CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9559|Reply: 51

Kusta masih wujud! Apa yang anda tahu tentangnya.

[Copy link]
Post time 2-6-2021 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata dan hidung.Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen

Cara jangkitan tidak diketahui secara tepat tetapi difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui percikan air pernafasan. Faktor-faktor persekitaran yang tidak bersih dan keadaan tempat tinggal yang sesak adalah penyumbang kepada merebaknya penyakit ini di samping kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah.
Tempoh mendapat jangkitan adalah terlalu lama iaitu di antara 1 hingga 40 tahun. Mereka yang kerap dijangkiti adalah golongan muda berumur di antara 10 hingga 20 tahun di mana lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan.Penyakit Kusta adalah endemik di Malaysia, walau bagaimanapun kadar jangkitan adalah rendah.
Sekiranya anda mempunyai tompok-tompok putih atau merah tembaga di kulit yang tidak gatal berserta kurang atau kehilangan deria sentuh, mengalami kelemahan otot di tangan/kaki dan tidak diketahui punca, kemungkinan ia KUSTA.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2021 11:22 PM | Show all posts
Tq..babe..good one..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 11:22 PM | Show all posts
Tanda dan Gejala
Terdapat 2 jenis Penyakit Kusta:
  • Paucibacillary (smear calitan kulit negatif)
    Satu atau beberapa tompok samada putih atau merah yang tidak gatal atau sakit. Kulit yang terlibat menjadi kering dan kasar serta tidak berpeluh dan tidak berbulu. Sekiranya tidak dirawat ia boleh merebak.

  • Multibacillary(smear calitan kulit positif)
    Tompokan putih kemerah-merahan yang boleh merebak lebih meluas. Tanda-tanda awal boleh dilihat pada muka dan telinga. Jenis ini boleh menjangkiti orang lain jika tidak dirawat dan menyebabkan kecacatan.

Di kawasan wabak penyakit yang endemik, jika ujian calitan seseorang adalah positif bagi bakteria AFB (Acid Fast Bacilli) atau jika ada luka pada kulit yang mempunyai ciri-ciri tertentu, seseorang itu boleh dikatakan mendapat Penyakit Kusta. Selalunya, sedikit perubahan warna kulit terjadi dan hilang deria rasa. Saraf menjadi tebal serta otot menjadi lemah adalah di antara akibat penyakit ini. Salah satu ciri penyakit adalah hujunh kaki menjadi lemah dan tidak boleh dibengkokkan ke atas dengan sendiri serta sukar untuk berjalan.
Komplikasi
Pengesanan awal adalah penting. Rawatan awal dapat mengelakkan kecacatan. Dengan ini pesakit dapat menghalang jangkitan kepada orang lain.
Kecacatan di muka termasuk batang hidung menjadi rata dan gugur alis dan bulu mata.
Kecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan mengecut, jari-jari membengkok, tangan menjadi lemah dan hilang fungsi tangan.
Kecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasa jari kaki dan di peringkat akhir tapak kaki dan jari kaki menjadi luka.
Rawatan
Penyakit Kusta boleh disembuhkan, dan rawatan di peringkat awal dapat menghindarkan kecacatan. Semua pesakit mesti patuh pada aturan rawatan WHO bagi mengelakkan kecacatan. WHO mengesyorkan MDT. MDT merangkumi 3 jenis ubat iaitu Dapsone, Rifampicin dan Clofazimine bagi multibacillary. Bagi paucibacillary, pesakit akan diberikan dapsone dan rifampicin. Kombinasi ubat ini boleh membunuh pathogen dan menyembuhkan pesakit. Selepas tamat rawatan, esakit perlu dipantau setiap tahun untuk tempuh 5 tahun bagi paucibacillary dan 15 tahun bagi multibacillary.
Pencegahan
Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mengawal Penyakit Kusta. Pencegahan berterusan dapat mengelakkan hubungan rapat secara fizikal dengan mereka yang tidak dirawat. .
Mereka yang mempunyai pertalian dengan pesakit kusta dikehendaki menjalani ujian pengesanan kusta. Pemeriksaan tahunan hendaklah dilakukan ke atas saudara mara sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun bermula dari terdedahnya kepada pesakit kusta.
Pemulihan
Kecacatan dan kerosakan saraf disebabkan penyakit Kusta selalunya kekal. Pencegahan atau pemulihan akibat penyakit ini adalah sebahagian daripada tindakan yang perlu dilakukan. Pembedahan rekonstruktif adalah bertujuan untuk mengelak dan membetulkan kecacatan.
Penjagaan komprehensif melibatkan pengajaran kepada pesakit untuk menjaga diri sendiri. Pesakit yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf yang jelas dan berisiko mendapat kecacatan perlu di ajar kaedah penjagaan anggota yang tidak sensitif sama seperti pesakit diabetes yang mengalami kerosakan saraf pada kaki. Keadaan ini memerlukan mereka sentiasa memeriksa diri sendiri bagi mengelak dari sebarang luka dan kecederaan lain.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 11:23 PM | Show all posts

