CSR serta politik dan bukan untuk tujuan peribadi - termasuk sumbangan kepada masjid di Malaysia dan bantuan banjir selama 4 tahun termasuk banjir besar pada 2014.
Bayangkan saya dikenakan penalti cukai RM1.7 bilion sebab gunakan wang dari Arab Saudi untuk membantu mangsa banjir dan masjid-masjid seluruh negara selama 4 tahun!
Kita perhatikan wang digunakan ini semua adalah untuk rakyat, tempat beribadah dan membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu terhutang budi pada mana mana syarikat kroni.
Kesemua akauntan percukaian dan peguam percukaian termasuk yang berpengalaman di negara ini bersetuju bahawa kerajaan tiada merit untuk mengenakan penalti seperti itu dan tindakan itu sebagai tidak munasabah.
Dari zaman PH sehingga zaman PN kini, tiada seorang pun yang berani menjawab kenapa wang yang dipulangkan kepada penghantar selepas 4 bulan dikira sebagai pendapatan peribadi dan dicukai serta dikenakan penalti 40% +10% +5%.
Bagaimanapun, undang-undang percukaian di negara ini terdedah kepada penyalahgunaan di mana prinsipnya adalah seseorang itu perlu melangsaikan penalti dahulu sebelum merayu dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.
Dan jika anda tak boleh menjelaskannya, LHDN boleh isytihar anda muflis.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tak bayar cukai, dia pengkhianat - Najib malu apa bossku Razak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|