Thanks babe.. dah lama nak share tapi xsempat.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kusta masih ada kan? Tapi x seteruk dulu. Pusat kusta di sg buluh tu pun dah jadi covid ward...agak sedih dan kasihan pengidap kusta ni.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2021 11:56 PM | Show all posts
adila39 replied at 2-6-2021 11:25 PM
Kusta masih ada kan? Tapi x seteruk dulu. Pusat kusta di sg buluh tu pun dah jadi covid ward...agak  ...

yes kusta masih wujud, tapi skg tak perlu kuarantin kat Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), yes as u said pusat kusta pun dah tempatkan pesakit covid skg since last year..tp ada lagi penduduk asal kat situ, tak ramai la yg stay kat perkampungan kusta tu.. sbb bila diorg dah sembuh pun family mcm susah nk terima, stigma masyarakat kan.. so they stay je kat sana..kat perkampungan tu.. dlu masa 2018 ada harian metro dedahkan, sbb dah xramai org duduk situ then ramai PATI duduk situ dan bukak nursery pokok.. i xsure keadaan skg mcmana.. tp nursery pokok still byk la area sg buloh tu kan..
kalau ada tanda2 sakit kulit yg macam tanda2 yg i share tu, just pergi ke klinik kesihatan utk dptkan rawatan outpatient. kalau rawatan awal dapat elakkan kecacatan.. minta dijauhkan lah dari terkena pd keluarga kita.. just sharing the info..



wad covid 2020


wad kusta 1926

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2021 12:03 AM | Show all posts
Masih ada beberapa struktur bangunan, penempatan yang masih wujud hingga kini dan telah dipulihara untuk menempatkan bahan-bahan sejarah serta bekas pesakit-pesakit kusta yang masih hidup dan terdapat juga bangunan yang sudah rosak dan musnah.

GALERI-GALERI DAN BANGUNAN SEJARAH DI PKKN

Dahulu digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan tempat membersihkan diri bagi kakitangan yang bebas penyakit kusta





Satu masa dahulu adalah sebagai pejabat penghuni Lembah Harapan dan juga tempat simpanan barangan harian



Central Market – dahulu digunakan sebagai pusat pengagihan makan harian kepada penghuni Lembah Harapan



Masjid yang dibina pada 1935 untuk kemudahan pesakit beragama islam dan mempunyai imam yang terdiri dari kalangan penghuni Lembah Harapan


Sumber : https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/jabatan/direktorat-sokongan-klinikal/pusat-kawalan-kusta-negara-pkkn/taman-muzium-kusta-negara.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for info sharing. Mmg xtahu pasal kusta.. dan tambah2 sekarang semua info pasal covid je.. maybe kita terlepas pandang benda2 lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2021 12:10 AM | Show all posts
little_sis replied at 3-6-2021 12:03 AM
Thanks for info sharing. Mmg xtahu pasal kusta.. dan tambah2 sekarang semua info pasal covid je.. ma ...

sama2.. tu la kan.. just sharing info penyakit dan sejarah pusat kusta tu skit.. actually di katakan pusat kusta tu adalah koloni yg kedua terbesar di dunia pd masa tu.. kat situ cukup lengkap ada hospital, masjid, kuil, gereja and even sekolah sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:24 AM | Show all posts
Tq mod keypo, something enjoyable to read other than covid issues...topic yg masih ada but almost forgotten.


Kusta ni antara mitos yg org dulu percaya

Adalah penyakit sumpahan, i x sanggup nak tepek gambar...but yeah thanks...sedih pulak baca tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-6-2021 11:56 PM
yes kusta masih wujud, tapi skg tak perlu kuarantin kat Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), yes as  ...

Wad ni sebelum kem c19 dah takda pesakit. Hari2 nurse buka tingkap. Kosong je takda penghuni.

Iols pernah jumpa tauke nurseri kusta. First time tengok jari org kusta..masa tu fikir tauke ni kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 3-6-2021 12:24 AM
Tq mod keypo, something enjoyable to read other than covid issues...topic yg masih ada but almost fo ...

Ya dulu2 dipencilkan di pulau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-6-2021 12:43 AM
Wad ni sebelum kem c19 dah takda pesakit. Hari2 nurse buka tingkap. Kosong je takda penghuni.

I ...

Oh uols pernah tgk? Tp diorg dah pulih cuma ada kecacatan kekal la sbb kusta tu  kalau pkp sebelum ni ramai la org pi nursery sbb nk tanam pokok time pkp..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 3-6-2021 12:24 AM
Tq mod keypo, something enjoyable to read other than covid issues...topic yg masih ada but almost fo ...

I pun xtepek gambar pesakit.. kesian tgk kan.. nnt kalau ada keratan akhbar psl rintihan pesakit kusta I share.. I pernah baca dlu mmg sedih sbb mcm dibuang keluarga juga la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:02 AM | Show all posts
keypochino replied at 3-6-2021 12:58 AM
I pun xtepek gambar pesakit.. kesian tgk kan.. nnt kalau ada keratan akhbar psl rintihan pesakit k ...

dulu ada documentary pasal pesakit kusta ni, mcm kim k tulis tu depa diasingkan duk satu kampung..or pulau la ya..what about other countries?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 3-6-2021 01:02 AM
dulu ada documentary pasal pesakit kusta ni, mcm kim k tulis tu depa diasingkan duk satu kampung.. ...

Yup.. penempatan tu diberi nama Lembah Harapan.

LEMBAH HARAPAN SUNGAI BULOH, SELANGOR.

Merupakan penempatan khas untuk pesakit Kusta yang dibina oléh kerajaan British pada tahun 1926 dan bermula operasi pada 1930. Sebelum pembinaan penempatan ini, pesakit Kusta hanya ditempatkan di kawasan tertutup yang kurang bekalan kesihatan mahu pun makanan mengakibatkan situasi pesakit-pesakit bertambah teruk. Kebanyakkan perawat sakit Kusta memberikan candu kepada pesakit agar pesakit melupakan sakit meréka, namun tindakan itu menimbulkan masalah ketagihan candu.

Kerajaan British mengambil inisiatif membina kawasan penempatan pesakit Kusta di Sungai Buloh, dengan pemandangan indah penuh kehijauan dan laluan sungai, yang sikit sebanyak dapat membantu pesakit Kusta untuk sembuh seperti sediakala. Disebabkan itu, penempatan ini digelar VALLEY OF HOPE (Lembah Harapan). Penempatan ini merupakan penempatan pesakit Kusta kedua terbesar di dunia.

Hari ini, kawasan penempatan ini dijadikan muzium kenangan untuk pesakit Kusta. Ia terletak berhampiran dengan Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sumber : https://www.expatgo.com/my/2018/04/16/valley-of-hope-a-look-into-sungai-bulohs-leprosy-history/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2021 07:18 PM | Show all posts
keypochino replied at 3-6-2021 01:09 AM
Yup.. penempatan tu diberi nama Lembah Harapan.

LEMBAH HARAPAN SUNGAI BULOH, SELANGOR.

wah excellent stuff on Leprosy
ia disebabkan oleh Mycobacterium leprae, ie satu Family kepada Mycobacterium tuberculosis
bahaya Mycobacterium ni, susah badan kita nak bunuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 01:10 AM | Show all posts
ipes2 replied at 8-6-2021 07:18 PM
wah excellent stuff on Leprosy
ia disebabkan oleh Mycobacterium leprae, ie satu Family kepada Myc ...

saya baca kisah pesakit kusta ni.. ada yg berkahwin masa diorg kat penempatan kusta.. then dapat baby.. tp baby yg lahir tu takde tanda2 sakit kusta, sihat dan normal.. but the parents tak dibenarkan untuk jaga/ urus anak2 mereka.. so baby tu di asingkan kat "Babies Home" dlm masa 6 bln mereka kena carikan keluarga angkat utk ambil baby tu.. so ada yg sedara mara ambil atau bg pada kenalan.. so baby tu terpaksa diberi pada keluarga angkat atau serah ke JKM.. ada yg di ambil keluarga angkat sedari kecil so ank tersebut ada yg xtahu asal usul.. ada juga famili keluarga angkat bgtau sejarah famili tu.. dan ada ank angkat yg dtg cari semula parents mereka.. if you want to know more bole refer kat sini http://www.thewayhome.my/Leprosy.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 03:20 PM | Show all posts
keypochino replied at 9-6-2021 12:10 AM
saya baca kisah pesakit kusta ni.. ada yg berkahwin masa diorg kat penempatan kusta.. then dapat b ...

Boleh jadi ke keturunan tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 9-6-2021 03:20 PM
Boleh jadi ke keturunan tak?

Tak.. kalau ikutkan bukan penyakit keturunan.. sbb tu baby yg lahir kena terus pisahkan.. kalau kita terdedah pd pesakit kusta kita kena buat saringan samada ada jangkitan atau tak.. but I'm not too sure la SB.. probably boleh tnya dr @ipes2 utk info yg tepat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.083143 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list